Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 1 Disember 2009

Wahai anak-anakku gunakanlah sejam atau 2 jam masamu untuk membaca atau ulangkaji pelajaran masa cuti ini.







Sirami jiwa anak-anak dengan kasih&sayang.
Harap tidak mendera anak dengan memukul& sebagainya.
Didik anak-anak dengan kerja yang setimpal dengan tenaga mereka.
Usah biarkan anak-anak bercakap bohong, didik anak dengan kalimah Allah.
Sesekali bawa anak-anak keluar bersosial demi memperlihatkan pada mereka dunia luar.
Tolonglah halang anak-anak kita dari merokok, itu hanya merosakkan kesihatan & mental mereka.
Kepada bapa yang ketagian merokok, pergilah merokok di tempat sunyi dan jauh dari anak-anak, kasihan anak-anak tersedut asap rokok anda. Alala baby baru lahir bapa merokok di bilik hai, kasihan baby kecil itu tau.!
( ha inilah yang terbuku dihati etuza)

Rahsiah hati seorang bapa

Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Pada awal malam tadi, saya ada memberi nasihat kepada anak-anakku untuk menggunakan masa cuti sekolah selama sebulan lebih ini, agar memanfaatkan dengan sebaiknya.
Saya meninjau juga situasi anak-anak saya seminggu ini, apa mereka buat, apa mereka ada membaca dan membuat latihan -latihan pada pelajaran tertentu. Saya perasan mereka leka dan lalai. Eh! ini tidak boleh jadi, harus ditegur dan diberi nasihat atau motivasi untuk meransang minda mereka. Maka awal malam tadi hari ini etuza memberi ceramah pada anak-anak khususnya kakak2 dan abang2 yang sudah pandai faham nasihat dari kita selaku ibubapa.

Saya bukanlah yang sangat bertuah kerana anak-anak saya setakat lulus biasa dalam pelajaran.
Namun bukanlah pula terlalu menyerah dalam persaingan pelajaran secara sihat. Rasanya mahu juga melihat kejayaan anak-anak dalam bidang akademik semoga masa depan menjadi yang terbaik untuk mereka.

Ok inilah nasihat saya pada anak-anak saya sendiri, jika ada ibubapa yang sempat membaca catatan saya ini, silakan tegur jika sudi. Adakah benar pada anda nasihat ini pada anak-anak kita semua. Kepada ibubapa yang tidak ada masalah tentang pelajaran anak-anak saya ucapan tahniah & syabas.

1. Peruntukan masa ( free time)
Masa cuti memang paling seronok bagi anak-anak lingkungan umur 14 tahun ke bawah. Pada mereka ini lah masa untuk bemain puas-puas. Sungguh dalam seminggu ini anak-anak saya nampak free sangat. Saya dah warning dengan mereka tadi. Masa siang mulai jam 5 pagi hingga jam hingga jam 5 petang masa mereka free ialah 10 jam tambah masa dari jam 6 petang hingga am 9 malam ( 3 jam ) maka jumlah masa free mereka ialah 13 jam. Adui! jika 13 jam mereka asyik bermain, lari sana -sini, main lompat dan bermain bola alangkah ruginya mereka dan alangkah kecewa ibubapa seperti saya jika 13 jam sehari ini mereka langsung tidak membaca dan menelaah pelajaran pada tahun hadapan.

Nasihat etuza. Dalam 13 jam gunakanlah 2 jam untuk membaca, menulis cerita, menyalin semula sesuatu cerita, mempelajari formula matematik dan sekurang-kurangna melukis atau mewarna. Minda anak-anak-anak akan terisi dengan perkara berfaedah. membaca alQuran juga menjadi aktiviti yang sungguh baik semasa cuti. Saya tahu jika di bandar2 anak-anak lebih kepada menghadiri extra class ( kelas tambahan) di desa palingpun mereka mengaji pada waktu malam. Dalam perkiraan masa 2 jam siang untuk aktiviti akademik dan cukuplah 1 jam untuk membaca di waktu malam. Bermakna kita hanya peruntukkan masa 3 jam dari 13 jam free time anak-anak untuk belajar dengan tenang dan aman. Minggu kedua cuti saya akan mulakan jadual ini untuk anak-anak saya. InsyaAllah.

2. Sikap yang rajin akan membuahkan hasil yang baik.
Sikap yang rajin dalam diri anak-anak adalah satu pujian dan kebanggan kepada ibubapa. Anak-anak yang bijak mengurus masa dengan belajar tanpa di arah adalah anak-anak yang benar-benar akan berjaya. Sikap inilah yang saya mahu pada anak-anak saya sendiri, pastinya anda juga mahu begitu bukan. Jika hanya rajin SMS guna phone, games dalam phone atau hanya menonton televisyen pasti anak-anak kita sungguh dalam kerugian. Saya selaku ibubapa pada anak-anak saya tidak mahu ini berlaku. Rajin akan membawa kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan di masa depan.

3. Memberi latihan secara latih tubi.
Berilah anak-anak latihan secara berulang kali, insyaAllah akan bertambah bijak anak-anak kita. Masa cuti ini kita banyak peluang bersama anak-anak. Seeloknya jangan abaikan tanggungjawap pada anak-anak kita. Kita berilah cerita ringkas, arah mereka menyalin semula agar tulisan bertambah cantik dan kemas. Semua aktiviti akademik boleh kita aplay untuk anak-anak di masa cuti.

4. Membaca sebagai pemintal lidah dan kelancaran.
Suruhlah anak-anak membaca petikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kita arah membaca secara berulang-ulang. Anak-anak saya juga masih kurang menguasai Bahasa Inggeris, inilah kesempatan mendidik mereka. Mari lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita di masa cuti.

Antara itulah isi nasihat saya pada anak-anak saya. Harap minggu ketiga cuti mereka akan melakukan seperti yang saya nyatakan. Ibubapa kena sabar dan tabah hadapi karenah anak-anak. Usah terlalu dimanjakan mereka pada masa cuti. Sesekali berilah mereka sentuhan kasih sayang. Didik anak kita dengan kerja-kerja rumah terutama kaum perempuan, berilah kerja yang sesuai bagi anak-anak lelaki, menolong membersihkan kereta dan sebagainya sesuai untuk lelaki semua itu bertujuan mendidik mereka agar pandai berdikari suatu masa nanti.

Kepada anak-anak etuza inilah yang terbuku dalam kalbuku. Mengharap agar anak-anak sihat selalu dan dimurahkan rezeki berjaya cemerlang di suatu masa akan datang. Bapa juga mahu anak-anakku menjadi hambaNya yang taat pada perintah Allah, taat solat lima waktu dan sentiasa bercakap benar di mana sahaja berada. InsyaAllah, semua itu boleh dicapai apabila anak-anak ku ada kerjasama dan sentiasa patuh pada nasihat bapa dan mama.

Selaku bapa kepada 7 anak, saya mohon sesungguh-sungguh agar anak-anakku tidak melakukan perbuatan yang merosakkan kesihatan dan akidah. Ya Allah jauhi anak-anak kami dari semua itu. Ameen.

Pagi hari 02hb Dis 2009 telah menjelang. Anak-anak etuza dah bangun semua dan selesai bersarapan. Mama mereka masih di UMS menduduki peperiksaan semester akhir 2009. Semoga mama berjaya hadapi cabaran.

Saya lihat anak-anak saya awal pagi ini tidak menonton televisyen. Hanya puteri aliya sahaja yang lari-lari bermain kucing hitam dia.
1. Kakak yang sulung tolong saya cuci kain dan lepas itu dia sidai kain. Bukan penat guna mesin basuh saja.

2. Azie anak ke 3, memasak nasi awal pagi untuk di makan tengahari.

3. Abang anak ke-2 sedang membersihkan puteri aliya yang tiba-tiba mahu buang air besar di tandas. Maklumlah masih kecil perlu bantuan dari kakak atau abangnya.

4. Irfan anak ke 4 sedang menyiapkan tugasan yang saya bagi. Iaitu menulis cerita tentang Musim Buah-Buahan hingga 100 patah perkataan.

5. Afif nah! baru bangun dan lepas sarapan hilang, saya jenguk ke bilik rupanya sedang main games guna handphone. Alala Afif juga kena buat karangan bertajuk Musim Buah-Buahan. Cepat afif ambil buku dan pensil buat kerja.

6. Ibnu mustaqim, masih sarapan, dia lambat bangun pagi ini. Lepas ini dia akan ikut saya ke kampung Ulu, hantar borang ke JKKK.

7. Puteri aliya, sekarang ini tengah melihat abangnya irfan menulis karangan. sesekali gangu saya mengupdatekan maklumat ke blog etuza ini.

Nampaknya anak-anak saya sedang belajar berdikari pada awal pagi ini. Selepas balik dari kampung ulu, saya akan periksa pula kerja-kerja mereka ini. InsyaAllah.



Wahai anak-anak belahan jiwa etuza. We love u so much. Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada kita bersama. Jauh dari sifat sombong dan takbur. Ameen.




Salam 1 Malaysia & see U.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka: