Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 4 Jun 2012

Pesona Solat & Solat Tahajud.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات



     Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepadaNya yang maha kuasa, yang maha mengetahui segala yang nyata dan segala yang rahsia. Dia lah yakni Allah tuhan seru sekalian alam. Tiada dua hanya satu dan maha pengampun dan penyayang.

Mengingati kembali saat bercuti dan bersiar-siar dari Keningau ke Ranau Kundasang kemudian esoknya bertolak ke Kota Kinabalu serta bersiar-siar di Karambunai Resort. Dalam pada itu banyak peristiwa menjadi sejarah dalam family etuza. Antaranya ialah anak2 membawa etuza dan mak mereka ke Center Point, nak membeli buku cerita. Kata anak-anak buka di Eaton Center Point KK tu banyak pilihan dan harga berpatutan. Etuza ikut saja dan terjumpalah mereka buku kegemaran antara tajuk buku yang mereka beli ialah " Rabiyatul Adawiyah " tengok ilustrasi kulit ja pun mesti best cerita. Sebab Rabiyatul Adawiyah merupakan pemimpin Muslimah yang tabah.

Bagaimana pun etuza, hanya belikan anak2 buku latih tubi UPSR, PMR dan buku untuk si bongsu. Lebih kepada konsep buku bacaan latih tubi khas murid tahun satu ( 7 tahun ). Namun setiba di Wisma Muis etuza benar2 tertarik dua buah buku seperti dalam gambar, pertama kali lihat dan jumpa buku ni dalam kamus hidup etuza. Etuza tak baca apa2 terus ambil tanpa berkira. Sampai di rumah dalam masa senggang dan rehat2 saya ambil buku ni dan membaca tiap lembar demi lembar. Ya Allah subahanllah..sangat bersyukur apabila buku ini menjadi milik etuza secara mutlak. Sungguh hebat info dalam buku tersebut kerana sesungguhnya banyak fadilat kesihatan tubuh badan kita apabila kita tunaikan solat lima waktu serta solat tahajud juga terlalu banyak manfaat dan hikmah yang etuza tidak tahu. Syukur ya Allah.

Insyaallah jika ada ruang dan kesempatan nanti etuza buat entry hasil pembacaan etuza menerusi buku ilimiah islamik ni ya. Wajib kita memberitahu apa apa yang baik dan ada manfaat kepada orang lain. Ada kata nasihat iaitu " sampaikanlah ilmu biar sepatah". " Ucapkan salam dan hargailah tetamu" sebab itu kewajiban kita menyampaikan apa2 yang baik, dengan harapan semga ada manfaat yang tersirat. Insyaallah.

Tak rugi membeli buku agama. Banyak hikmahnya
tak rugi mendekatkan diri kepada Allah.
Marilah menuju taqwa.

Ikhlas etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

17 Pesona Kata Hati Mereka: