Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 7 Disember 2010

Inilah caraku tidak akan berputus asa. Semoga mendapat rahmatNya..

                                                                            
                                        

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                                                                                                                                                                     
Wahai anak2ku dirikanlah solat & Usahlah membuang
masamu...sesungguhnya solat itu wajib ..

     Musim cuti sekolah tahun ini sudahpun menjelang dua minggu, hanya beberapa minggu lagi akan berakhir detik percutian yang panjang ini bagi anak-anak sekolah. Cuti ini amat mengasyikkan bagi kanak-kanak khasnya kanak-kanak di sekolah rendah. Berlainan dengan pelajar2 di sekolah menengah kerana kegiatan mereka atau aktiviti mereka agak berbeza dengan kanak-kanak. Contohnya remaja di sekolah menengah sudah pandai mencari wang saku, maka kerana itu kala cuti sebegini mereka akan ke pekan atau ke bandar2 untuk mencari pekerjaan sampingan atau juga bekerja di desa seperti menoreh getah dan bercucuk tanam.

       Dulu agak mudah mengurus anak2 kerana masa itu mereka belum meningkat remaja. Kini empat dari tujuh cahaya mata telah menjangkau remaja belasan tahun. Bercuti bersama mereka memang saat yang sangat menyeronokkan bagiku selaku ayah mereka. Masa cuti anak-anak dibawa makan bersama semeja, beriadah bersama dan membuat kerja-kerja rumah secara bersama. Mereka amat gembira bergurau senda dan ketawa bersama. Pun demikian bagi yang masih kecil di usia lima tahun dan lapan tahun sering menangis apabila kurang diberi perhatian oleh si abang dan si kakak. Di sinilah tugas dan peranan ibubapa beri mereka nasihat dan teguran yang bertujuan mendidik agar sayangkan adik dan tidak menyakiti.

          Apa saja rutin mereka tidak apa asalkan mereka dalam batas tatasusila yang baik. Cuma ada satu perkara yang menyebabkan aku berfikir sejenak. Adakah tindakan ku betul atau salah. Terasa perkara ini tidak boleh dianggap ringan. Mahu tak mahu kena juga perbetulkan keadaan, kena perjelaskan, kena arahkan dan pastikan perkara ini dilaksanakan baik secara jemaah atau secara individu. Perkara itu adalah SOLAT LIMA WAKTU. Wajib bagi semua lelaki dan wanita tunaikan kewajiban ini dan apa lagi bagi lelaki yang sudah berkhatan sebagaiman tiga anak lelaki kami. 

             Tiap pagi,  bila tiba masa azan bergema, anak-anak dibangunkan, namun bukan mudah membangunkan mereka apabila masing2 ada kamar tidur. Disinilah letaknya aku perlu bersabar dengan karenah anak-anak. Bila tiba masa solat zohor, asar dan maghrib serta isyak aku perlu bersuara mengarah dan memberitahu, mengajak dan bersolat secara jemaah. Dua minggu inilah tugasku sebagai ayah mempastikan tiap solat ditunaikan. 

            Bukan mudah, bukan senang malah memerlukan kesabaran dan ketahanan hati serta bicara yang penuh hemah seraya mendidik jiwa mereka betapa peri pentingnya menunaikan solat lima waktu. Kadangkala aku berdepan dengan wajah2 yang masam mencuka, jelingan yang sinis dan kekadang mereka bersuara tinggi seperti kata ini, " ialah..nanti " " bah ya lah" inilah kata-kata yang bertalu saya dengar apabila aku mengajak mereka agar dirikan solat dengan segera. Ku gagahi diri dengan bersungguh - sungguh membawa mereka dengan suara lembut pesona agar bersamaku mendirikan solat.  Kepada anak-anak ku mohon maaf jika menguris hati kalian, niatku mendidik kalian agar tunaikan solat dan tahu bahawa solat itu sesuatu yang perlu ditunaikan segera dan tidak melengah2kannya.

           Inilah caraku, tidak sekali-kali berputus asa untuk membawa anak-anak tunaikan solat. Seandainya mereka tidak khyusuk dan tidak tertib anggaplah itu semua proses agar suatu masa mereka  akan memahami cara sebenar melakukan solat dengan tertib dan lebih khyusuk. Inilah caraku, melatih anak-anak agar tahu bersolat, agar mereka rasakan nikmat menyembah Allah, agar mereka tahu adab berdoa dan mendengar kalimah suci al-fatiha dibacakan oleh imam. Hendaknya mereka akan menjadi muslim dan muslimah sejati yang mendukung keagungan Islam mengetahui bahawa sunnah Nabi junjungan perlu di terbiahkan dizahirkan dengan melakukan solat lima waktu. Amin ya rabbal alamin.

Syukran..alhamdulillah. Salam Maal Hijrah 1432.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: