Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 16 Oktober 2011

Alamak! pembohongan & penipuan sebeginipun ada pula di Kota Etuza. Sedarlah ya..



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Alamak Etuza tertipu lah pula, dibohongi dan ekoran dari penipuan itu Etuza memperuntukkan masa 3 jam menunggu hingga selesai urusan. Etuza sudah secara tak sedar telah membazirkan waktu secara sia-sia. Mujurlah tak terpedaya dan tak kena ambil.

Pernah tak beteri kereta kita hilang cas? Rasanya ada yang pernah alami sebagaimana Etuza alami baru-baru ini. Cas beteri kereta kita akan hilang jika kereta kita itu kita perap  di parking kereta kita tanpa dihidupkan enjinnya. Sesekali kalau kita start enjin kereta kita dalam masa 2 atau 3 kali seminggu pasti tak hilang cas beteri kereta kita itu. Ini hingga 2 minggu Etuza tak start, nah bila dah lama sangat baru nak ingat nak on. Apa yang , terjadi, dah tak boleh start, menyesal pun tak guna. 

Etuza tau sangat apa sebabnya, cas beteri sudah hilang entah kemana. Penyelesaiannya Etuza buka beteri tu dan bawa ke tayar service niat nak minta cas lah tu beteri. Jumpalah budak belasan tahun agak-agak 16 tahun kelihatannya. Masa tu kalau tak silap hari selasa jam 2.00 petang minggu lalu. Budak tu cakap ya ada alat pengecas, nanti sekitar jam 5 petang datanglah ambil. Etuza tengok dia bawalah beteri tu ke satu sudut kedai tayar service tu. Etuza tak tengok dia dah sambungkan atau tak pula masa tu, terus saja saya pandu kereta Etuza ke suatu tempat yang memangpun destinasiku lepas hantar beteri kereta  Etuza.

Ok di pendekkan cerita, sampailah jam 5 petang. Etuza siap dah nak bagi duit nak bayar kos cas beteri. Hehe budak tu saya tengok ambil beteri kereta Etuza di sudut yang tersorok, Etuza tengok ada longgokan beteri lain macam dah lama dan tak ada wayar sambung pada beteri2 tersebut. Etuza tanya ok kah sudah. Alamak kata budak tu beteri kereta Etuza tu sudah rosak, sudah tak boleh masuk cas  beteri. Etuza buat biasa ja tak terkejut walaupun sebenarnya baru 4 bulan beteri tu saya beli. Oh iyakah! lalu Etuza cuba minta agar test manalah tau mereka salah tengok. Wah! sahlah jarum test tu tak gerak langsung.

Oklah tak apa, Etuza fikir nak buang terus, biarkan kat kedai tayar servic tu. Tapi entah kenapalah pula Etuza bawa balik dan masukkan ke bonet kereta Etuza yang baru. Lepas tu saya ke rumah kawan di Kampung Magatang, Keningau.  Etuza ternampak ada sebuah workshop dan ada beberapa biji beteri sedang dicaskan. Etuza terus minta tolong caskan beteri wira Etuza pada pakcik tu, tanpa bagitau padanya beteri kereta Etuza sebelum tu pernah di cas di bandar Keningau. 2 hari beteri tu di workshop baru Etuza ambil.

Sampai di laman rumah Etuza, terus saja uruskan pemasangan beteri ke wira Etuza, bila dah siap Etuza onkan enjin, pulamak one kick ja start. Power betul cas beteri yang dikatakan budak tu dah rosak. Adui macamana ni, betul-betul Etuza rasa dibohongi, ditipu secara sikologi oleh budak entah dari mana tu. Baru Etuza sedar rupanya dia nak curi beteri Etuza tu. Yang hairannya bos kedai tayar service tu biarkan ja pekerja dia buat sesuka hati. Patutlah pelangan pun sedikit ke tempat tu. Etuza tak bagitau sesiapapun perkara ni..hahaha kawan-kawan bloger lah pula tempat Etuza meluah rasa. Etuza tak rasa marah pula pada budak seusia 16 tahun tu tapi KESIAN dia pikul dosa menipu dan BERBOHONG kepada orang yang tak bersalah pada dia.

Lepas start kereta  Etuza, Etuza pandu keliling kampung, test lah power  kereta Etuza yang dah 2 minggu tak di gunakan. Etuza bersyukur sangat kepada Allah, inilah satu bukti Allah membantu hambaNya yang tidak bersalah apa-apa, yang niat ikhlas dan tidak menyangka buruk kepada orang lain. Hanya selepas kejadian itu baru Etuza terfikir agak-agaknya sudah berapa buah beteri yang budak tu kebas akibat pembohongannya. Ya Allah berilah kesedaran kepada umatMu itu.

Wallahualam, hidup ini sebenarnya pentas persinggahan. Peristiwa realiti kehidupan Etuza. Kongsikan jika ada manfaatnya.


                     








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Sentiasalah berhati2 ya..selalu ingat Dia jika berpergian. amin

al-lavendari berkata...

di dunia ini pada bila-bila masa dan di mana-mana pun akan ada orang cuba mengambil kesempatan. cuma kita perlu berhati-hati.

terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog saya.

Unknown berkata...

Ya tepat sekali, langkah berhati2 dan ingat selalu padaNya. InsyaAllah..tq

Sama2 terima kasih jg sudi menyapa saya. Syukran

fatin berkata...

salam ziarah,

terima kasih krn sudi singgah & folo blog saya..

sy folo kembali.. =]

Unknown berkata...

wasalam..
terima kasih juga ya..semoga mendapat sesuatu yg baik dalam berblog..