Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 15 Oktober 2011

Perkongsian yang indah - Ada bijaksana di sini.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Katalah apa sahaja, Etuza sekali lagi nak menyatakan bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya. Mungkin ada bagi orang lain tetapi percayalah nikmat kejayaan itu hanyalah seketika cuma kerana tidak diredahiNya. Ramai orang yang berkata bahawa orang yang pernah gagal dan berkali-kali gagal adalah orang yang sebenarnya semakin hampir kepada kejayaan.

Jika kau fikirkan kau boleh, sebenarnya kau boleh mencapai impian yang diharap-harapkan. Etuza sudah tergolong dalam perkongsian ini, ini kemahuanku sendiri bukan didorong oleh hawa nafsu, bukan di dorong oleh ketamakan dan halobanya jiwaku. Cuma Etuza nampak ada kasih sayang di sini, ada kekeluargaan dan ada perkongsian yang maha INDAH bagi Etuza. Tidak keterlaluan jika Etuza katakan bahawa ada kebijaksanaan jika kita cuba menghampiri dan inginkan perkongsian ini milik kita bersama. Asal tidak menyalahi undang-undang dan tatasusila kemanusiaan dan tidak menyongsang arus kehidupan maka sesiapa yang berkongsi di sini adalah orang-orang yang positif dan menghargai peluang kerana mungkin peluang itu jalan penyelesaian terbaik yang ditemui.

Jujur Etuza katakan memang banyak saluran dan perkongsian yang melata dan di sana-sini. Cuma Etuza telah di latih untuk lebih tabah, lebih teguh dan tidak berputus asa  di sini  maka apakah salahku jika mencuba nasib, kerana sesungguhnya Allah tidak menghadkan kita mencari rezeki di BumiNya ini. 

Sejujurnya keluargaku menjadi pengguna dan alhamdulillah kami menikmati nikmat kesihatan yang sebetulnya kami usahakan dan Allah lah yang mengabulkan dan merestui usaha kami sekeluarga. Putera Etuza dulunya elegerik  memakan makanan laut, sering asma ( ampus) dan tidak berselera makan, walhal baru di usia 3 tahun waktu itu sehingga berumur 7 tahun mengalami masalah kesihatan itu kini akhirnya sihat dan cergas dengan memakan ester C, epa ( minyak ikan ) ig6 dan spirulina E. Di usia 11 tahun ini puteraku menikmati kehidupan ini dengan lebih ceria berbanding dulu. Justru Etuza amat-amat mensyukuri atas limpahanNya ini, kerana semuanya Dia yang memakbulkan.

Perkongsian indah kemudian ada kebijaksanaan di sini. Antaranya berkongsi bagaimana konsep penjagaan kesihatan yang berterusan. Bersikap terbuka tanpa segan menyatakan masalah, ada kasih sayang yang sangat mendalam, ada jalinan kemesraan yang penuh dengan bunga kehidupan yang segar. Pun ada yang tidak memahaminya mereka itu sebenarnya belum mengenali, belum melihat, belum tersedar dari lena bahawa sebenarnya di sini ada kometmen kejayaan yang sungguh luarbiasa.

Biasanya untuk berkongsi Etuza hidupkan roh rasa ikhlas kepada sesiapa sahaja, tanpa mengenal usia, pangkat darjat dan agama serta pendidikan mereka. Semuanya bebas dan berhak untuk diberi perkongsian kerana tubuh mereka itu seperti tubuh Etuza juga. Justru kenalilah bezakanlah apabila ada perkongsian menuju kesihatan tolonglah usah perlekehkan insan itu kerana dikatakan bahawa orang yang memperlekehkan orang yang bercerita dan berkongsi tentang kesihatan adalah orang-orang yang rugi. Percaya bahawa ada hikmah disebalik perkongsian orang itu.

Selamat beristerehat. ambilah manfaat..
                     


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka: