Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 6 Disember 2010

1 Muharam kali ke 1432 Hijrah. Mengharap tanpa jemu kerahmatan darimu Ya Allah..


Tarikh- Tarikh Penting Dalam Bulan Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


      Syukran ya Allah..esok adalah 1 Muharam awal tahun Hijrah kali ke 1432. Seluruh umatMu menyambut dengan penuh kesyukuran termasuklah kami hamba-hambaMu. Kemudian tidak lama lagi menjelang tahun masihi 2011. Syukran atas semua kurniaMu ya Allah, tidak pernah putus kasih sayangMu dan tidak pernah pada keluargaku diberi kekurangan makanan dan miuman. Ya Allah bersyukur kami yang teramat atas segala bentuk kasih sayangMu dan perhatianMu kepada kami hamba2Mu hingga pada saat ini kami masih mampu menunaikan rutin kehidupan ini. Semuanya atas rahmat dan keizinanMu. Syukran ya Allahu alam..

         Kesihatan, kebahagiaan dan rezeki dalam bentuk ukuhuwa sesama manusia juga kami syukuri. engkau ya Allah memberikan kesempatan kepada kami semua saling berinteraksi sesama umatMu. Kami ya Allah sering memohon agar dijauhkan kesombongan diri, dijauhkan sikap mengeji sesama hambaMu biarpun siapa mereka tetap kami sama di mataMu ya Allah. Ya sama sahaja darjat kami baik yang kaya hartawan ataupun yang miskin dan tidak berharta. Kulit dan rupa, suku bangsa apakah kami sesungguhnya kami sama ya Allah sama sahaja kerana kami bergelar manusia ciptaanMu. Dalam menuju ke akhirat sama sahaja ya Allah iaitu menyelusuri agamaMu yakni agama Islam dan pastinya kami semua yakni pengikut Nabi Muhammad S.A. W mengharapkan syafaat Nabi rasulMu di titian siratul mustaqim. SubahanAllah wallhualam.

            Dalam kesempatan ini saya penulis yang bergelar ETUZA sebagai samaran berblog di maya ini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1 MUHARAM  pada hari esok kepada seluruh warga Malaysia, warga Islam di mana sahaja, dengan harapan semoga tema SATU MALAYSIA SATU UMMAH akan terlaksana hendaknya dengan peranan semua lapisan masyarakat Malaysia khasnya Masyarakat Islam di negara ini. Percayalah bahawa tiap kata hati kita Allah mendengarkannya dan usahlah kita jemu mengharap rahmat dan kasih sayang Allah. Syukran alhamdulillah assalamualaikum alaika..

Syukran 


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: