السلام عليكم ورحمة الله وبركات
kacang tanah yang telah dicabut dan dileraikan dari akar kacang
tanaman kacang baru mama
kacang tanah dan kacang bendi mama dah besar dah..
kacang tanah yang akan di cabut nak ambil biji-bijinya
seronok pula dia ni, maaf lah ya ..dah comot lah dia ..nak ikut jg
na tu..mana ja nak ambik gambar berlari dia nak pose..nilah anak lastly..)
Kalau nak segarkan mata lihatlah apa-apa sahaja yang hijau, tetapi kalau nak kehijaun yang semulajadi kena keluar rumah awal-awal pagi saksikan pokok2 hijau, rerumput yang hijau yang apa2 saja lah hijau di depan kita yang tumbuh melata.
Tetapi kalau di kampung inilah kehijauan yang mengisi ruang tanah-tanah terbiar, dari kemarin petang dah makan kacang tanah mama dimasak rebus ..sayang saya tak makan banyak tekak kurang sihat. Profile saya suka alam semulajadi, tumbuhan dan bunga-bungaan. Rindu nak buat entry kehijauan kebetulan inilah pic2 anak saya ambil dengan maknya di kebun. Bila balik on camera pull hijau ja semua ni lah kerja sibungsu kami, yang di gambar tulah. Comot tu...dia buat muka tak malu, still senyum. Nak cari gambar lawa dari ni pun susah, semua ada dia.....ok lah ini ja enam pic hijau yang saya nak bagi tengok ya. Sesekali cuci mata tengok2 keindahan suasana kampung. Nah! entry ni dah membantu kempen LOVE GREEN..tul kan...
Sebelum undur diri nak kenalkan blogger ni norumara
DEQLAH MANJEW..best juga santai dengan dia. Klik2 lihat apa ada ya..meriahkan blog dia.
Kalau di desa inilah saja yg ada.
Ikhlas kongsi etuza 9/4/12. jam 21.45 malam
23 Pesona Kata Hati Mereka:
Betul ETUZA, kalu balik kampung, memang indah dan sejuk mata. Kehijauan dan tenang. Saya suka balik kampung.
Tahniah, orang pertama melihat GREEN saya ni. Yup! segar udara, bernafas pun ok..tq azieazah
Wah..besar juga kebun tu kan..
klu sy balik kg pun, mesti akan ke kebun. menanam sayur-sayuranlah biasanya..
Isteri, ipar, mak mentua, ada 3 orang jiran datang menanam sayuran tu JS, nampak luaskan tu dalam gambar ja..
pertengan bula 4 akan dituai hasil kacang tanah, bendi skrang dah bernuah, sayuran pun dah boleh di petik.
Isteri, ipar, mak mentua, ada 3 orang jiran datang menanam sayuran tu JS, nampak luaskan tu dalam gambar ja..
pertengan bula 4 akan dituai hasil kacang tanah, bendi skrang dah bernuah, sayuran pun dah boleh di petik.
seronok nya..kat sini nk tengok pokok bangunan tinggi..kena cat bilik jadi hijau lah..
berbakti pada tanah kita kan dapat hasilnya!! besar kebun
bestnya ada tanah, dapat berbudi pada tanah...!
nur duduk teres, xde tanah...!
Assalamualaikum Cikgu..
Sungguh teruja saya melihatnya. Kehidupan di kampung sungguh mendamaikan..
Tanah2 kosong tidak terbiar...
Hasil Nya di jual kah Cikgu?
alangkah damainya berada dikampung..kehijauan alam semula jadi amat menyegarkan...rajin yer bercucuk tanam...
singgah sini kalau nak lebih hijau..diblog inilah....kulihat hijau..blog pesona....comel jer anak dara tu...
banyak nya pokok kacang.....seronok nya lah dok di kampong....di kampong saya sawah padi....waktu padi baru nk naik....penuh kehijauan...
salam
tak rugi berbudi pada tanah ya cikgu...selain menyihatkan badan,hasilnya jugak boleh dikongsi bersama tetanga...
Seronoknye duk kg...semua hijau...
menenangkan jiwa...
Baru pertama kali tengok pokok kacang.. Rupanya berbuah di akar hehe ingat buah macam pokok2 lain.. Buta tanah skit heh Nak skit kacang..??
dekat kawasan tanah tinggi mmg cantik2 pemandangan..tanah pun subur..sayur pun murah2..hihi
cantik pemandangan...
waaa cikgu, seronoknya, berbudi pada tanah, kompom dapat hasil ;)
sye ske ijau!
Terima kasih kepada semua yg drop komen, pujian itu kita pulangkan kepada Allah yang mencipta semuanya kita hanya peminjam sementara sahaja.
mesti sejuk tangan ni. tanam ape pun menjadi aje. ;)
wahh...dah mcm citer ahmad albab la...yg sebelah tu sayur apa? ooo...tu brendi...salah....bendi...ha yg hujung tu? yg tu payapa....bukan...papaya.... hihihi
hasil keringat sendiri ke cikgu...Berbudi pada tanah ..ini la balasannya...:))
C'Jay Alhamdulillah ..tq
Catat Ulasan