Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 5 Disember 2010

Nasid oleh Akhil Hayy - Kembara Di Tanah Gersang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Kembara Di Tanah Gersang 


Kembara berjalan bersendirian
Mencari jalan pulang
Bilakah masanya embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan

( korus )
Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagi rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa

( ulang korus )



Assalamualaikum...

Dalam melayari kehidupan yg bersifat sementara, terasa takut melakukan perkara yg mendatangkan dosa. Namun kehidupan perlu diteruskan. Kembara perlu diteruskan. Dalam kembara itu marilah agar jangan lupakan zikrullah yakni ingat kepaada Allah yg maha besar. Memohon rahmat dan berkatNya agar kita sentiasa dalam landasan kembara yang betul. Usahlah berpaling dengan kalimah Allah. Pohonlah rahmat dan kasih sayangNya serta basahkan bibir kita dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Insyaallah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

psl nuff tu sy dh cash tp xpnh lagi dapat tgh menunggu la ni kenapa???

Unknown berkata...

Pcik tanya ja kebenarannya. Inilah berusaha nak daftar tpi tak berjayalah dapatkan HMTL atau kod nak letak dalam blog tu. Bila log in tak berjaya ..tulah bukan rezeki agaknya ni nick...ok tq