Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 17 Disember 2009

Bila anak sakit hati menjadi risau & mulalah etuza mencari punca kenapa jadi sakit ( kadangkala dapat jawapan yang rasional)

Bila sihat papun boleh buat.Tapi...bila sakit
tengoklah gambar anak etuza yang ke 6 ni
tak larat bangun demam & tak lalu makan.
Risau sangat bila anak sakit..suap buburpun tak mahu.

Asalamualaikum & salam setulus hati.

Kepada pembaca ( jika ada ya) semua yang ada kesempatan menjenguk laman etuzaWarnaKehidupan ini, saya ucapkan syukur alhamdulillah dan semoga ada manfaat pada diri kita semua. Inilah aktiviti etuza jika ada masa senggang di rumah. Melawat laman blog kawan-kawan membaca dan mengambil apa yang baik dari coretan mereka. Laman blog sememangnya indah, indah dengan maklumat yang berguna sementara kita di dunia juga untuk akhirat.

Sebenarnya saya nak buat catatan tentang kerisauan saya sebagai seorang bapa, kerisauan amat terasa apabila ada diantara anak-anak saya kurang sihat. Mulalah saya mengagak kenapa jadi sakit. Saya imbas semula apa yang kami makan semasa bersarapan, semasa tengahari dan petang. Saya juga mulalah meninjau dari segi masa kami makan makanan pada masa tersebut. Melihat keadaan kebersihan tangan dan kuku anak-anak kecil saya. Memandangkan rumah kami jauh dari kampung, maka jauhlah anak-anak saya dari makanan2 ringan seperti koropok dan gula-gula serta aiskrim. Kenapa pula jadi sakit perut, demam dan muntah inilah persoalan saya. Keadaan ini menyerang anak lelaki saya Ibnu Mustaqim pada hari ini, dia sering muntah dan membuang air besar tetapi hanya cairan air sahaja. Mata dia dah bulat kerana bayak air keluar dalam badan. Masa ini kami sudah bersedia untuk ke hospital besar Keningau, semetalahan saya menunggu mama bersiap di atas untuk berpakaian. Harap siap entri baru etuza ini.

Bila meninjau mencari sebab kenapa Ibnu Mustaqim dapat sakit macam itu, rupanya saya dapat jawapan. Pernah pada hari selasa dia asyik bermain dengan abang2 dia hingga dia lupa bersarapan. Masa tu saya memang sibuk mengurus dan membantu mama menyediakan juadah keduri kesyukuran sempena anak berkhatan. Saya dah pesan kat mama agar panggil anak-anak sarapan sebelum saya bertolak ke desa untuk membeli bahan masakan yang kurang. Rupanya mama tidak perasan ibnu mustaqim langsung tidak bersarapan pada hari selasa hinggalah jam 1 petang baru ibnu menjamah makanan. Inilah akibatnya bila perut kosong angin sudah masuk ke usus, gstrik naik ke kepala, pening dan muntah. Dia sudah tiada selera makan. Semoga ibnu mustaqim selepas mendapat rawatan ke hospital dan mendapat vitamin selera dia akan kembali semula.

Dalam hal ini, nampak ada sedikit kesilapan antara saya dan mama, namun ada juga yang mengandaikan keadaan kanak-kanak sakit pada usia di bawah 12 tahun itu kata mereka biasa dan normal atau juga kesan perubahan cuaca. Sejauh mana kebenarannya saya kurang tahu. Pada saya tiap yang berlaku mesti ada punca dan sebab. Maka alasan saya kenapa anak saya mustaqim pada hari ini kurang sihat, muntah dan demam adalaha kerana perutnya pernah tidak diisi makanan sehingga jam 1 petang. Keadaan itu tidak sesuai pada usia dia, kerana itu dia sakit pada hari ini.

Kepada saya sendiri dan ibubapa usah perlekehkan keadaan anak-anak kita sakit seperti demam dan muntah-muntah. Segera kita ke hospital untuk meminta rawatan. Usahakan penjagaan yang rapi dan beri kasih sayang kepada mereka. InsyaAllah anak akan beransur sembuh dengan izinNya juga. Alhamdulillah.

Ok kami dah nak jalan ke hospital ni. Bye

Salam 1 Malaysia see U soon.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Choy!
Terima kasih perhatian anda.