Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 19 Januari 2010

Sesekali bolehlah, kalau selalu rasanya tidak mampu..he!he!

asih
Dua ketul ayam dan nasi semangkuk, sup dan
segelas air perasa cola RM 9.90 alamak boleh
tahan juga tu! hehe!
aliya sempat main geluncur di dalam coner KFC
tengoklah gaya aliya, memang happy sangat

Salam sejahtera.
Pagi hari minggu, dua anak bongsu kami ikut ke Pekan Keningau. Aliya memang tak sah kalau tidak ikut, apa lagi jika mama ikut bersama. Ibnu Mustaqim juga demikian sejak ada EXZORA dia begitu seronok ikut kemana saja saya pergi dengan memandu kereta baru kami ini. Kadangkala seronok tengok anak-anak happy. Mereka bagaikan ubat pada jiwa yang resah dan pendamai jiwa yang tegang. Mereka warna yang mengukirkan sinar kebahagian buat pasangan suami isteri. Lantaran itu usah perlekehkan bahawa memang benarlah anak adalah anugerah dari yang esa yang amat bernilai melebihi wang ringgit dan kemewahan.
Pagi ahad biasa saya dan mama ke tamu graund Keningau mencari sayuran segar. ( Hehe! dekat tanah kebun, ada masa nak juga beli sayur jenis lain, sayur kampung) Sayapun tanyalah anak kesayangan aliya dan ibnu mustaqim. "Nak tak kita ke KFC/" Bila terdengar saja KFC, mereka berdua kegembiraan dan tidak mahu lambat ke KFC. Faham-fahamlah kalau di KFC manapun, keharuman dan lazatnya makanan di situ pasti nak lagi datang. Hem ayam goreng bukan main sedap lagi.
Sampai di dalam, masih lengang adalah beberapa meja berisi pelanggan sedang ngap ayam goreng. Beberapa mint ja hai hampir penuh ruang yang kosong tadi. Kuat betul penangan KFC ni. Rasanya kalau sesekali ke sini bolehlah tahan, kalau hari-hari alamak bangkrap kita orang. Saya tengok mama hari itu juga happy dan enjoy. Saya fikir aliya makan besar dan berselera apabila ayam goreng bulat peha ayam hidang di depan mata. Tau!2 dia tak selera pula, cuma beberapa suap nasi dan beberapa cebisan isi ayam cecah sos chili kimble. Ha itu yang saya rasa tak seronok. Bapa pula sampai 3 ketul dimakan, ha!ha! lucunya. Ingat bagi anak-anak makan lazat..rupanya kedua-duanya tak berapa selera awal pagi ke KFC, pagi ke jam 10 pagi ke KFC.Lastly mama minta pelayan tapau, ha! bungkus bawa ke rumah afif dan irfan yang baham hingga habis. happynya tengok anak makan berselera.
Rupanya aliya tidak selera kerana perut kurang sihat. Entahlah apa sebab, maybe makan tak teratur lepas tu perut kosong. Saya jemput dia di kelas tabika pada jam 1 petang, sementara tu dia tumpang di rumah mak saya. Kadang jam 2 saya jemput, mak saya dah bagi dia makan sekali di rumah. Aliya juga agak manja dengan nenek iaitu mak saya. Itu sebab saya hantar aliya belajar di kelas tabika kemas di kampung ulu.
Selepad 2 minggu belajar di tabika kemas, aliya menampakkan perkembangan yang drastik. Semua lagu guru tabika dia hafal dan sering menyanyi di rumah. Bab! mewarna memang dia buat sungguh-sngguh. Berbagai variasi tulisan dia buat sana-sini dalam buku tulisnya. Ada bulatan, bentuk bintang, pokok, rumah dan macam-macam. Namapak asas belajar tu ada. Bagaimanapun aliya memang dah tahu huruf abjad dari A-Z dengan fasih. Alhamdulilah semoga aliya terus maju dan ceria selalu. Nampaknya kami sebagai ibubapanya harus memberi pendidikan yang terbaik untuk aliya, kakak2 dia dan juga abang-abangnya. Bukan ramai cuma 7 orang saja. Semoga menjadi anak-anak yang tahu mengenang ibubapa dan taat pada perinta Allah.

Salam ceria dan see u.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

ALoNa CintamaniszLite berkata...

KFC ni bau ayam dia masa digoreng tu..mmg sedap sgt.
Tp anak2 kurang suka masuk KFC..dorang suka MC D lagik..

Amboi...ronda2 ngan exora, ye!!
MEsti rasa selesa budak2 tu, hehe