Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 21 November 2009

Kejayaan anak-anak dalam pelajaran mampu membahagiakan ibubapa & tips perkongsian mendidik anak-anak di rumah.

sayang anak tangan tangankan

Salam semua, selamat bercuti sekolah. Masa cuti hati-hatilah walau di mana berada.

Musim cuti sekolah sudah tiba, sedanglah kita mulakan cuti hari ini. Tentu ada yang mahu buat kerja-kerja berfaedah atau para ibu hendak memasak sedap untuk sekeluarga hari ini. Saya tiba- tiba teringat hal anak-anak saya dalam peperiksaan semester ke 2 2009.

Siapapun akan kecewa jika anak gagal dalam pelajaran biarpun di sekolah rendah. Kalau setakat lulus sajapun rasanya masih ada rasa kurang puas hati. Bagaimanapun saya bersyukur kerana azie sekadar lulus UPSR 2009 dengan pencapaian 3A 2 B. Kedudukan dalam semester ke 2 dia hanya berjaya mendapat tempat ke 4 sahaja. Anak ke 4 saya Irfan juga masih top 10 tetapi dia still lemah dalam subjek math. Ismat Afif dia juga top 10 iaitu tempat ke 7. Sama juga masalah dengan abangnya rendah markah math. Ibnu Mustaqim juga sama rendah math dengan markah 78% sahaja, padahal subjek BM 99%, BI 94% SN 100%. Kedudukan dalam kelas top ten juga.

Kadang-kadang saya terfikir di mana silap saya juga mama dalam memberi didikan anak-anak dalam pelajaran. Saya malu juga pada ibubapa yang anak-anak mereka begitu cemerlang dalam pelajaran dengan kedudukan tempat 1, 2 dan 3. Ada juga anak dari ibu tunggal yang anaknya cemerlang di sekolah etuza. Saya merasa satu keajaiban pada anak-anak mereka. Bukan saya dengki pada kejayaan mereka, saya sangat gembira jika anak saya seiring dengan anak-anak mereka dan bersaing secara positif. Sudah tiba masa saya buat perubahan sikap untuk mendidik anak-anak, tidak perlu dimanjakan sangat, beri tugasan pada masa cuti dan kelas tambahan, pengorbanan harus di buat agar mereka tidak membuang masa. Saya lihat anak-anak saya lemah dalam penguasaan math, benar kata seorang guru di sekolah saya bahawa anak-anak saya agak lemah math. Saya harap anak-anak saya akan berubah sikap dan menyukai mata pelajaran math. Mungkin belum terlambat untuk membentuk mereka.

Kelmarin ada anak seorang guru baru di sekolah etuza, anak dia baru 7 tahun sudah speaking BI. Anak itu benar2 lancar dan fasih berbahasa BI, sebelum pulang bercuti saya sempat berbual dalam bahasa inggeris dengan budak lelaki berumur 7 tahun ini, memang banyak vocabularynya. Kata maknya sejak lahir hingga 3 tahun saya dan bapa anak -anak saya berkomunikasi dengan mereka dalam BI, masuk 4 tahun anak-anak saya katanya boleh sudah bercakap BI. Syabas dan tahniah pada guru itu, satu perkara yang perlu dicontohi. Dia kata lagi, ada masa kita tegas dengan anak-anak jangan asyik dimanjakan. Kita mahu anak-anak kita aktif tetapi mereka boleh kawal diri dan tidak menganggu orang lain katanya. Bagi saya katanya anak-anak dapat berdikari secara sendiri, berfikir secara sendiri lagi cepat mematangkan mereka apabila kita tidak manjakan mereka. Hingga suatu saat anak-anak akan sendiri datang kepada ibubapa untuk dibelai dan disayangi katanya. Kalau anak saya menangis, saya biarkan dulu anak saya itu, tidak lama dia berhenti menangis tanpa saya pujuk katanya. Bermakna anak-anak itu dapat berfikir dengan baik untuk selesaikan masalah diri sendiri. Hebat juga tips kawan sekerja ini. Bagus juga dapat berkongsi pengalaman dengan dia bagaimana mendidik anak agar berdikari dan berfikir sendiri. InsyaAllah etuza dan isteri akan cuba ubah cara mendidik anak-anak di rumah. Doakan dan marilah kita bersama mendoakan kebahagiaan anak-anak di masa hadapan.

See u & Happy holidays.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: