Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 25 Oktober 2009

Mata Oh Mata...Jagailah Penglihatan Kita Carilah Usaha Untuk Segarkan Mata


Presbyopia jadikan penglihatan kabur, boleh dialami seawal 30 tahun

JIKA anda membaca, berapa jauhkah jarak bahan bacaan dengan mata? Pada ukuran lengan didepa atau perlu dibengkok bagi memudahkan anda lebih fokus? Jika anda menulis atau menjahit pula, adakah anda terasa sakit kepala dan mata pula menjadi kering dan penat?

Kesemua itu adalah tanda-tanda anda mengalami presbyopia iaitu keadaan ‘mata tua’ yang disebabkan faktor usia. Ia berlaku perlahan-lahan menyebabkan anda tidak menyedari ia berlaku hinggalah usia mencecah 40 tahun ke atas.

Holden berkata, presbyopia boleh dibaiki dengan memilih kanta lekap yang sesuai. Walaupun sesetengah orang lebih menyukai kaca mata, teknologi terkini membenarkan mereka yang berhadapan dengan presbyopia memilih kanta lekap dari jenis multifokal.

Andainya anda tidak pernah memakai cermin mata atau kanta lekap sebelum berhadapan dengan presbyopia, anda mungkin boleh membaiki penglihatan dengan menggunakan cermin mata saja. Untuk mendapatkan kaca mata dan kanta lekap yang sesuai, dapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada pakar mata. Tidak merawat presbyopia bermakna anda memilih untuk hidup dalam tekanan.

INFO: Gejala

1. Penglihatan kabur pada objek yang dekat

2. Sukar membaca tulisan yang kecil

3. Mata yang letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau waktu petang.

4. Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.

5. Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas.

Informasi dari BH. Maklumat penting untuk kita mengetahui, kerana mata itu satu organ deria yang maha penting kepada semua makhluk khususnya manusia seumpama kita.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: