Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 11 November 2009

Apa itu 4 asas dalam membuat pilihan si jantung hati.

Salam penuh ikhlas.

Saya hendak kongsikan satu paparan berkaitan dengan tabie manusia yang bernama lelaki dan wanita pada kali ini. Pada saya hal ini hanya asas dan ilmu yang semua ada pada kita tidak kira yang sudahpun berumahtangga dan yang belum berumahtangga.
Buatlah tangga rumah, agar kita mampu menjulang kecemerlangan dalam membina keluarga sakinah. Namun sebelum membina tangga rumah, asas yang perlu kita ketahui ialah kepastian kita dalam memilih pasangan hidup. Dalam situasi ini, hak memilih adalah lebih kepada sang Adam yakni para lelaki seperti kita. Siapapun kita, kita berhak membuat pilihan dengan tidak didesak oleh siapapun.
Sebagai kaum Adam kita harus berlandaskan beberapa perkara untuk membuat pilihan kepada calon isteri kita. Suatu masa lalu, pihak lelakilah yang mencari pasangan, namun situasi ini agak di sangkal pada dekad ini, ekoran adanya wanita menjerat lelaki sebagai pilihan suami. Ada juga pihak lelaki dek kerana cantiknya sidia sanggup korbankan segalanya demi wanita itu. Walhal kecantikan wajah itu tidak kekal untuk kebahagian dalam rumahtangga.
Lihat 4 asas utama memilih wanita untuk dijadikan isteri. Saya rasa 4 asas ini cukup memberitahu para lelaki agar mencari dan tidak tersalah pilih. Menurut seseorang yang bergelar ustaz katanya ada 4 ciri utama wanita menjadi pilihan lelaki iaitu:-

1. Wanita beragama, berpegang teguh pada agamanya yakni Islam.
2. Wanita yang baik keturunannya. Pilihah wanita di kalangan ini.
3. Wanita yang ada paras rupa. Namun katanya kecantikan itu adalah subjektif kerana penilaian orang tentang kata cantik itu berbeza. Betul, penulis sokong.
4. Pilihlah wanita yang ada harta.

Ha! inlah panduan serba ringkas untuk mencari pilihan sebagai teman serumahtangga. Usah pilih hanya kerana kecantikan luaran tetapi tidak cantik di hati. Jangan musnahkan kebahagiaan semata-mata hanya hal kecil ini. Cuma jika sidia memang cantik, hatinya cantik, ada harta, keturunan yang baik dan kuat ibadahnya..alangkah bahagia lelaki mendapat semua yang menjadi idaman. Cuma kita boleh katakan kecantikan dia itu cuma 1 bonus yang memberi anda kebahagiaan berumah tangga.

Pesanku..carilah yang terbaik untuk anda. Salam 1 Malaysia.See u


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: