Salam hormat semua.
Pada 13hb Mac 2010, saya dan Irfan ke Daerah Ranau untuk menghadiri mesyuarat agung PIBG SMK Agama Mohammad Ali, Ranau. Sekolah tempat di mana anak-anak kami bersekolah. Rasanya tiap tahun saya tidak terlepas menghadiri tiap kali sekolah ini mengadakan mesyuarat agung PIBG. Itu tanda saya sayang anak-anak dan itu tandanya saya memberikan kerjasama kepada pihak sekolah itu. Mungkin disebabkan mesyuarat diadakan pada hari sabtu maka saya berkesempatan datang dari jauh ke mesyuarat tersebut.
Dalam perjalanan dari Pekan Keningau hingga ke Pekan Tambunan dan ke Pekan Ranau saya dapat satu idea untuk dimasukkan ke dalam blog maya etuzaWarnaKehidupan nanti. Selain daripada maklumat penting dari pengisian mesyuarat pibagu di SMK A Mohammad Ali Ranau. Satu perkara yang intersting sangat dalam perkiraan saya sepanjang perjalanan ke Ranau ialah keadaan tepi jalan raya di kiri dan kanan yang ada saja kebakaran hutan berlaku, baik yang keadaan hutan menjadi abu, tinggal kesan asap dan keadaan pohon-pohon yang kuning kesan bakaran api tersebut. Terdetiklah hati sambil berbisik, hai bagaimana api boleh wujudnya api jika bukan ada yang senagaja atau ada yang tidak sedar diri membakar hutan tersebut. Andaian lain seperti ada para perokok yang tidak sedar, membuang puntong rokok ke arah hutan yang memang sudah sedia kering itu. Bila angin bayu bertiup kuat maka api itu marak dan membakar seluruh kawasan hutan berekar-ekar kelihatannya.
Rasanya api itu terbakar sendirinya tanpa kawalan sesiapa, kerana ahli bomba tidak mampu atau terhalang oleh keadaan bukit yang curam dan berbatu kelikir pada sesetengah tempat. Bagimananpun peranan ahli bomba untuk memadamkan api itu tidak dinafikan pada kawasan-kawasan yang dekat dengan tanah bergeran dan kawasan perkampungan, maka kita akan mendengar syiren kenderaan ahli bomba minta laluan segera.
Bila melihat kesan kebakaran pada sesetengah hutan, gersang dan tandus, kering segala-galanya kecuali pohon kayu yang tinggi dengan daun-daun yang kian luruh kekuningan. Pada permukaan tanah, keadaan tanah seolah hitam dengan abu rumput dan kayu seolah menyelimuti permukaan tanah itu. Hilang sudah kesegaran dan kehijauan, hilang bunyi unggas dan bunyian burung sambil berterbangan. Inikah keadaannya jika kemarau melanda?.
Semasa balik dari Daerah Ranau, saya sempat mengekori sebuah lori panjang. Di belakang lori itu ada seorang pemuda tiba-tiba berdiri dan seolah menunjukkan perutnya bila baju diselak angin. Nampak pusat dia, sambil berdiri megah pemuda yang kurus berseluar jean ketat menghisap rokok penuh nikmat. Seronoknya dia menghisap asap rokok lalu dihembus berkepul lesap ke udara. Aik! bagaimanalah ini berlaku di depan mataku, sebermulanya saya berfikir dan menafsir penyebab hutan terbakar, seolah Allah tunjukkan pada saya didepan mata. Nah! bayangkan lelaki yang merokok itu, setelah hisap hingga ke pangkal kuning pada batang rokok itu, bukankah dia akan membuang puntong rokok itu ke arah tepi jalan berhutan. Pastilah hutan akan terbakar, orang yang melihat hanya gelengkan kepala. Nak buat apa lagi jika bukan sekadar melihat...api merebak. Mahu disalahkan siapa kita tidak pasti. Kali ini terjawab segala pertanyaan dan saya memang sangat bersetuju bahawa hutan terbakar akibat puntong rokok si perokok yang membuangnya. Kembali pada lelaki merokok di belakang lori tadi itu, saya lihat rokoknya masih panjang, akhirnya saya menghala ke jalan lain, tidak sempatlah saya melihat pemuda itu membuang rokok ke arah mana, yang pastinya kalau dia membuang puntong rokok kelantai jalan raya, kebakaran tidak berlaku sebaliknya jika ke arah hutan yang rumput2nya sudah kering pasti hutan luas sekelip mata di makan api.
Fikiran yang bersih dan jiwa mencintai alam tidak akan sanggup membakar hutan. Kehijauan adalah pembekal osigen kepada hidupan lain. Hargailah kehijauan disekeliling kita.
EtuzaPencintaAlam.
4 Pesona Kata Hati Mereka:
salam semua.
n3 kebakaran akibat perbuatan sengaja atau tidak sengaja dan tidak disedari ini, merupakan suatu keadaan yang biasa berlaku semasa musim kemarau. Asap di sana-sini pastinya menyebabkan kerosakan pada udara di bumi hijau ini.
Selasa saya berjalan2 di pekan keningau, tiba-tiba di satu jalan saya ternampak puntong rokok masih berasap, dan ada bara api, kalaulah lantai bukan simen pasti satu bangunan itu terbakar, mujur kedai tu kongkrit. Heheh..hairan pula saya..ada saja puntong rokok saa jumpa dan masih berasap. Hai....hati2lah padam dulu dengan pijak2kah rokok tu baru jalan..harap tidak main buang saja ya dek, en abang2 dan pcik2 yg gian merokok.
Ada pula bekas murid dah ting 2, ada tu kawan cuba pengaruhi saya merokok, hehe diorang bijak menjual rokok lagi katanya.
Ya Allah...di sekolahpun bisnes ke adik sayang oi...
haha! hari n pcik mengulas sendiri n3 pck sendiri, sedar tak sedar ada mesej tersirat juga ulasan pacik tu..palingpun bawa orang ramai berhati-hati membuang puntong rokok.
Adui lucu pula ni...apapun buat yang terbaik bro blogger...
Catat Ulasan