( gambar sebagai hiasan)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dahulu masih segar dalam kotak fikiranku, apabila guru bertanyakan apakah gerangan cita-cita atau dambaan ku bila maju dalam bidang pelajaran. Dengan bangga tetapi kurang yakin " guru" inilah kerjaya menjadi pilihan utamaku. Siapa sahaja guru andai saja ajukan soalan cepu emas ini..aku katakan gurulah idaman dan cita-cita hatiku.
Nampaknya Dia tidak hampakan harapanku, Dia beri aku kesempatan mengenggam impian sebagai guru. Memang gembira sangat saat ada insan-insan yang memanggil aku "cikgu..salam sejahtera" yang dulu aku yang wajib menyapa guruku dengan kalimat suci ini. Syukur ku panjatkan kepada ilahi, kerana memandu perjalanan hidupku sebagai guru atau pendidik ketika ini. Terima kasih wahai Allah.
Menyentuh tentang tugas guru, rasanya tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa mendidiklah, sampaikanlah ilmu kepada sesiapa sahaja yang bergelar murid sekolah dengan rasa ikhlas seikhlas hati kita. Rasakan damainya hati apabila menyalur ilmu bak permata kepada semua insan tanpa mengira darjat dengan penuh ikhlas hati. Kerana apabila kita menyalur ilmu tanpa rasa ikhlas pasti kesan kepada yang diberi tidak akan kelihatan, malah kita akan melihat kepincangan di sana dan di sini. Sentiasalah berfikiran rasional bukan mendesak atau memaksa diri menyampaikan ilmu, pastinya jika ada perasaan demikian kita akan merasakan tekanan yang maha hebat.
Inilah tugas pendidik ya, menyalurkan apa-apa yang kita tahu berlandaskan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Juga selaras dengan prinsip-prinsip rukun negara. mendidik secara sama rata, adil dan saksama, menyayangi dan mencintai murid-murid sekolah di mana sahaja pasti hati akan merasa lega dan puas hati apabila apa saja ilmu dapat di salurkan kepada mereka yang memerlukan. Tema hari guru 2011 " guru penjana tranformasi pendidikan negara" amat bertepatan kerana gurulah yang kedua membentuk sahsiah dan disiplin murid selepas ibubapa. Akhir sekali pesanku pada diri sendiri serta yang membaca entry ini,ikhlaskan lah apa-apa yang kita tahu agar tranformasi pendidikan dapat dicapai dengan sebaik-baiknya kepada semua warga murid.
Salam ukhuaffilahi..
2 Pesona Kata Hati Mereka:
salam ziarah..
Alhamdulillah, pr0fesion perguruan pun da makin laku..maktab dan IPT tak cukup tempat selalu..
kerna apa?
kerna kerjayanya ada depan mata, tak perlu risau gagal mencari kerja..
nyway moga mereka ini ikhlas, cukup ilmu dan amal untuk dibawa bersama..contohilah keikhlasan pendik-pendidik bangsa yang terdahulu =)
Wasalam azrai...
Betul..pejuang & pemimpin masal perintis genarasi masa kini..perlu hargai pendidik sebelum kita..tq
Catat Ulasan