Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 19 April 2012

Muslimah - Sibukmu! Kerana Adab & Kewajiban ...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


    Ramai tak wanita di luar sana? Rasanya kita dikelilingi oleh wanita hari ini, kerana di dalam sesebuah organisasi kadang-kadang wanita lebih  mendominasi. Lebih ramai dari bilangan lelaki. Di manakah lelaki hari ini? Adakah di luar sana lelaki  yang merasai bahawa akur dan hanya melihat serta perhatikan tiap kejayaan para wanita hari ini. Ada tak terbaca di mana-mana bahan berita bahawa Negara Malaysia kini sedang mewarkan peluang terbuka seluas-luasnya kepada wanita pula untuk menjadi ANGKASAWATI pertama Negara Malaysia. Jangan terbeliak mata jika hasrat ini menjadi realiti, semuanya tidak mustahil. Hebat juga jati diri wanita masa kini.

Walau apapun keadaan masa kini, harus diingat bahawa wanita tetap wanita yang berperanan sebagai Isteri serta Emak yang wajib menjalankan tanggungjawab. Dan apapun keadaannya wanita Muslimah harus menjaga adab-adab mereka sebagai wanita agar kesibukan mereka terpenuhi dengan rutin adab sebagaimana kenyataan berikut:-
  1. Selalu berada di rumah & mengutamakan tugas-tugas di rumah dari yang lain.
  2. Selalu mendampingi suami, menggembirakannya apabila disampingnya.
  3. Memperbanyakkan mempelajari ilmu agama,terutama al-Quran bagi pendidikan anak-anak.
  4. Mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal.
  5. Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.
  6. Jangan izinkan ( laki-laki ) walaupun sahabat suami masuk rumah tanpa kebenaran suami, ditakuti terbitnya fitnah.
  7. Memperbanyakkan puasa dan amalan zikir
  8. Meminta izin kepada sauami jika hendak keluar rumah.
  9. Melahirkan sifat malu, kurangkan tertawa banyakkan sabar dan bersyukur.
  10. Tidak mendedahkan aurat, berpakaian ketat jika berada di luar rumah.
10 perkara dinyatakan dan banyak lagi sebenarnya hendak diletakkan, tetapi bagi wanita muslimah anda lebih arif dari saya tentang hal kewajiban dan adab wanita ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah & syabas kepada golongan wanita muslimah yang benar-benar bertanggungjawab dan mengetahui sedalam-dalamnya tugas sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kita.

Persoalan 

Adab isteri terhadap suami ?
Adab wanita di luar rumah ?
Adab wanita di dalam rumah ?

Kalau difikirkan beratnya tugas wanita ini. Tetapi wanita solehah dengan mudahnya dia menangani semua ini dengan penuh kelembutan, ikhlas dan tidak mengaharap balasan dari suami selain menginnkan kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan. Hidup wanita! syabas wanita. Justeru itu terima lah tabik hormat dari kami untuk WANITA MUSLIMAH, WANITA SOLEHAH.

" Sebaik2 wanita adalah wanita solehah"
Dari lubuk hati etuza.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

syukur dilahirkan sebagai wanita..dari seorang anak pada ibubapa,dinaikkan darjat jadi isteri..kini sebagai mama...syukur Alhamdulillah..

dieyna berkata...

semoga diri ini mampu menjadi wanita muslimah

nasir hamzah berkata...

syabas buat wanita-wanita muslimah..

JR berkata...

Begitu mulia anugerah Allah kpd wanita kerana wanitalah yg melahirkan kita dan bila kita meninngal nama wanita (ibu) juga yg disebut di dalam bacaan talqin (bukannya nama bapa)...

daimpressive berkata...

Alhamdulillah :)

9n0L4 berkata...

aminnn. wanita solehah mendapat ganjaran kerana di sisinya ada lelaki yang redha dgn segala perbuatannya. ;)