Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 17 Disember 2009

Salam maal hijrah @ 1 Muharam 1431 kepada semua ( tahun baru kalendar Islam)



Dalam diam dalam tak sedar 1 Muharam adalah hari esok. Merupakan tahun baru dalam kalendar Islam. Kepada semua etuza laman mengucapkan selamat menyambut 1 Muharam dan tahun baru Islam. Salam maal hijrah. Semoga hijrah kita pada 1431 akan memberi lagi impak kebahagiaan dilimpahkan kasih sayang dariNya. Hijrah kepada lebih mantap iman taqwa yang kental kepada Allah yang menciptakan semua yang ada di Dunia ini juga mencipta alam ghaib. Semoga kita diberi kesihatan. Ameen Ya robbalalamin.

SALAM MAAL HIJRAH - SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan disepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahlikeluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan keatas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan iniadalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohonpemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan danpembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolonganterhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yangmendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allahberselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atasahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahlikeluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripadaperkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan akubelum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidakmelupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di manaEngkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengantaubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklahaku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya danEngkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka akumemohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahaiYang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlahEngkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. DanAllah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluargadan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Salam maal hijrah 1 Malaysia pada 18hb Disember 2009.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

alang berkata...

Semoga kita semua dapat berubah kearah kebaikan, InsyaAllah.

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
sm0ga tahun baru ini kita dapat sama2 menuju kebaikan & kebahGian hakiki..
m0ga en. Etuza dan famili terus di bawah lindungan Ilahi..moga anak2 cepat sihat..
salam Maal Hijrah

Kamsiah yusoff berkata...

salam
sama2 kita berhijrah kearah lebih baik,...lebih positif...lbh berdaya maju...

Unknown berkata...

Salam alang, azrai & kamsiah.
Tahun baru Islam tanda kita diajak berhijrah menegakkan tiang agama dan lebih kuatkan azam dalam mengukuhkan iman dan taqwa. Semoga kita semua tergolong orang-orang yang beriman. Ameen.

Salam & terima kasih ulasan anda semua.