Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 27 Disember 2009

Hadapi masalah dengan sabar, tenang dan tawakal. InsyaAllah jiwa aman.

masih senyum meskipun sebenarnya
saya ada masalah. Tengok di belakang
masih belum siap. hehe! sabar...

Salam sejahtera semua.

Nampak deras updated di laman etuzaWK malam ini. Rasanya bagus juga ada cerita baru, di siang hari saya sibuk dengan urusan berbagai perkara. Esok juga ada jemputan kahwin di Kampung Kasugui, Keningau. Kena juga usahakan agar datang memeriahkan majlis.
Tiap manusia ada masalah tersendiri, ada perancangan dan ada tindakan jalan penyelesaian jika hadapi masalah. Saya tidak lari dari masalah itu. Masalah yang adakala merosakkan ketenangan jiwa. Membuat kita tidak lena. Apa daya, sekalipun ada masalah ianya bukan mudah diselesaikan dalam sekelip mata, seminit cuma atau beberapa minit. Kita hanya mampu berusaha mencari punca masalah dan berusaha juga selesaikannya. Jika selesai masalah maka hati riang dan bahagia rasanya.
Masalah saya bukanlah hal rumahtangga dan anak2. Tetapi masalah penyiapan garaj kereta dan store saya yang sejak awal cuti Desimber 2009 hingga pada hari ini 26hb Dis belum siap lagi. Tarikh siap sudah berlalu, saya bagi tempoh hingga 25hb Dis tetapi hingga hari ini masih tidak siap.
Saya harap siaplah sebelum buka sekolah. Masalahnya ialah pekerja saya buat dua kerja dalam setiap hari. Pagi menoreh getah maklumlah harga getah di Sabah RM 5.25 sen se kilo. Petang baru datang buat kerja. Biasanya mereka datang jam 4.30 petang. Saya harap siaplah garaj kereta saya dan store tu. Apa boleh buat mereka bukan tidak buat tetapi lambat sangat. Hanya saya mampu bersabar dan tenangkan hati. Biarlah mereka lambat buat agar mereka buat dengan baik-baik. Saya faham bahawa masa mereka rest sangat terhad. Saya dah rasa menoreh getah ni penat juga. Apa lagi jika kebun getah di lereng bukit.
Saya sering berkata menasihati diri dan nasihatkan mama agar bersabar. InsyaAllah siap jugalah nanti store itu. Dengan anak-anak maybe saya boleh tegur dan suara kasar, tetapi dengan orang lain saya memang segan. Saya yakin benar mereka akan siapkan cuma lambat sahaja. Apapun syukurlah kerana ada yang sudi buat. Bila saya bawa bersabar dan ingat serta yakin mereka akan siapkan maka saya merasa tenang dan aman hidupku. Biarlah kita bersabar menanti sesuatu yang hasilnya baik dan mendatangkan manfaat. Usahlah gembira jika usaha yang dilakukan terhasil dengan mudah tetapi, hakikatnya kurang berkat.

Salam perkongsian ceritaku.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: