السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Kasih sayang, berterima kasih, menghargai, bersopan santun,mengormati dan sebagainya adalah value yang sangat dititik beratkan dalam kehidupan harian yakni menjadi amalan yang sangat perlu dikalangan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Institusi sekolah adalah satu badan yang wajib membudayakan nilai-nilai murni ini dikalangan murid sekolah. Guru disarankan agar dalam step penyampaian pengajaran dan pembelajaran, sekiranya seseorang guru sama ada guru terlatih dan guru pelatih, jika pembudayaan atau lebih jelas penerapan nilai - nilai murni ini tidak diselitkan dalam proses P&P di kelas maka dikatakan P&P guru tersebut lemah dan harus diberi teguran secara bersemuka. Bermakna ada pemberitahuan untuk penambah baikan proses dan fasa penyampaian P&Pnya agar lebih baik, di mana nilai-nilai moral itu akan dapat dicerap dan diserapkan ke dalam kolompok murid yang masih memerlukan bimbingan yang berterusan.
Pernah berlaku situasi sebegini dan mungkin ada dikalangan guru yang turut sama dalam situasi ini.
Pensyarah : Cara P&P yang kamu sampaikan cukup bagus, suara jelas dan kawalan kelas sangat baik.
Guru Pelatih : Terima kasih tuan.
Kemudian guru pelatih jeling-jeling melihat tanda pemeriksaan buku RPH( rancangan pengajaran harian ) yang sedang diselak dan ditanda oleh Pensyarahnya) Hati guru pelatih itu berbunga-bunga kerana inilah terakhir kali guru pelatih itu di obverse dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia kelas sekolah rendah.
Kemudian guru pelatih jeling-jeling melihat tanda pemeriksaan buku RPH( rancangan pengajaran harian ) yang sedang diselak dan ditanda oleh Pensyarahnya) Hati guru pelatih itu berbunga-bunga kerana inilah terakhir kali guru pelatih itu di obverse dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia kelas sekolah rendah.
Pensyarah : Tapi ada juga kelemahan ketara yang kamu tunjukkan, dan saya rasa cikgu dari awal P&P dan keakhir penyampaian P&P cikgu gagal untuk meyakinkan saya bahawa kamu boleh diberi markah terbaik dalam slot latihan mengajar. Kenapa ini berlaku ?
Guru Pelatih : Saya mengaku masih ada kelemahan cara dan teknik P&P saya di kelas tuan, ini disebabkan salah satunya saya mengajar murid di kelas yang 80 % murid lemah.
Pensyarah : Bukan itu masalahnya, kamu sudah berjaya menyampaikan P&P dengan berkesan, kelas terkawal, murid aktif dan berlumba-lumba untuk menyiapkan kerja kumpulan mahupun cara individu. Murid boleh menjawab secara spontan soalan berkaitan kemahiran yang kamu ajar. Itu yang kami mahu lihat, cuma kamu lupa satu perkara..ini sangat penting sebagai amalan berterusan seorang guru.
Guru pelatih itu tertunduk agak malu dan tidak berkata-kata lagi. Hampa kerana sudah berhempas pulas membuat persediaan mengajar tetapi diberi komen yang agak membingungkan.
( belum layak dipanggil cikgu kerana itu " Kamu" baru latihan mengajar ya)
Akhirnya tiada lagi teka teki.
Pensyarah : Begini...kelemahan kamu ialah kamu tidak gunakan KONTEK MATA kamu secara keseluruhan dalam kelas, faham tak! Mata kamu tak lihat semua murid dalam kelas tu, tu saja..sepatutnya kamu pandang semua murid, jangan hanya pandang murid sebelah kiri saja dan di hadapan yang di belakang kena tengok pantau dari jauh. Tantang mata mereka. Disinilah lemahnya P&P kamu tu...
Alamak macam itukah, itukah kelemahan, itukah yang benar-benar pensyarah guru pelatih itu hendak bagitahu. Entah betul atau tidak, guru pelatih itu merasa dia melihat kesemua murid dalam kelas, kerana apabila disebut nama pastinya semua murid akan memandang cikgu di dalam kelas. Apapun guru pelatih akur dan keputusan markah latihan mengajar guru pelatih ini adalah B sahaja pada fasa pertama latihan mengajarnya.
*
*
Guru pelatih itu adalah
ETUZA sendiri.
Frust!!! Beb!
Tak tahu lah ..itu ja Pensyarah tu tegur saya.Dalam kelas amalkan bukan pandang murid sebelah mata saja.Inilah pengalaman untuk menjadi guru ada juga peritnya.Susah nak dapat markah tinggi. Pensyarah tu..India dan cukup bagus orangnya. Tapi dalam bab markah. Tu lah markah Etuza. Ok lah tu.
Peristiwa ini sangat2 saya tidak lupa hingga kehari ini, masuk saja di dalam kelas, saya besarkan mata melihat semua murid yang ada, baru hari-hari saya puas hati.
Komen anda!...apa! dah saya kongsikan pengalaman..Terbaik bagiku komen Pensyarah itu.Kepada guru pelatih ingat pesan Etuza..gunakan "KONTEKS MATA" ya.
Salam
suara dari hati Etuza.
10 Pesona Kata Hati Mereka:
konteks mata penting untuk komunikasi dua hala, barulah murid terangsang untuk turut serta dalam pembelajaran
huhu.. xper bro.. insyaallah tu boleh tingkatkan.. jom kita perbaiki cara kita mengajar.=)
jom tambah ilmu
sambungan.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html
Mak solehah pn seorang guru,tp anaknya ni xtau la lagi.hehe Apa-apa pun,cikgu kuatkan semangat ye.Caiyook! Cikgu boleh =)
cita2 sy dulu nk jd cikgu...ingat lagi masa kecik2 slalu conteng dinding rumah dgn kapur tulis konon2 jadi cikgu la tu..haha...berangan masa tu..tp bila da besar tak kesampaian cita2 tu...cumalah dpt jadi kerani di sektor awam saja... huhu
salam
kerana itulah dikatakan tugas guru amat mulia...bkn sedikit pengorbanan mental dan fizikal yg dilakukan demi menjadikn seseorang pelajar itu manusia berguna...
Kadang2 debaran berlebihan menyebabkan eye contact tidak berlaku spt sewajarnya. Jika dlm keadaan santai ia pasti berbeza: eye contact akan berlaku secara semulajadi...
Kontek mata.....tumpuan pada semua pelajar tuu...
X pe cuba lagi.... B pun terbaik...bukan senang tu...
Online petang ni.
Semua komen amat2 cantik..suka dan terharu sangat2.JR bicara amat matang, Kamsiah dan jagau sungguh berhemah dan memberi motivasi, tak kurang terhebat pendapat bapak dan L. semua itu benar. betul eye contek tu antara kunci agar P&P akan berjaya terlaksana. Yup ! B ja..itulah kenangan masa latihan mengajar fasa 1 tahun 90 an..dah lama.tapi segar dalam ingatan.
TQ3x ya..harap x serik terjah blog Pesona..
'Kontek mata' adalah perkara asas yang perlu ada semasa proses p&p.. terutamnya untuk Guru B&k mcm saya..maka, bila berlangsung proses p&p, bukanlah satu masalah..
P&P akan lebih berkesan lagi sekiranya ada sentuhan... tapi bila perlu saja tau..(^_^)
bukan senang nak menjadi pendidik ni.. byk cabaran.. byk pahit dari manisnya..
mungkin ada yg kata senang, tapi yg mengalami sendiri, pasti tahu,.
Catat Ulasan