Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 3 November 2009

Mesyuarat Program 1 Malaysia. ( Masih belum terlambat)


Kad Gambar ini karyacipta sahabat blog Alimaz, kreatif 1 Malaysia
Wah ! cg. Jem memang tak buang masa, sambil dengar mesyuarat sambil membuat corak gambar, cantik rekacipta seninya
Ustaz! dilantik bahagian buku aturcara, memang ustaz dah terro buat aturcara Program 1 Malaysia peringkat SKPK, kemas dan kreatif.
Cikgu bertudung pink tu setiausaha Program 1 Malaysia SKPK
Cikgu bertopi tu setiausaha sukan, memang dia busy sangat time ni.
Bila berbincang adalah cadangan & idea yang sangat bagus.
Yang bertudung tu Pn. Haryati Suhaili ( Penyelaras NILAM)
Staf SKPK suasana semasa mesyuarat jam 11.00 pagi tadi
PK 1 & PK Kokum bekerjasama mengendalikan mesyuarat Program 1 Malaysia.
Salam sejahtera.


Hari ini tepat jam 11.00 pagi SKPK telah mengadakan meja bulat dalam membincangkan beberapa pengisian Program 1 Malaysia yang sudah dilancarkan oleh Perdana Menteri Pendidikan kita iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin pada 30hb11.2009.
Belum terlambat untuk sekolah SKPK mengadakan aktiviti dan majlis rasmi Program 1 Malaysia yang sedang rancak diperkatakan dimasa kini. Sana-sini kita dengar 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Bisa betul penangan kalimah yang mengandung baur perpaduan ini. 1 Malaysia bermakna semua masyarakat Malaysia perlu bangun seiring dan seirama dalam membuat pelbagai iktiviti yang memberi impak kerjasama, perpaduan kaum dan keharmonian negara Malaysia.
Tepat jam 12.30 tengah hari perbincangan ini telah selesai dengan memutuskan beberapa pengisian aktiviti selama seminggu pada minggu hadapan yang bermula 09hb11.2009. Antara aktiviti yang telah diputuskan ialah:

1. Aktiviti membaca beramai-ramai di padang SKPK tahap 1&2( Isnin)
2. Mewarna poster dan melukis poster tahap 1 & 2 bertema "1 Malaysia tanpa dadah" ( selasa)
3. Menulis sajak, syair dan pantun tahap 1 & 2 ( rabu)
4. Nyanyian lagu 1 Malaysia & Kempen membaca ( isnin - khamis)

Acara semasa majlis perasmian 1 Malaysia di SKPK ialah:
1. Pertandingan membaca BM, BI dan BKD tahap 1 & 2
2. Persembahan koir lagu 1 Malaysia & kempen membaca.
Tarikh diadakan majlis rasmi ialah pada 13hb11.2009 ( Jumaat)

Ajk yang dilantik harap dapat menjalankan tugasan mengikut bidang masing-masing.
Etuza selaku penyelaras program ini perlu meminta maklumat semasa dari guru-guru yang dilantik agar perlaksanaan aktiviti mengikut masa yang ditetapkan.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: