Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 22 Disember 2009

Telatah si manja etuza ( dailog mencuit hatiku) hehe! bacalah bah ya!




Salam sejahtera.

Terasa mata belum mahu mengantuk, malah segar pula rasanya selepas terlena tadi. Semua ahli rumah yang lain sudah nenyak, cuma saya yang belum masuk tidur ke dalam kamar sunggupun jam sudah 11.50 minit malam.

Rupanya saya antara lain ahli bogger yang aktif menulis apabila saya membina laman ku pada ogos 2009. Jika di kira usiaku dalam dunia blogger masih terlalu baru dan mentah. Jika di lihat pada kerjayaku memang sangat banyak yang saya mahu kongsikan antaranya tentang diriku sebagai pendidik dan lain-lain maklumat. Entah kenapa saya lebih suka menulis secara bebas. Maybe ini jiwaku yang ikhlas. Kepada yang sempat membaca dan melihat lamanku ini saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. InsyaAllah jika tiada aral akan saya teruskan layar maya etuzaWarnaKehidupan ini. Salam kemaafan jika ada yang menggurisi hati para sahabat dan teman-teman juga komuniti umum. Saya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.

Entri sebanar yang saya hendak kongsikan ialah mengenai anak kami yang di dalam gambar itu.
lelaki 7 tahun itu namanya Ibnu Mustaqim( sudah sembuh dari demam 2 hari) dan yang 5 tahun itu Puteri Nuraliya Adibah. Mereka adalah anak lelaki bongsu dan anak perempuan bongsu kami.

Kadangkala kelakar dua beradik ini, kadang berkasih sayang kadangkala bergaduh hingga menjerit adik perempuan. Kadangkala mereka bermain bersama-sama berkongsi bersama-sama dengan mainan yang sama jika mood keduanya baik.

Saya tengok aliya lagi lasak dari abangnya itu. Aliya lagi cepat bertindak jika ada arahanku atau perkara yang inginku minta. Inilah yang membuatkan abangnya marah pada aliya. Saya mulalah bercakap apabila aliya menangis di pukul abangnya.

"abang kenapa tak suka adik aliya, dia masih kecil kenapa pukul dia?"

" Sebab dia perempuan, saya tidak mahu kawan dia lagi!"

Hai! inilah yang saya hendak ketawa. Mujurlah saya tahan, sakit perut menahan lucu.

" Ala dengan perempuan pun boleh kita main sama, tengok hari tu abang minta aliya temankan ambil baju di atas!" Hehe! kadang-kadang si abang takut naik di atas ambil baju selepas mandi, ha adik aliya yang temankan dia. Kanak-kanak katakan ada rasa takut juga tau!.

" Itu dulu, sekarang lain dia masih kecil, dia pun pukul saya juga.Dia buang mainan saya"

" Jadi abang mau kawan dengan siapa lagi ni?"

" Saya mahu kawan dengan abang afif dan abang ifan sajalah..!"

Lucu rasanya bila anak-anak bergaduh. Kalau kita tengok percakapan mereka nyata mereka belum mengerti hidup ini, perlu bimbingan dan asuhan serta tunjuk ajar dari ibubapa. Jika anak-anak berkelahi sesama sendiri kita tampil ke tengah dan memberi nasihat yang kita rasakan perlu dan memuaskah hati mereka. Kita damaikan mereka dengan cara yang betul. InsyaAllah aman semula.

Nabi bersabda " Jangalah kamu saling dengki, saling benci dan saling sinis. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. ( H. R Muslim )

Salam mesra.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Dak Wan® berkata...

Comel-comel anak kamu nie... :D

Unknown berkata...

salam D'Wan.
Mereka semua di amanahkan allah pada kita. D'wan pujian itu saya arahkan kepeda Allah yang menciptk an kita di dunia atas izinNya. Semga D'Wan terus bahagia dan happy.

ALoNa CintamaniszLite berkata...

kiut-miut ye cahayamata etuza. Ni ler saham akhirat ye..
Semoga dorang jadi anak yg soleh

etuza berkata...

Salam cmanis.
Terima kasih ulasan. Terima kasih juga ingatan. Anak-anak adalah pengikat kasih sayang. Kitalah yang mencorakkan mereka. InsyaAllah semoga anak2 kita semua sihat selalu.