Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 15 Mac 2010

Mesrakah orang-orang Keningaurian....( i'm sooo! sorry)

Hotel Juta Keningau
Uncle mohon maaf jika ada
mengguris hati pada isi tag ini.
Hepy Holiday.
Happy nice day for all.

Asalamualaikum & salam sejahtera.

Mercu tanda pekan Keningau, bangunan Hotel Juta berdiri megah, bagaikan raja bangunan di pekan Keningau, daerahku. Keningau atau area pedalaman yang jauh dari ibukota Kota Kinabalu. Sebuah pekan yang pesat membangunan dengan deretan bangunan jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Dari segi penduduk atau masyarakat di daerah Keningau, hem!! macamana nak cakap, oh yalah pelbagai kaum dan kaum yg paling besar ialah masyarakat kadazan-dusun, murut dan rungus - bajau juga ada. Kalau di pekan Keningau agak kurang kelihatan masyarakat kami kaum k-dusun dan kaum lain seperti murut, lundayo di sekitar pekan Keningau, kerana masyarakat ini duduk di desa-desa di merata tempat di Keningau. Adapun yang membanjiri pekan Keningau ialah kaum dari tanah seberang (PTI), mereka berniaga dalam pelbagai bentuk termasuk menjual rokok, blaking kasut, jahit-menjahit, jual makanan, jual jamu-jamuan dan lain-lain urus niaga. Nampak kaum K- Dusun beberapa orang menjual makanan dan barangan kraftangan di beranda kedai besar di Keningau. Kaum K- Dusun dalam menjana pendapatan mereka ialah dengan cara menoreh getah, bercucuk tanam, berkebun sayur, menanam padi sawah sahaja. Kerana itu agak sukar melihat mereka beramai-ramai ke pekan Keningau. Sekalipun musim perayaan masyarakat yang membanjiri daerah Keningau adalah PTI. Iya tak dinafikan ada jugalah yang sudah menjadi warga negara Malaysia dikalangan mereka.

Bercakap pasal orang-orang Keningau, hai orang2 Keningau ini adakah mesra maya? Saya melihat ada beberapa orang sahaja yang bergiat aktif. Uncle terpanggil untuk mencatata tag ini, kerana saya sangat terharu dengan orang-orang jauh yang aktif berblog, nampak mereka begitu mesra dan terlalu istemewa. Tidak kira yang seagama dan tidak seagama, cuma kalau yang bukan seagama uncle mohon maaf kerana cara kita berkomunikasi agak terhad, kena caranya dan perlu menghormati, namn jelas masih ada kemesraan terjalin di arena maya.

Selain itu, saya begitu terharu dan sangat dihargai, apabila tiap catatan baru saya di EtuzaWarnaKehidpan ada sahaja kawan blogger yang tidak jemu membuat ulasan, mereka mengulas dengan murni dan menasihati. Saya amat menghargai orang-orang sedemikian. Uncle lalu bertindak mengikut jejek langkah mereka dengan mengulas sedikit2 ke laman mereka, tidak juga ketinggalan saya membuat ulasan ke blog kawan-kawan di Keningaurian, tapi saya hampa sekali, nampak mereka sekadar menjawab ulasan saya ke laman mereka sendiri. Tidak hadir ke lamanku untuk mengulas, iya saya percaya anda ada membaca tiap tag2 uncle, tetapi kesan ziarah anda di mana letaknya sedangkan begitu mudah pada HUJUNG JARI sahaja. Beratkah ucapan sekadar sepatahpun. Hehehe I"M SOOO! SORRY bukan nak berlagak tetapi mengapa orang jauh yang saya tidak kenal begitu mesra pada laman maya, mereka bagaikan berada di sebelah uncle, bertegr sapa , bersalaman di angin lalu. Adakah kata-kata saya ini benar, terserah pada anda. Bukan terlalu mengharap imbalan tetapi pada uncle apabila kita bina mahligai blog di teratak maya satu keperluan yang harus ialah kita perlu datang ke blog kawan-kawan lain untuk menyokong mereka, memberi semangat kepada mereka dan menegur menasihati secara tulus ikhlas walapun bukan semua. Ziarah dan kunjungan tanpa kesan boleh jadi, tetapi suatu rasa yang luar biasa akan terwujud apabila anda ziarah dengan meningalkan kesan seperti mengulas, menyapa dan sekadar ucapkan HI sekalipun itulah tanda, itu amat memesrakan jiwa kita sebagai manusia yang ada perasaan kemanusiaan.

Rasakanlah jika blog anda sunyi sepi tanpa sapa kawan2 blog lain, nampak kita terlalu berusaha menyumbang dan memberi input2 yang bermanfaat secara umum di alam maya, tetapi kita masih merasa sunyi jika tiada yang datang memberi kesan secara jelas. Meskipun kita tahu ribuan orang yang datang membaca catatan kita itu.

Kepada saudaraku Azrai, Abdul Razak, Kamsiah, Alang, Zik, Alimaz, Asraf ( Keningau) Jalifah( Keningau) Alona, Amirah Rahsid, Yatee, Pelangi Petang, Tuan Haji Isa dan lain-laian blogger yang tiada disebut namamya...TERIMA KASIH tag ulasan anda, kalaupun di dunia kita tidak bertemu InsyaAllah kita pasti bertemu di akhirat sana. Wallahuaalam. Setinggi-tinggi tahniah atas usaha Iman dan taqwa anda semua.

Uncle sekali lagi menyatakan bahawa hari ini, hari cuti tanpa terduga dua orang blogger memberi uncle HADIAH atau AWARD yang sangat cantik, mereka bukan orang2 keningaurian tetapi di seberang Semenanjung dan Sarawakian. Alhamdulillah inilah nikmat menjalinkan siraturahim di arena maya. Kita diberi kemesraan ukuhuwa sejati sebagai muslimin dan muslimah Islam akhirul kalam.

Salam mesra & kasih sesama insan dari EWK.
See u.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

Zikri Husaini berkata...

orang keningau nie orang dekat sabah ke???

Unknown berkata...

Yup! Keningau tu di Sabah lah tu Zik..paling dekat, hemm! daerah pcik..hehe! maybe tiada masa la tu zik, ada juga cakap x ada masalah nak buat blog, ramai cakap macam itu..it's ok . tag pcik saja2 bagi kita bka mindalah ...berfikiran positif. Tengoklah zik org jauh2pun..dtg menyapa ...tahniah zik, moga ada manfaat dunia akhirat..

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam sahabat jauh etuza...apa yang saudara kata tu betul....kita yang berjauhan terasa disisi...terlalu dekat...tapi kawan2 saya disini terasa terlalu jauh....kadang kala tidak bertegur sapa...saya selalu ketempat mereka dan bertegur sapa tapi macam cakap hendak tak hendak saja......entah la....

Unknown berkata...

iyakah saudaraku alimaz...insyaallah, mereka kurang masa. Sangat bertuah orang yang menyempatkan diri menyapa biarpun sepatah...dengan ucap salam ziarah dll. n3 saya itulah maksudnya...saya kira masih positif dan suatu musahabah diri.
salam

mzurs berkata...

Keningau, satu daerah yg strategik dari segi ekonomi...dahulu org2 dari seberang datang kerana pembalakan. Kini.. ladang kelapa sawit pula. Pekerjanya kebanyakan dari indonesia atau filipina..malangnya pti mengambil kesempatan dengan semua aktiviti perniagaan di pasar2 malam, kaki lima atau di restoran dll dikuasai oleh mereka..org tempatan pula semakin terpinggir kerana tak dapat bersaing dengan mereka. Apa akan jadi ya...?

Unknown berkata...

Salam Mus.
Negara kita, negeri kita, daerah dan desa kita..kaya dengan sumber ekonm ..selain itu dalam kadaan aman, harmoni dan masih kaya dengan budaya kemanusiaan. saya agak2 itu sebabnya tu mus...negara mereka banyak perang berlaku, mala petaka...itu sebabnya mereka berhijrah. Sayang kita agak pasif pada sumber kita sendiri...kena bolotlah oleh mereka. Mereka dah bertanah Mus di tempat kita ni..kaya lagi dari kita, mereka beli sumber, mereka berani jadi orang tengah..mana orang kita yang mahu ikut.takut pula nak bersaing.Adapun bole di kira..
Pendapat saya saja tu.

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
hmM..ini ke luahan hati yG pakcik maksudkan?..entah la..maybe sy belum berkesempatan mGunjungi mereka..
apa pun terpulang pd niat & matlamat yG kita pasakkan dlm berukhwah di alam maya nie...

p/s: skrG da jadi 'uncle' yer.. =) agak2nya sy pun perlu tukar 'pakcik' kepada uncle ke?..huhu

MofizPutra.com berkata...

salam ziarah.. saya follow blog ni .. nice sajak :)

Unknown berkata...

terima ziarah azrai & putraCom.

Betul tu azrai..sebenarnya saya nak buka minda orang2 yang dekat2 desa saya untuk respond..mahu bawa mereka bersama sekalipun hanya membaca.
Cuma lebih rasa garam jika mereka chat dan komen. Tiadapun tak apa2 juga..saya saja terharu orang auh bagi award..

Tanpa Nama berkata...

Salam...Pengisian blog tuan ini sangat menarik dan mampu memberi inspirasi kpd bloger mahupun pembaca lain...teringin juga utk selalu berkunjung ke blog tuan, tetapi mengapa ya...? Bila klik blog tuan, lambat sangat keluar dan mengambil beberapa minit barulah paparan keseluruhan keluar. Jenuh menanti n kadangkala timbul perasaan buruk sangka..."tak nak kah pemilik blog ini dikunjungi selalu?" Mungkin juga capaian internet saya lambat, tetapi biasanya utk blog lain...klik saja, cepat benar terpapar. Mungkin juga blog tuan terlalu sarat dengan wijet. Saya juga mencadangkan agar setiap gambar yg dimasukkan diedit terlebih menjadi se ringan yg boleh kerana ia turut mempengaruhi cepat atau lambat capaian paparan laman blog kita. Salam dari jauh...tkasih

Unknown berkata...

Wasalam. TqTQtq teguran anda. Siapapun boleh komen & tegur mana2 dan apa2 saja yg tidak kena di hati. Baik berteus terang saja...lega.

Tema blog saya warna2 dan kehidupan,seawal bina blog saya dah buat catatan bahawa saya mahukan kepuasan dengan pelbagai catatan, kerana jika sya buat catatan pada satu genre saja..saya rasa tidak puas. Blog saya ni tiada yang menariknya ..hanya untuk saya santai dan cuba melepaskan apa yg terbuku dalam hati. Jikalaulah ada manfaat alhaduliullah. Saya memang letak banyak widget..kerana saya rasa kagum dengan widget menarik itu, selain itu blog saya ni saya andaikan sebuah tutorial tempat merujuk jikalulah ada yang nak ambil bunga ros berkilau atau apa saja misalan iklan My Adha. Nampaknya anda hadapi masalah lambat kaluar paparan semua blog saya ni. Saya paling suka jika ramai membaca maklumat saya ni,terserah pada individu sama ada mahu terus melihat meninjau mengambil yg baik di blog saya. Saya hanya sekadar mampu berkata bahawa mungkin line anda atau memang blog saya sarat dengan wedgit. Saya akui..tetapi inilah bentuk kepuasan saya, walaupun sebenarnya tidak memuaskah orang lain. InsyaAllah akan saya cuba perbaiki mana-mana yang tidak perlu. Hal gambar2 saya tu..terlebih dahulu saya minta pendapat seorang blgger, katanya sekali2 jangan yang tidak menutup aurat. Satu lagi hal saya banyak link blogger2 yng lain...kerana menurut saya inilah istemewa bila berblogger kita dpt membaca dan mengenali orang yang jauh dan dekat. K...tq teguran anda..harap banyak bersabar. Saya di pedalaman sabah, dulu guna Huawei sangat lambat, kini saya guna celcom bband lancar berbanding huawei.
Saya tahu rasa bila menunggu, buang masa kita saja. Mohon maaf.
Salam

Unknown berkata...

To tanpa nama.
Seandainya masih hadapi masalah yang sama..bila berkunjung ke blog saya, saya sekali lagi mohon maaf ya.
Seandainya masa emas kita itu terganggu hanya kerana klik blog saya lalu tersekat...mohon agar tinggalkan dan layarilah blog kawan2 yang lain dahulu. Kata orang dahulukan yang terbaik ya. Semoga anda ceria dan gembira selalu.
Salam kemaafan setulus hati EtuzaWarnaKehidupan.
Gud nite

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
ley sy tahu pakcik..
pic2 yG dimasukkan ke blog ni da c0mpress dl tak? maksudnya kita kecilkan saizny, agar lebih ringan..

act mana2 blogGer pun gemar memasukkan gambar untuk kepuasan diri, malah pembaca pun lebih gemar melihat pic2 yG terpapar..
tak salah masukkan banyak mana pun, juz kalu b4 ni pakcik belum guna cara tu maybe lepas ni b0le try..
sy pun awal2 blogGing dl tak perasan jg tentang ni.. =)

Unknown berkata...

Waslam azrai..
ada kawan blogger bagitau hal gambar besar2 katanya kecikkan.

Bercampur baur dah tu, ada kecik ada besar, kena ambil masalah ..nak periksa..bayangkan azrai 3 ratus lebih catatan pcik tu. Banyak tu..klik satu2 rasanya pcik ambil masa.

it's ok.
Sya di pedalaman dan luar bandar, maybe rumah pcik atas bukit lain ternet sekarang tiada masalah...

Dulu ada kawan blogger bagi tau katanya buang tu widget visitor iaitu total pengunjung yang ada nombor dan jumlah pengunjung tu ..dia kata merosakkan blog, bila kita klik keluar pula lain katanya..saya buang..juga. Rasanya blog saya ni banyak sangat masalah kan..saya faham orang2 itu ikhlas dengan pcik...
K..salam

Rafi Harumin berkata...

saya rasa saya terasa....