1,2 dan 3 yang ketiga hujung barisan wajah itu
anak lelaki uncle IKMAL. Harap mal tunaikan
janji ini untuk cemerlang PMR 2010
Baju batik kebiruan tu Uncle la tu..
Pelajar2 ting 3 ( 25 orang di beri kad rasmi untuk
memasuki kelas elit PMR 2010)
Salam mesra semua.
Pada 25hb Feb 2010 bersamaan hari khamis, saya datang menyaksikan majlis rasmi Aku janji PMR, SPM & STPM para pelajar di SMKAMAR. Nampak majlis tersebut sesuatu yang penuh keilmuan.
Semua calon peperiksaan tersebut dikumpul di dalam dewan bersama ibubapa pelajar sekalian termasuklah saya pada masa itu.
Ucapan alu-aluan pemangku pengetua yang bersuara lantang dan penuh berwawasan menarik perhatian para ibubapa. Beliau memberi mandat kepada pelajar agar berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di sekolah tersebut. Katanya keputusan PMR baru-baru ini sungguh menggembirakan kerana pencapaian yang boleh dikatakan yang terbaik dan ada peningkatan kerana ramai pelajar mendapat 9 A mata pelajaran PMR tersebut.
Uncle begitu tertarik pada kata-kata pemangku pengetua iaitu katanya " kepada pelajar semua anggaplah peperiksaan sebenar itu tinggal seminggu ( hanya seminggu lagi) untuk dihadapi. Oleh itu kerja keras harus dibuat, jangan sekali-kali membuang masa katanya"
Seorang wanita yang merupakan wakil ibubapa berucap, katanya dalam ucapan " semua pelajar diberikan tahap kebijakan yang sama rata, kecerdikan mental yang sama, oleh itu semua pelajar berpotensi untuk cemerlang. Bagaimanapun kecemerlangan atas kebijakasanaan para pelajar itu akhirnya berbeza akibat dari tahap kemahuan pelajar, jika pelajar ada kemahuan untuk berjaya pasti pelajar tersebut akan berjaya, sebaliknya pelajar yang tiada kemahuan hanya berputih mata tanpa mendapat apa-apa, sedangkan kepandaian sudah diberi oleh Allah"
Uncle merasa majlis ini sungguh istemewa, dimana pelajar akan dapat berfikir betapa kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran itu amat penting dan semua akan menikmatinya jika semua pelajar menunjukkan komettmen y yakni kemahuan yang tinggi.
salam 1 Malaysia
2 Pesona Kata Hati Mereka:
nak tanya...result spm sekolah area2 sana semua cemerlang ke??
Oh!.. di sekolah anak2 pcik SMK Agama Ranau tu..antara yg the top in Sabahlah zik, anak buah saya dapat 8A SPM 2009, lepas tu ada 1 orang 12 A full subjek, dia bolot A semua, ramai lulus ..cuma kalau di Keningau kurang tahu di tempat wife saya mengajar( LM) ada 1 orang ja dapat 4 A. Sekolah lain oklah cemerlang jg..
Catat Ulasan