Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 20 Ogos 2011

Nilai Kemerdekaan Bernegara Yang Benar-Benar Hebat.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Mood hendak menulis hari ini adalah berkisar tentang perkaitan erti kemerdekaan, di mana detik ini dan masa ini serta dalam bulan ini yakni di bulan Ogos setiap tahun negara kita Malaysia mewar-warkan aktiviti sepanjang  bulan kemerdekaan. Rasanya tiap mereka yang mempunyai laman sesawang seperti blog tidak ketinggalan memperkatakan hal kemerdekaan sebagai entry utama penghias blog. 

Tahun ini seperti tahun lalu saya dan anak-anak tidak ketinggalan mengibarkan jalur gemilang, bendera sabah di hadapan rumah dan kami lekatkan pada kenderaan kami. Melihat di tiup angin berkibar bagai ada rasa kemegahan, rasa bangga hidup di Bumi Malaysia tercinta ini. Tahun ini melihat bendera kita berkibar di mana-mana  merasakan satu keanehan dalam diriku sendiri, yang kurang ku rasakan ditahun lalu. 

Berbicara tentang memasang jalur gemilang, saya ada terdengar isu-isu sensitif menghambat halwa telingaku, lain betul kedengaran bunyinya padaku. Benar-benar sensitifkah, benarkah ada kejijikan apabila kita memperkatakan hal merdeka yang sudah bertahun kita kecapi dan kita agungkan selama ini. Pada saya mengibarkan jalur gemilang itu satu kebanggaan satu kemestian dan satu tanda kita ini anak jati Malaysia yang lahir di negeri dan di daerah masing-masing dan saranan dan usul untuk mewar-warkan kemerdekaan kita dari belenggu penjajahan kuasa asing masa lalu oleh agensi kerajaan pada saya sewajarnya dan semestinya sangat perlu di hayati sedalam-dalamnya.

Sayang sekali mereka yang lahir sebagai rakyat asli Malaysia masih gagal menghayati kemerdekaan itu, alangkah rugi mereka yang mengatakan tidak perlu memasang bendera, benar dan diakui bahawa rasa merdeka cukup dalam hati, cukup dengan berdiam diri tanpa menyokong usaha-usaha orang lain yang bersungguh-sungguh menzahirkan rasa kemerdekaan, bersungguh-sungguh mewarkan kemerdekaan secara terang-terangan. Mungkinkah bersempena bulan ramadhan maka terasa ada naluri aneh dalam diri ketika menyambut bulan merdeka tahun ini. Terasa nampak kuasa mencengkam jiwaku bahawa kemerdekaan kali ini sungguh bermakna bagiku dan anak-anakku sendiri.

Saya melihat kemerdekaan kali ini bersulam dua rasa iaitu rasa merdeka kerana bakal sebulan berpuasa akan diraikan dan rasa merdeka di bumi Allah yang mentakdirkan kitalah rakyat jelata yang menghuni Malaysia, mencorakkan keadaan negara Malaysia tercinta ini. Satu nilai yang perlu kita pegang ialah mengibarkan bendera apa saja di bulan merdeka itu bermaksud kita menghargai jasa pejuang-pejuang kemerdekaan masa lalu, menghormati mereka dengan mengibarkan jalur gemilang. Kerana tanpa mereka kita tidak sebebas menikmati kemerdekaan sehingga hari ini. Penghormatan dengan mengibar bendera itu setidak-tidaknya di hadapan rumah kita pun sudah cukup memadai, sudah cukup memperlihatkan bahawa kita bersyukur menikmati hasil kemerdekaan bernegara hingga hari ini.

Berbalik kepada nilai kemerdekaan bernegara yang benar-benar hebat itu, ialah  seseorang yang merasakan kemerdekaan Malaysia hingga ke 54 kali ini adalah satu anugerah Allah kepada semua rakyat Malaysia. Insan itu melihat bagaimana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan, kebahagaiaan dan kegembiraan yang tidak pernah putus hanya kerana berada di bumi Malaysia yang merdeka dari kuasa penjajahan masa lalu. Insan itu benar-benar merdeka dari segi HASAD DENGKI & IRI HATI inilah nilai kemerdekaan yang benar-benar hebat dan luar dari biasa.  Sejajar dengan nikmat kemerdekaan dari hasad dengki kesumat itu, lalu dia kombinasikan rasa  kemerdekaan itu dengan kesyukuran kepada Allah, memuji Allah, membesarkan Allah dengan beramal di bumi Malaysia dengan menegakkan kalimah suci sebagai tanda terima kasih kepada sang pencipta atas kurnia negara yang dihuni ini.

Damailah jiwa insan yang hebat seperti itu. Adakah kita sebagai manusia biasa yang juga manusia seperti mereka yang bebas dari kuasa hasad dengki dan iri hati itu. Mampukan kita mencipta kemerdekaan membasmi rasa dengki itu, kerana menurut saya bebas merdeka dari sikap ini akan menjadikan kehidupan kita lebih terarah, terpandu dan selamat di dunia dan di akhirat kelak. Bebas dan merdeka dari kesumat itu akan lebih memberikan kehidupan yang bahagia, bermakna dan membolehkan kita menerima pelbagai anugerah kehidupan dengan pahala berlipat ganda.  Sungguh hebat rasa kemerdekaan seumpama itu. Sayang sekali kita golongan manusia yang turut berada di Malaysia masih ada yang cuba memperkotak-katikkan keharmonian negara tercinta ini. Apakah masih ingin mencari ruang kehidupan yang coraknya lain dari kehidupan yang kita sama-sama nikmati masa kini. Jika ada ruang kehidupan yang lain dari sekarang ini, ingin kita melihatnya seperti apa. Tetapi sayang sekali sukar tergambar di fikiran kerana gambaran kehidupan yang dirasakan masa kini sudah cukup membantu kita menyedari benar-benar banyak nikmat kehidupan yang telah kita kecapi sehingga menjelangnya hari kemerdekaan kali ke 54 tahun 2011. Adapun kehidupan baru yang akan kita titi akan kita lihat ialah sebuah kehidupan yang akan berlaku iaitu kehidupan DI AKHIRAT Allah. 

Oleh yang demikian marilah sama-sama melihat bahawa apabila melihat jalur gemilang berkibar lihatlah bahawa ada nila kesyukuran terpamer pada kibaran bendera itu, yakni kesyukuiran kepadaNya kerana kita ditakdirkan hidup di bumi Malaysia yang sehingga ih terus kini masih terus mengecapi kemewahan hidup sehari-hari, baik nikmat kesihatan, nikmat bersosial, nikmat mencari ekonomi, nikmat belajar, nikmat berkeluarga dan pelbagai lagi corak kebebasan yang kita miliki hari ini.

Selamat berpuasa , salam kemerdekaan dan selamtlah kita dari hasad dengki dan iri hati yang hanya merugikan diri, keluarga, masyarakat dan agama.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Asalam..
kalau nak kibarkan bendera di kereta niat ikhlas cari jalan melekatkan agar tak jatuh. kalau hilang tak ada kesan itu tandanya ada yng merompak bendera anda. Nikmatilah rasa megahnya bendera berkibar semegah rasa bersyukur kita hidup berpayungkan bumi Malaysia.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Salam Kemerdekaan.
Tahun ini agak kurang kita nampak bendera pada kenderaan. Mungkin juga faktor kualiti, di mana ia agak mudah tertanggal. Secara tidak disedari kita turut menghina bendera apabila ia digilis tayar yang meredah jalanan.

Salam Ramadhan. TQ

nurshaf berkata...

salam pcik etuza: kemerdekaan tahun kali ni rasa nya tak meriah sangat kot,mungkin bertembung dengan aidilfitri dan rata2 memilih untuk memerihkan aidilfitri sebab mereka cakap tak feelinglah merdeka,,haha..saya dah tinjau dah..

ohye,kalaudi sekolah, tetap adakan sambutan

JunAina berkata...

saya merasa bangga setiap kali lagu kebangsaan dinyanyikan dan saya akan berdiri dengan megahnya...saya juga merasa sangat berbangga mengibarkan bendera Malaysia di hadapan rumah saya sempena menyambut bulan kemerdekaan...

qamarguyz berkata...

Salam ziarah..
makin nak merdeka, makin nak raya, makin byk sy j0in contest..huhu..

So sy nak minta jasa baik & sokongan pakcik sikit boleh? Lawati link di bawah & vote di bahagian poll & comment (cari responses ke-36) untuk laman qamarguyz.blogspot.com - Aksara Cinta Ilahi.. ‘Tinta hamba..menuju Yang Esa’..Thanz yer =)

http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

Kamsiah yusoff berkata...

salam lebaran utk cikgu sekeluarga...
seronok ya cuti panjang....