Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 14 Oktober 2009

Akhlak dan Moral perbezaan pengertian & tazkirah ringkas etuza



Asalamualikum dan salam sejahtera kepada teman blogger dan saudara serta saudari yang berkesempatan membaca catatan dalam laman etuzaWarnaKehidupan pada hari ini.
Saya terasa merindui sapaan anda, teguran anda juga sokongan anda. Adakah anda menyedari impak atau kesan sapaan anda itu biarpun menerusi tenda bisu ini.
Sapaan anda dalam bentuk sembang biar SEPATAH dan catatan anda biar SEBARIS ayat adalah kegembiraanku, kebanggaanku,kesyukuranku dan sesuatu yang amat istemewa. Ianya bagaikan menyiram dan menyejuk rasa hati..sembang dan sapaan anda bagi mengundang bunga kehidupan dalam jiwa ini,ia bagai temanku agar tak lari dan terjerumus ke lembah sepi.

Untuk itu saya ucapkan SYUKRAN dan TERIMA KASIH semua itu bermaksud anda sedang memimpin etuza dalam melayari dunia blogger. Saya terharu juga kerana ada insan yang meminta idea dan buah fikiran dari saya. Oleh itu paparan kali ini adalah untuk menjawap pertanyaan saudari Jurlina..Gadis ini sedang menjalani kursus dalam jurusan pendidikan KPLI di IPGM kampus Gaya Kota Kinabalu selama setahun. Nampaknya bakal guru ini yang terbuka dan mesra kerana sering memberi komentar dan bertandang ke blog EtuzaWarnaKehidupan. Tq sekali lagi. Kepada cik Jurlina..cuba baca paparan kat bawah ..semoga dapatlah serba sedikit menjawab persoalan anda tentang beza akhlak dan moral kalau tak silap.

Secara ringkas AKHLAK
* Bermaksud budi pekerti, kelakuan atau tabiat.
* Tabiat merujuk kepada budi pekerti,pekerti perangai atau watak seseorang itu.Selain itu tabiat juga membawa maksud perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan atau tingkah laku orang itu. Adakah akhlak dia baik atau sebaliknya.
* Budi pekerti itu bermaksud budi yang merujuk kepada perangai, kelakuan atau tabiat yang menjadi habit dalam dirinya. Sama ada budi pekertinya baik atau kurang baik dari segi perbuatannya.
* Kelakuan bermaksud tabiat yang biasa dilakukan, perangai dan perbuatannya. Boleh juga diertikan sebagai gaya atau cara serta keadaan dan lain-lain.



Secara ringkas MORAL
* Bermaksud merupakan ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban dan lain-lain) nilai moral juga merujuk kepada sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.
* Moral adalah berkaitan dengan apa yang betul dan adil.
* Moral juga merupakan semangat untuk menghadapi ejekan ( nolokan) demi mempertahankan kebenaran

Kata MORALIS
* Kata ini merujuk kepada orang yang berpegang teguh pada kebaikan atau keadilan.( orang yang mengamali dan mengajar nilai moral)
*Pegangan merupakan sesuatu yang dipegang, sesuatu yang dijadikan dasar untuk menentukan sesuatu pedoman atau pendirian.

Hanya setakat itu sahaja yang saya dapt kongsikan bagi menghurai kekeliruan saudari Jurlina di Maktab Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu. Apapun harap jurlina dapat memahami catatan saya ini dan akhirnya dapat idea menghurai lebih panjang dua kata yang berbeza maksud ini.

Tazkirah ringkas


MELEPASKAN HATI DARIPADA DOSA
Di dalam dosa terdapat racun yang sangat merbahaya, meskipun ianya pahit namun jiwa dan nafsu merasakan bahawa dosa itu manis. Oleh sebab itu setiap diri kita harus melepaskan hati dan pemikiran daripada pekerjaan dosa.
Menurut DR. Shaleh Bin Ghanim Assadlani dalam bukunya"Wajibut Taubat Ila Allah" menjelaskan bahawa perkara-perkara yang melepaskan ikatan hati dengan dosa itu ialah:
1. Belajar dan beramal
2.Berserah diri kepada Allah
3. Berpegang teguh dengan Al-quran
4. Takut akan hukukam Allah
5.Memakan makanan halal
6. Nebgingati kematian
7.Berteman dengan orang Soleh
7.Banyak beristighfar dan
8. Mengerjakan solat

Semoga ada manafaat untuk kita semua. Asalamualaikum..

Salam 1 Malaysia.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Puteri berkata...

definisi moral dan akhlak yang ada di sini sama seperti di dalam Kamus Dewan edisi ke-4.

namun, saya masih kurang memahami apakah perbezaan antara akhlak dan moral