Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 26 Disember 2009

Menghadiri majlis perkahwinan En. Rozali Kohipin & Ruziana Dansuan pada 23hb Dis 2009. Meriah dengan gong dan kompang.

Asyiknya para ibu memalu gong. Best sangat.
Merenjis pengantin
Cantik bersanding
mama pula merenjis
salam pengantin, Eik mestilah bagi hadiah!
kakak dan azie tersenyum melihat ramai tetamu

Asalamualaikum & Salam sejahtera.

Inilah beberapa gambar kenangan di laman etuzaWK semasa menghadiri majlis perkahwinan saudara Rozali & Cik Ruziana pada 23hb Dis 2009. Sekitar jam 3.00 petang diiringi paluan kompang pengantin lelaki tiba di halaman rumah pengantin perempuan. Dalam menanti ketibaan pengantin lelaki serta rombongan paluan gong dimainkan oleh para ibu dan bapa yang berpengalaman memalu gong di desa kami.
Saya dan anak-anak menikamti juadah perkahwinan yang enak sekali pada jam 2.00 petang. Ramai datang ke majlis ini hingga pondok penuh dengan tetamu, malah ada tetamu di luar pondok menyaksikan majlis persandingan. Pengantin kali ini menampakkan kesegakan dan keayuan dengan busana pengantin berwarna hijau. Cantik sekali kelihatannya. Maklumlah pasangan muda belia. Tahniah Rozali & Ruziana, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selamanya. Ameen.

Alamak! ada lagi jemputan kahwin tau! pada 27hb Disember 2009 ( ahad )
kali ini perkahwinan En. Samri Johari dan Cik Sharipah Kodamur. InsyaAllah try datang jugalah ya.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: