Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 1 September 2011

Hari Raya Memang Seronok...Keriangan, Kegembiraan Amat Bermakna.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari raya itu sebenarnya hari yang amat besar nilainya, iaitu hari kemenangan bagi mereka yang berjaya sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan. Allah janjikan sehari untuk hambaNya itu untuk bersuka ria dengan hidangan makanan yang enak menyelirakan sebagai menjamu selera selepas tiga puluh hari berpuasa. Dan jika ada seorang berpuasa pada hari kemenangan berpuasa maka Allah berikan amaran agar haram baginya berpuasa kerana perlunya bergembira dengan memakan hidangan lazat di hari raya.

Sungguh seronok sebenarnya di hari raya, selain dapat menikmati pelbagai juadah, kita dapat bersemuka dengan sanak saudara dari jauh dan dekat, jiran dan sahabat taulan. Apalagi jika menambah seri dengan pakaian baru yang berwarna-warni. Salam dihulur dan saling bertukar senyum mengucapkan "Selamat hari Raya & Maaf Zahir Batin". Apabila menyajikan juadah, di sajikan dengan pelbagai cara kita, jelas terpancar keceriaan di wajah kita. Jelas memberikan rasa bahagia dengan pertemuan aidifitri yang mulia.

Pun demikian hari raya, ada juga perkara yang kita dengar atau kita lihat akan menyebabkan kita merasa diperkecilkan, tidak di perdulikan. Perlukan menyombong di hari raya, perlukan merendahkan orang lain. Pada saya tindakan merendahkan orang lain itu tindakan yang sungguh tidak bijak dan hanya merugikan. Saya amat berharap agar diriku dan siapa sahaja yang sempat membaca entry saya ini akan mengambil iktibar bahawa merendahkan orang lain itu amat tidak baik. Ialah tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia hanya Allah yang maha tahu.


Dar lubuk hati lelaki ini.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: