السلام عليكم ورحمة الله وبركات
sudilah klik untuk lebih jelas!
sudilah klik untuk lebih jelas!
gambar 6
Dulu saya kata produk ni pecal, pernah buat entry tetapi tak menyeluruh dari segi apa bahan2 tumbuhan traditional yang diperlukan. Kali ini masuk blog Pesona EWWK selengkap-lengkapnya. Kalau ada yang sudi melihat, klik gambar2 tu diucapkan terima kasih dan hendak memberitahu bahawa inilah bahan sebenar ROJAK air tangan mama ( isteri ) tuan rumah Pesona EWWK. Masa cuti inilah kegemaran nak dibuat. Kata mereka kena tiap2 hari buat dan hantar, lain rasa ROJAK dia. Saya tertanya apa pasal rasa Rojak dia lain dari yang mereka buat di kampung. Bahan sama saja, rupa2nya mama ada rahsia yang memungkinkan ROJAK dia sedap.Nak tahu ke...
Mama kata, kalau hendak rebus bahan2 seperti hirisan betik muda, pucuk ubi kayu dan mee hon kena asing2kan jangan guna air rebusan betik untuk merebus pucik ubi kayu dan mee hon. Mama kata rebus satu persatu, buang air rebusan betik guna air baru tuk menerbus pucuk ubi seterusnya mee hon tu. Inilah petua yang diperturunkan oleh kakak kepada isteri saya. Nah! mudah sangat kan petua untuk sedapkan rasa ROJAK bagi sesiapa yang mahu membuatnya. Specialy para ibu di luar sana kena rajin dan cool ja kalau memasak ya. Tak boleh tak ikhlas dan buru-buru.
Bahan2 ROJAK KAMPUNG MAMA.
1. hirisan betik muda
2. pucuk ubi kayu ( yang muda)
3. mee hon ( 1 bungkus )
4. setengah kg kacang tanah ( digaring )
5. sedikit gula, garam dan perasa aji
6. 5 biji lada padi.
( bahan seperti pucuk ubi kayu, betik boleh juga diubah
dengan menggunakan kangkung, rebung atau nangka - ikut suka)
Cara-Cara Membuatnya
1. rebus satu persatu bahan sayuran
2. rebuskan mee hon untuk lembut dan toskan
3. kacang tanah digaringkan hingga pecah dan tumbuk
atau blander untuk lebih halus.
4. panaskan kuali dan masukkan air, masukkan kacang tanah yang halus,
dan lada padi serta bahan2 perasa gula, garam dan aji.
5. tunggu hingga kuah kacang mendidih- angkat
6. ambil plastik tahan panas masukkan dahulu mee hon, pucuk ubi,
hirisan betik muda dan akhir sekali masukkan kuah kacang dalam
kuantiti 3 sudu
7. ikat plastik seperti dalam gambar ke 6
siap dan boleh lah bersedekah ya.
Resipi ROJAK orang Kampung.
terima kasih
simple kongsi etuza.
9 Pesona Kata Hati Mereka:
ohhhhhh ade jugak rojak letak daun² eh.
ya, nilah rojak traditional kampung, org Keningau. daun kangkung, nangka, kacang panjang boleh guna jika tak ada pucuk ubi ya..
hehe kureng skit makan sayur hehe..
menariknyer cikgu...hurmm bila lah bleh try nih
nak try lh..hihi
Saya juga penggemar rojak dari dulu sampai sekarang...
JR boleh melawas, makanan ni jenis ulam-ulaman ya, tu yg sedap tu, kurang minyak, boleh awet muda.
ndak pernah rasa...nampaknya mahu gi keningau lepas nie
ohhh camtu. lain budaya, lain pulak ramuannya kan. ;)
Catat Ulasan