Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 21 November 2009

Bacalah doa ini semoga dapat meningkatkan kesuburan untuk HAMIL



Salam ukhuwa fillahi.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, kadar penurunan kesuburan untuk hamil di Malaysia sejak 1990an telah berlaku. Faktor utama masalah ini ialah termasuk ketidaksuburan yang di alami oleh penduduk negara Malaysia.Ini telah melanda 10 % hingga 15% telah bagi bebarapa pasangan di Malaysia mengalami ketidaksuburan.
Namun sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu, bacalah doa selalu semoga tidak menjadi ibu yang tidak dikehendaki. Andai ingin menjadi ibu yang terbaik cuba dan mari kita amalkan doa-doa dalam Surah Ali -Imrn. Surah Madaniyah ini di namakan sedemikian kerana dalamnya terdapat kisah keluarga Imran, yang cukup mengagumkan.

Amalan doa
Sila amlkan bacaan doa ini dalam bahasa Arab ( rujuk al-quran) an jadikan terjemahan ini untuk mendalami maksudnya serta dijadkan teras kekuatan jiwa. MOGA -MOGA AKAN KEKAL KESUBURAN.

Ayat 8: " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami, condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi ( kurnia)"

Ayat 16" Ya tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka"

Ayat 38" Ya Tuhaku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa"

Ayat 147" Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Ayat 191" Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka"

Ayat 193 : "Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanah dari kami kesalahan-kesalahan kami,dan matikanlah kami beserta orang yang berbakti"

Ayat 194" Ya Tuhan kam, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Enkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."

Semoga pasangan yang mengharap rahmat dan redha Allah akan cuba amalkan doa-doa dari Surah Ali-Imran ini, semoga dikurniakan kesuburan agar tinggi harapan untuk hamil dan mendapat anak yang soleh. InsyaAllah.

Sentiasalah juga menjaga tuturkata walau di mana berada, kita nilai kelemahan dan kekurangan diri, jangan sekali-kali memburukkan orang lain, musahabah serta harap keampunan dariNya adalah jalan terbaik untuk membuang segala keegoan diri. Percayalah tiada guna menyombong diri di hadapan Allah. Mintalah dengan sesungguh hati kita. Para isteri juga harus akur bahawa syurga di telapak kaki suami kita, suami yang soleh..ingatlah bahawa tanpa lelaki atau suami hidup seorang wanita akan sunyi. Godaan paling kuat dibisikkan oleh syaitan apabila para steri ditinggalkan oleh suami yang tercinta.
Bagaimanapun jika kita dikurniakan anak sekalipun, anak itu adalah pinjaman dari Allah. Dititipkannya anak itu pada kita, anak itu amanah yang harus dibentuk agar menjadi hamba yang mengaggungkan Allah. Sebaik-baik anak atau zuriat ialah yang mendengar kata dan nasihat serta hormat kepada ibubapanya serta beriman dijalan Allah.

Salam sayang semua. See U

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: