Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 23 Oktober 2011

Bercakap dengan cik T..... percaya dia dengar cuma tak tahu bercakap.Wallahualam..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tengoklah mata cik T ni..seolah minta belas kasihan, seolah minta dilepaskan, seolah merayu dan ingin memohon maaf. Tapi adakah Etuza saja yang nampak pada sinar mata cik T ni. Atau anda yang di luar sana turut sama nampak apa yang Etuza nampak pada matanya itu.

Inilah spesis cik T yang merayau diwaktu malam dan senyap diwaktu siang,tapi kadang-kadang cik T berani juga tampil kala siang jika sudah terhidu makanan dalam laci atau di atas meja, sebab suatu petang di tempat Etuza bekerja sedang semua khyusuk mendengar ucapan seseorang dalam mesyuarat tiba-tiba suara seorang wanita meletup akibat dekat kaki dia lalu seekor dari keluarga cik T. Etuza tengok ada di kalangan kawan yang seolah mahu naik atas meja kerana geli dan takutkan cik T. Itulah penangan cik T.

Banyak sudah terjerat, terperangkap seperti dalam gambar di atas. Ini yang terakhir terjerat.  Ya terjerat yang ketua Jabatan Etuza letak di bilik guru sekolah Etuza.Etuza kurang pasti yang keberapa. Cik T seolah bermaharaja lela dengan memakan pucuk2 bunga plastik, buku, kertas kotak susu dan sebagainya di bilik guru. Bilik guru yang sudah ceria cik T rosakkan dengan mengigit apa saja benda di bilik guru. Ha inilah padahnya, kena jerat lah sudah.

Cik T kali ini, agak bernasib baik. Etuza ambil kesempatan membawa cik T di suatu tempat yang jauh dari sekolah kami. Lalu Etuza bercakap dengan cik T, hehe bunyi macam aneh saja. Sebenarnya Etuza bercakap-cakap dengan cik T sebelum Etuza lepaskan dia. Sebab Etuza teringat bahawa cik T juga makhlukNya, dan pastilah Allah jadikan tiap makhluk di dunia ini melainkan ada tujuanNya. Etuza yakin bahawa cik T boleh mendengar, boleh hidu hidupan lain dan boleh menghidu bau badan manusia. Kerana itu Etuza nekad bercakap-cakap dengan cik T. Mybe ada yang tidak suka Etuza kerana mengarut dan tidak bunuh saja cik T yang terjerat itu. Etuza tahu semua sudah sepakat nak kasi mati cik T tetapi menunggu siapa yang mahu usahakan untuk membunuh cik T.

Antara yang Etuza pesan dengan cik T ialah meminta agar :-
1. Tidak lagi mencuri masuk ke bilik guru.
2. Jangan lagi masuk ke bilik guru kerana pasti banyak spesis cik T akan menyusul  terbunuh.
3. Cik T kena ingat bahawa banyak sudah spesis cik T telah terkorban.
4. Cik T kena balik kepangkuan keluarga cik T dan pesan dengan semua spesis Cik T agar tidak lagi cuba memasuki bilik guru yang memang sudah di usahakan agar tiada lagi laluan cik T.
5. Cik T kena bagi tahu keluarga cik T bahawa banyak sumber makanan di mana-mana tetapi bukan di bilik guru.
6. Dan Etuza memang tidak suka membunuh binatang tanp sebab.
7. Etuza juga beritahu cik T agar bersyukur kerana diselamatkan.

Inilah antara kata-kata Etuza sebelum melepaskan cik T di suatu tempat yang jauh dari sekolah Etuza. Masa Etuza lepaskan cik T cik T perlahan-lahan menyelinap di hutan. Pasti cik T merasa diselamatkan oleh insan bernama Etuza.

Untuk warna-warna kehidupan ini, Etuza abadikan inilah cik T yang kelihatan meronta-ronta serta mengigit besi rumahnya ini seketika. Kasihan cik T juga makhlukNya. 

Sejak itu belum ada lagi cik T yang baru terjerat di bilik guru. Tetapi harus diketahui bahawa semua lubang laluan cik T telah pun di tutup oleh tukang kebun sekolah.

Berbahagia lah keluarga cik T kerana terselamat kali ini.








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

Hani berkata...

andaiku tahu...kapan bila ajalku.... :)...

Umie Nadhirah berkata...

berbahgialah cik T.. kadang2 geram jugak tengok mereka yg montel ni tak takut ngan kita =="

Unknown berkata...

Ajal dan maut di tangan yang Esa.
Tq hani..

Unknown berkata...

Cik T ni..cepat membiak ..harus hati2 , bahaya kena kanci.

Tanpa Nama berkata...

Kita dibenarkan membunuh makhluk perosak seperti tikus dsb. Cuma, kadang2 rasa geli dan rasa kesian.