Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 24 Julai 2011

Kehidupan ini umpama warna yang pelbagai corak...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Usia yang aku ada ini adalah kurnia Ilahi, yang mana menitipkan tahun demi tahun sebagai usiaku, seiring dengan peredaran zaman yang kini penuh dengan  kemajuan dan informasi. Kadang-kadang manusia akan mudah lupa siapa dirinya apabila terlena dibuai arus kemodenan dan kemewahan sana-sini.

Lihatlah sekeliling kita, pastinya pelbagai corak dan irama tarian kehidupan kita sebagai manusia yang dikatakan makhlukNya yang menjadi khalifah di Bumi nyata ini. Ada kala berlaku gelora, bak ombak laut menganas itu umpama jiwa yang meledak memberontak kerana keinginan tidak terpenuhi, gagal menerima boleh jadi gelora rasa itu, kadang petir menyimbah memanah seperti peritiwa yang berdarah lalu meninggalkan kesan luka yang parah,kadang melihat  birunya langit petang memayungi alam, membahasakan suasana itu dengan kedamaian dan ketenangan, kebahagian memayungi kehidupan kita, yakni semuanya kita miliki lalu terungkaplah rasa kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kiasan kata, hanya yang dapat dijasadkan adalah ukiran senyuman yang penuh keramat. Sayang langit itu tidak selalunya cerah, kadang mendung menyapa menyelimuti alam lalu terlerai titis-titis hujan membasahi bumi. Inilah warna- warni kehidupan kita, hakikatnya semua dari kita tidak pernah akan terlepas dari runtunan warna-warni ini. 

Berbahagialah insani yang punya warna-warni kehidupan yang warnanya tidak pernah sirna oleh mentari, tidak berubah coraknya jikapun ada gelora membadai, walaupun ada lembayung yang menguguti, walaupun ada tikaman kata penghinaan dan sejumlah lagi tandus menghunus yang kononnya ingin merosakkan warna-warni hidupnya. Tetapi semuanya dapat di tepis bak kilat keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang teguh dibaluti rahmat Ilahi. Doa yang afdal terkumat di bibir merahnya dengan zikirullah bahawa segalanya Allah yang maha mengetahui seru sekalian alam buana ini. Jika inilah pedang belatinya alhamdulillah...Allah pasti sediakan panji-panji kejayaan pada kehidupan mendatang insani ini. Kerana dia tahu bahawa Ilahi itu maha hebat dan maha membantu seandai saja pedang belatinya yakni keyakinan dan kepercayaan tidak akan bengkok oleh gelora kehidupan yang cuma melanda.

Marilah tekadkan diri bahawa kehdupan ini harus dipertahankan dengan tembok iman, harus di warna-warnikan agar hidup lebih berseri. Lebih manis walaupun ada rasa pahit menyelat rasa. Itulah kehidupan kita penuh dengan rasa dan pelbagai corak warnanya. Marilah abadikan kehidupan kita dengan warna yang mendamaikan yakni kerendahan diri kepadaNya, kehambaan diri kepadaNya dan kesedaran bahawa dunia ini hanya pinjaman sedang akhirat juga tempat kita tujui suatu masa yang Dia sahaja yang maha mengetahuinya.

Salam ukuhuwafillah..



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

9 Pesona Kata Hati Mereka:

Rafi Harumin berkata...

Assalamualaikum.

Berukhuwwah di sini. Semoga sehat sejahtera selalu.

Unknown berkata...

Wasalam..
Alhamdulillah..selagi kita usahakan agar sentiasa sihat pastinya ada hikmah ya..tq asrafi syukran..

mr cekodok berkata...

sy suka entry pkcik mengenai kehidupan kita ini umpama warna yg pelbagai corak warnanya...btl tu pkcik, kadang2 kita lupa, corak warna warni dalam kehidupan cantik yang kita miliki ini tak selalunya kekal.kita kenalah selalu bersyukur,muhasabah diri dan mohon agar diri kita sentiasa dalam naunganNya..

salam ukhwah buat pakcik sekeluarga..

:)

Unknown berkata...

Saya melihat sinonim situasi kehidupan kita diumpamakan warna-warni, kerana melihat peristiwa di sekeliling kita, dalam negara dan jg di luar negara. macam2 yg berlaku. Kita yg melihat hanya dpt ambil iktibar dan berdoa agar tetap iman dan kuat hapai cabaran hidup.
Terima kasih ya..Mr Cekodok..

Unknown berkata...

assalam.... semoga hidup uncle terus diwarnai....

Romy Tanggar berkata...

entry yg hebat..

Unknown berkata...

Wasalam alimaz..ya tq laluilah warna hidup dengan tenang ya..

RG. Tq

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
selalu nampak buku ini, tapi tak terbeli..huhu..
nyway indahnya pelangi kehidupan ini kan..berwarna-warni sekali..
syukur

Unknown berkata...

Wasam azrai..begitulah kehidupan kita, kemmudi nya kite pegang agar tidak terjunam ke warna yang gelap..