Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 8 April 2012

Two n One Lagi * Lyssa ( 20 ) Ikon Blog Remaja Diktiraf & Motivasi Pendidikan Anak Menerusi Komen Terbaik . (TQ3x)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Bolehkah terima jika saya katakan sejuk hati ibu dan ayah jika punya anak remaja seperti Lyssa. Sebabnya dalam berblogger Lyssa telah menerima pengiktirafan tertinggi menerusi Krangkraf menerusi majalah Remaja yang dulunya pernah menjadi kegemaran saya untuk membacanya. ( dahulu ya time saya dan isteri muda belia - kata singkat remaja). Tengok dan try klik Lyssa anda akan melihat kejayaan remaja berusia 20 tahun ini ditemubual oleh pihak yang mengiktiraf BLOG LYSSA DIIKTIRAF CANTIK. Dengan ini sebagai menghargai khidmat Lyssa kepada saya dan kita semua semestinya perlu kita ucapkan TAHNIAH & SYABAS untuk Lyssa. Di blog dialah saya belajar beberapa teknik meletak beberapa kemudahan di blog Pesona EWWK. Terima kasih Lyssa..semoga Allah memberi imbalan pahala hasil khidmat kamu. Lepas ini dan akan datang saya pasti akan klik blog Lyssa untuk cari tambahan maklumat blog ya.

( Ok..itu penghargaan saya kepada Lyssa dan saya lama dah link blog Lyssa ni - Saya tak kira blog orang dewasa, orang muda, remaja atau blog kanak-kanak jika ada info saya akan membacanya dan pasti letak komen untuk tanda ada orang lain dah baca entry mereka- X salah gitu bah kan )

Perkenalkan Permataku Yg ke 3 
yang senyum nampak gigi ya.

Kenapa ada lagi ke entry? Saya amat berbesar hati untuk kita kongsi komen2 dan idea bernas mereka kepada saya dan pastinya kepada golongan ayah yang baru memiliki anak2 yang sedang menuju remaja. Saya faham sangat2 kita ada cara sendiri untuk mendidik anak, tetapi pada saya wajib bertanya dan ambil nasihat dan idea bernas mereka ini untuk dimanfaatkan diguna pakai secara sedar untuk meneruskan pendidikan anak2 remaja dengan cara berhikmah. Ada kawan blog dalam komen tu kata " bawa anak solat jemaah..subuh dan maghrib, lagi baik tiap solat lima waktu" Kena amalkan idea ini,dan saya rasa tenang mengimamkan anak2 saya bersalam selepas doa. Online dan berblog bukan menghalang kita solat jika kita menepati masa solat. Tetapi tak disangkal jika ada para blogger dan termasuk saya yang tanpa sedar terlalai mempercepatkan solat. 

Di ringkaskan inilah komen2 yang sangat2 berharga bagi saya demi membantu saya agar lebih sabar dan tahu beberapa selok belok memdidik anak2. Rasa kejutan juga bila anak2 lahir seperti tangga, membesar serentak dan pelbagai karenah mereka. Kepada yang tidak tercopy paste komen saya mohon maaf ya, dan kepada yang saya copy paste ni, maafkan saya dan kita ucapkan syukur kerana sesungguhnya ada ilmu dalam komen2 anda semua ..marilah hayati bersama.

( kalau masih ada waktu...carges pic masih power jemput klik2 blog mereka ya *** 





Blogger 9n0L4 berkata...
utk permulaan, mungkin boleh dibuat. cube amal solat jemaah. maghrib/subuh. klu sume waktu lebih baik. tapi yelah, perubahan perlukan masa. kne byk sabar. mase masak/sediakan makan minum utk anak, bykkan bace selawat.

nnt saya cuba kongsi yg lain, dlm entri akan dtg jika ada kelapangan. insha Allah. ;)







Blogger izan mama mia berkata...
salam,
sesungguhnya cabaran mendidik anak amatlah memerlukan takat kesabaran yg tinggi serta perlu ada ilmu, tambahan lagi jika mereka sedang meniti usia remaja yang penuh dengan pancaroba di dunia sekarang yang mana kuasa teknologi yang terbatas.Pernah dengar motivasi berkata,..didik anak,..bila nak marah anak,..kita peluk..sesungguhnya kuasa pelukan dr seorang ayah atau ibu akan mengalirkan aura yang membuatkan anak lebih dekat dengan kita...bukan hanya masa kecil saja anak perlu dipeluk...
ehe....itu saja,etuza....ter'over'lah pulak..sory,...






Blogger peRmaTa_ aGamA berkata...
salam..

ingin saya k0ngsikan pesanan Saidina Ali RA mengenai cara mendidik anak..

" didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap tahun.."

1) 7 tahun pertama- beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

2) 7 tahun kedua - berlaku tegas dgn mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yg mreka lakukan.

3) 7 tahun ketiga- berkawanlah dgn mrka.di saat ini mrka mmrlukan teman utk bbicara & mngemukakan pndapat.brsahabatlah dgn mreka sblm mrka mmpunyai sahabat lain yg blh mr0sakkan akhlak..

sabda Rasulullah SAW :

"ajar anakmu kerana kelak ALLAH akn brtanya kepadamu mngenai apa yg kamu ajarkan kpdnya. ALLAH juga akan brtanya kpd anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu.."
(Syu'ab al-Limaan :6/400, hadis n0 8662)

sekadar prk0ngsian.. (permataagama.blogspot.com)

~ sharing is caring..(^_~) ~


Blogger Dieyna berkata...
Terlambat datang.. tak begitu pandai menasihati ,, cuma, anak yang sedang meningkat remaja, memang sedang kekeliruan identitinya.. kawan dianggap sebagai insan paling hampir.. kawan menjadi agenda utamanya, salah pilih kawan maka mungkin salah aturan lakunya... Saya mencadangkan Cikgu cari buku MOtivator terkenal, HM Tuah Iskandar" Buat sampai Jadi" tajuknya.. Isinya lebih kepada cara menangani sikap anak yang meningkat dewasa.. Mungkin kita perlu menghampiri anak sebagaimana rakannya mendekatinya.. :))) Harap dapat membantu


Blogger Siti_btp berkata...
Sedih pula saya membaca kisah En Entuza, Saya tak pandai menasihati sebab ketiga-tiga anak lelaki saya istimewa..
Saya harap En bersabar dgn ujian Allah..Cuba tadah air hujan mlm jumaat pastikan pertengahan hujan ,buat solat hajat dan baca surah Yasin..Letak air dlm peti sejuk biar anak2 minum..
Doa ibubapa amat mustajab terutama waktu mlm..Ini nasihat Ustaz Kamisan sebab anak saya terlalu agresif pukul saya baru 17 thn..Saya tengah mencuba juga..
Air itu juga blh digunakan utk orang nyanyuk dan anak2 yg degil..

Semuanya dgn izin Allah SWT


Blogger Arina Shamsul berkata...
tahniah cikgu etuza,cikgu mmg seorang ayah yang baik dan penyayang :)


mendidik anak memerlukan banyak kesabaran dan pengertian,setiap anak yang melangkah ke alam remaja,pasti banyak kerenah mereka,pasti banyak yang mereka mahu mencuba.

pada waktu2 beginilah ibu bapa kena sentiasa memahami setiap keinginan anak,beri mereka kebebasa,tapi kawal kebebasan mereka,bersahabatlah dengan mereka,fahami apa kemahuan mereka,

cuba turut apa kemahuan mereka,namun pastikan ianya beralaskan nasihat yang baik.jangan biarkan mereka bertindak sendiri :)


cuba amalkan setiap pagi bacakan al-fatihah sebanyak 7 kali ke dalam air,dan berikan anak2 minum :)


kemudian,bila cikgu hendak berikan mereka nasihat,sebelum itu cikgu baca ayat kursi sekali dan al-fatihah sekali usapkan ke wajah cikgu,insyaalah dengan ini,setiap yang memandang akan lembut hatinya.dua ayat ini pun jika selalu diamalkan ALLAH akan angkat darjat dan tinggikan martabat mereka.insyaallah :)

kemudian lagi kalau cikgu hendak menasihati mereka,jika mereka berdegil,cikgu baca selawat 3 kali,kemudian usaplah ubun2 anak atau di mana2 di angota mereka,insyaallah lembut hatinya..


itu cara yang saya amalkan untuk mendidik dan menasihati adik2 saya cikgu,alhamdulillah setakat ini semua adik2 saya masih takut dan dengar kata2 saya :)

insyaallah :)yakinlah dengan pertolongan dari ALLAH...

MAAF CIKGU KIRANYA KOMEN INI TERLALU PANJANG :)
Blogger liana. berkata...
Assalammualaikum cikgu..

Barangkali..apa yg ingin saya kongsikan bersama ini, mungkin tidak disukai.. mungkin cikgu suka.. tapi terpulang bagaimana penerimaan masing2 ya. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf andai terkasar bahasa.

Saya belum mencapai tahap cikgu, yang mana, cikgu skrg memegang title suami dan juga bapa kepada anak2.

Saya hanya seorang anak..Belum smpai masanya saya diseru untuk menjadi isteri apatah lagi ibu.

Apa yang sy ingin cuba katakan, semua perkongsian yg diberi oleh komentar2 diatas, sangat2 lah bermanfaat untuk cikgu amalkan. Cuma sy skdr ingin berpesan, dri sdt kacamata saya yg dangkal ini.. ingatlah..

"Semua ibubapa pernah melalui zaman menjadi seorang anak kepada org tuanya. Tapi, seorang anak belum pernah menjadi ibubapa melainkan apabila masanya tiba dan Allah mengizinkannya"

Saya harap cikgu paham. Cikgu cuba kenang2kanlah kembali, semasa umur cikgu sebaya mereka. Ya, mungkin situasi sudah jauh berbeza, tpi apa yg ada dijiwa anak2 tetap sama pada mana2 zmn skalipun. Ketika kecil, mreka berlindung dibawah kita, smpai satu thp, mreka seolah2 lari dri kita. Ketika itu berlaku, usah sedih, usah menyalahkan anak2 apatah lgi diri sndri krna ia skdr proses smlajadi yg perlu dilalui setiap org dlm prjalanannya menuju alam dewasa.

Apa yg cikgu bleh bt, ubah beberapa strategi. Mungkin kita masih menggunapakai kaedah lama dlm mendidik anak,sedangkan tanpa sedar anak kita sebenarnya semakin lama, semakin membesar..

Maafkan saya sekiranya apa yg sya cuba sampaikan ini tidak dapat difahami oleh cikgu etuza.. :)
Blogger mastinah berkata...
Assalamualaikum uncle.

Begitulah jiwa anak2 yg melangkah ke alam remaja uncle. Jiwa sllu mmberontak. Ingin mencuba sesuatu yg blm di explore. Bnyk mghabiskan masa dgn kawan2 sebaya.

Mungkin tips ini boleh dkongsi.
1. Uncle try pasang lagu2 ni. Bg anak2 tgk dan dgr. http://www.youtube.com/watch?v=MKjRvngSU5I, http://www.youtube.com/watch?v=MvuXihFaMQo,

*Hari tu kami buat pgrm di Kelantan. Buat pgrm mcm ni. Mmg berkesan. Anak2 buah sy pun sy bg tgk video2 ni. Then, bg la tazkirah skit.

Utk tips2 lain, uncle masuk sni. http://al-munir.edu.my/tips_pilihan.html

Nota: Etuza mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua cadangan yang amat2 berhikmah ini. Apa saja idea mereka amat2 benar dan sesuai untuk kita ambil sebagai ilmu dalam membentuk anak2. Saya lahir bukan ISLAM  ya..saya hijrah ke agama Allah ini, dan sangat2 bersyukur lantas masih banyak ilmu2 keagamaan secara mendalam perlu saya pelajari. Sesiapa yang ada memberi usul dan kaitkan rahmatNya pasti mendapat imbalan dariNya. Amin.
Kongsi /Aplikasi - Ikhlas etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...

Akhirnya. kenali cikgu dari satu sisi yang lain... hijrah cikgu berbaloi...

9n0L4 berkata...

speechless tika membaca entri ni. semoga Allah beri saya kesempatan utk jadi ibu kelak. pasti saya juga akan lalui sume ini. terima kasih cekgu. ;)

LYSSA FAIZUREEN berkata...

Waaahhhh .. Waaahhhh .. Alamak . Lyssa rasa terharu sangat sebab ada yang buat entry mengenai Lyssa dan blog lyssa . Lyssa nak ucapkan terima kasih tak terhingga lah ye ?

Memang tak dapat nak kata apa-2 . thnx a lot ! :)

Rohani Hashim berkata...

cikgu, semoga sy juga akan menikmati dan mengecapi saat2 bergelar ibu ni...ameen

Abang Karu berkata...

terlalu byk perbezaan dlm mendidik ank2 zaman sekarang ni...seperti ank saya yg membesar di zaman MP3 org kata....dia tak tau kaset atau tape tu apa...zaman saya membesar...MP3 x de.....

Kamsiah yusoff berkata...

salam
blog lyssa...saya biasa jugak jenguk kat sana...baca tutorial...tgk follower dia yg ribu riban tu...
lagi satu...blog doctor jelita,Fatin Liyana...

Unknown berkata...

melentur buluh biarlah dari rebungnya..semoga cikgu dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah...sy percaya cikgu seorg ayah yg penyayang dan bertanggungjawab. :)

Unknown berkata...

Asalam.
Kata2 perangsang dari komen ini sanagt bermanfaat bagi saya.Tq terasa ikhlas dalam ukuhuwa. Syukran

Lara E'dayou berkata...

salam singgah .. :)

Mrs Velentine berkata...

semoga cikgu menjadi ayah yg mithali

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Cikgu..

Saya seorang ibu tunggal kepada 3 orang ank yang kini sudah dewasa, Dan kedua puteri saya sudahpun berumah tangga. Saya mendidik anak sebagaimana ibu bapa saya mendidik saya.
Walaupun anak2 dibesarkan tanpa ayah mereka, tapi Alhamdulillah..yang paling nyata anak2 adalah anak2 yang taat. Ketika anak2 melalui fasa turning point, mereka tidak terkecuali mengalami perubahan kea am remaja.
Sebagai ibu, saya berperanan sebagai ibu dan juga sahabat. Berusaha memahami naluri mereka, Dan membetulkan setiap langkah yang tersilap secara terbuka (open talk). Anak2 sentiasa di beri peluang untuk meluahkan rasa terpendam, malah memberi peluang untuk bersuara secara terbuka.
Pada saya yang paling penting, setelah mendidik dengan garis2 panduan yang di redhai Allah, saya melepaskan seorang Demi seorang dengan penuh kepercayaan. Alhamdulillah sekarang saya sudah Ada dua orang cucu.