السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebelum nak teruskan, penulis meluahkan rasa bersyukur kehadratNya kerana dengan limpah kurniaNya maka jejari penulis ini mampu mentarikan huruf membentuk irama kata di laman EWWK ini. Dan kesyukuran sekali lagi kerana limpahNya kesihatan fizikal mental maka secara positif luahan rasa ini akan mampu diterima oleh sesiapa yang datang membaca di laman ini. Terima kasih diucapkan.
Entry kali ini berkisar pada tangapan kita tentang penjagaan kesihatan. Tidak dinafikan bahawa semua dari kita amat mengetahui bahawa kesihatan itu satu sudut yang maha penting kita pertahankan dalam diri agar kehidupan kita sentiasa bermakna. Sayang sekali, ada diantara kita yang masih meremehkan kesihatan. Sedangkan tugas menjaga kesihatan itu amatlah mudah dengan hanya perlukan perhatian dan penjagaan yang berterusan.
Entahlah, adakah saya dan semua keluargaku tergolong sebagai hambanya yang benar-benar sihat. Sihat itu bolehlah kita katakan sebagai individu yang memiliki tahap kesihatan menyeluruh dari segi fizikal dan mental.Justru saya letakkan bahawa untuk menjana kebahagiaan tika masih nyawa dikandung badan ialah berasaskan kesihatan. Tidak hairan jika ramai dikalangan kita sanggup membelanjakan sejumlah kewangan demi mempastikan kesihatan sentiasa berkekalan. Saya amat berbangga dengan orang yang benar-benar perihatin dengan tahap kesihatannya.
Mengapa perlu sihat? Tanyalah siapa sahaja bahawa apabila kita sihat, kita boleh bergerak walau kemana kemudimu, boleh berinteraksi, bersoasial dan boleh mencari rezeki sepuas-puasnya apabila kita berada dalam lingkungan kesihatan yang baik. Kenapa pula bila tidak sihat?. Sungguh apapun yang kita buat tidak pernah akan sempurna jika kita sakit. Bagaimana lagi hendak menjana rezeki apabila tidak sihat. Tentulah akan menemui kepayahan dan kesusahan apabila melakukan rutin hidup seperti urusan solat, riadah dan sebagainya. Tiada siapa yang menyangkal bahawa apabila kita sihat semua impian yang kita harapkan akan tercapai dengan mudahnya. Hendakkan wang melimpah, tanyalah bila kita sihat bila-bila masa kita mampu menjana wang dengan jalan yang betul.
Sayang sekali jika hendak meletakkan ego diri hanya kerana suatu benda yang berharga untuk kesihatan tetapi amat berkira hingga mengatakan ah! tak payahlah beli mahal harganya. Ya Tuhan!..kenapa sebegitu sekali sedangkan yang perlukan benda itu adalah diri sendiri yang sedang sakit menderita. Perlukah menyerah pada takdir, perlukan berdegil untuk kesihatan diri. Saya memberi info ini kerana melihat mereka terlalu berkira. Dan saya melihat juga ramai yang membelanjakan sejumlah wang bagaikan air mengalir apabila sakit sudah ditahap kritikal, ditahap yang sukar diubati. Wahai saudaraku di mana juga marilah sedar bahawa apabila ada orang yang memperkatakan penjagaan kesihatan usah hina dia, tetapi pandanglah dia dan percaya bahawa mencegah lebih baik dari mengubati.
Insyaallah..
10 Pesona Kata Hati Mereka:
Mohon maaf ruang ulasan EWWK nampaknya ada masalah..SPAM..saya kurang tahu kenaspa, ada ulasan atau drop komenn kawan2 bloger tidak terbit..sedangkan saya dah benarkan masuk dan terbitkan.Harap ada yang sudi bantu bagitahu kenapa ya?
salam ziarah..
hmM..ada k0men rakan2 blogger masuk dalam ruangan spam yer?
kalu cam tu pakcik boleh pilih untuk publish balik komen-komen tu kalu tak silap..
wasalam...nampak ok suda ni..harap x meragam lagi..tq memberi sokongan..azrai memang org yg baik ya..
salam pakcik..
takda la baik, da ada rakan meminta kita cuma membantu apa yang terdaya =) nyway sy ada tag pakcik untuk j0in satu segmen anjuran rakan blogger ni..niatnya murni sekali..h0pe sudi menyahut seruan..TQ
salam..pertama kali ke sini
menarik pengisian ni, muhasabah kembali kejadian insan dan tanggungjawab insan yang bakal berjalan lebih jauh di akhirat sana..moga Allah mengampuni dosa2 semua.
Wasalam azrai..terima kasih ya..
tag apa tu ya..nanti saya tengok ya..
wasalam..ya tq datang ya..buat ulasan..mana2 terfikir nilah maklumat di laman EWWK ya..
Perkongsian yg menarik .:)
terima kasih siti ar..ambilah manfaat ya..
etuza = Ya,pasti. InsyaAllah
Catat Ulasan