Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 8 September 2009

Selamat Menduduki Peperikaan UPSR 8hb.09-10.09.2009



Hari ini adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pelajar darjah 6 seluruh Malaysia. Peperiksaan UPSR bermula hari ini. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia.

Ucapan khas saya juga adalah untuk anak perempuan saya Azie's saya yang sama menduduki peperiksaan UPSR hari ini,yang akan menduduki peperiksaan ini di Sekolah Kebangsaan Penagatan,Keningau, Sabah. Tak lupa juga kepada best friends anak saya iaitu Intan, Hanis, Suraya, Syafiq, Nazwan, Syahira, Fadnizam, Emma, Alfino dan lain-lain yang tak sempat di sebut namanya.

UPSR ini merupakan ujian pertama kepada seorang murid. Saya berdoa agar anak saya dan kawan-kawan nya mampu menjawab dengan baik setimpal dengan usaha mereka. Saya harap usaha guru-guru tahun 6 khususnya mata pelajaran teras akan berbaloi selepas keputusan dumumkan pada bulan november nanti tahun ini.

Kepada rakan guru marilah bersamakita mendoakan kejayaan anak-anak murid kita. Kerana kejayaan mereka membuktikan bahawa kita telah melaksanakan tugas dengan tepat. Dengan itu juga kiranya mereka berjaya dengan baik anak-anak murid kita itu akan menjadi bunga-bunga bangsa yang akan bersaing di persada ilmu serta menjadi erisai negara. Jadi mengapa kita tak mendoakan kejayaan mereka bersama.

Dalam kesempatan ini sekali lagi saya melafazkan ucapan terima kasih kepada 4 orang tenaga pengajar mata pelajaran teras UPSR iaitu cg. Dominic Gasan ( BM ) cg. Mariah Gudiman ( Svience) June V.Gabrine ( BI) Nuratiqah Abdullah ( Math) dan tak lupa kepada Ustazah Rupiyah bagi mata pelajaran agama Islam ( Fafa).



Awal pagi azie's bangun bersahur, kemudian mengulangkaji dengan meneliti cara menulis karangan, membina ayat berdasarkan gambarajah,dan membentuk ayat berdasarkan petikan cerita. Biasanya murid di arah menyatakan apakah nilai di dalam situasi cerita pendek itu.
Azie's bersiap dan memeriksa alat-alat tulis,pensil, pemadam, peraut dan slip peperikasaan kebenaran mengambil UPSR tahun 2009.

Saya bawa azie's kesekolah tepat jam 7.20 pagi, sebelum itu azie's pergi menghulur tangan bersalaman dengan mama untuk memohon restu.

Sampai di sekolah nampaknya murid lain lagi awal, sungguh bersemangat nampaknya. Macam tak sabar mereka saya lihat. Saya dah pesan sama azie's untuk baca doa sebelum buka paper, jawab dengan tenang dan jangan mahu cepat menjawab. Jika soalan-soalan mudah dan dapat dijawab dengan tepat mintalah sangat-sangat agar bersegera bersyukur biarpun di dalam hati. Sesungguhnya manusia yakni kita semua berusaha, Allah jua yang akan menentukan takdir kita.

Selamat Berjaya!untuk azie's dan semua yang mengambil exam UPSR hari pertama ini.Ameen.

Motivasi diri menjelang peperiksaan
Posted by Osman Affan under Motivasi, Psikologi Peperiksaan


Motivasi adalah amat diperlukan ketika menjelangnya peperiksaan. Ini kerana, menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.

Ada sahabat saya seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, “Pelajar yang pergi kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membara. Mereka berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kejayaan yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah….

Tetapi, habis sahaja kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angin yang bertiup, terus je diorang sejuk. belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk. Habis, macam nak bersemangat untuk berusaha?”



Saya tergelak mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya. Kursus motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat?tetapi selalunya cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?



Ada banyak sebab mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan jelas ialah, kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pelajar ketika kursus dijalankan, ia juga selalunya membekalkan teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa bersemangat untuk berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik untuk memotivasikan diri sendiri.

Mungkin pelajar terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal mendisiplinkan diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut. yang pastinya, motivasi bukan sahaja datang daripada luaran tetapi yang lebih penting ialah yang datang dari dalam diri pelajar itu sendiri. Minggu ini saya akan sentuh beberapa teknik untuk membuat anda faham bagaimana caranya meningkatkan tahap Motivasi.

Mutiara Kata
Posted by Osman Affan under Mutiara Kata



Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda. ~Jim Rohn

Semasa menjalankan sesi kaunseling, saya dengar banyak cerita daripada ibu bapa tentang anak-anak mereka yang mulanya cemerlang di dalam darjah 1,2 dan 3 tetapi kemudian semakin merosot apabila masuk darjah 4 ke atas. Apakah puncanya? Jika saya tanya ibu bapa apakah puncanya, apa agaknya jawapan mereka?

Majoriti ibu bapa meneka puncanya ialah cikgu yang mengajar dan juga keadaan sekolah yang tidak terkawal. Apa pendapat anda?

Perkara terbaik yang harus kita buat ialah elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Tuding jari ke arah kita dahulu. Saya akan kongsikan sedikit pemerhatian saya terhadap perkara ini.

JIka anda cemerlang diperingkat bawahan dan kemudian semakin menurun, besar kemungkinannya anda mempunyai potensi kelebihan intelek. Maksud saya, anda mempunyai kelebihan untuk belajar sesuatu dengan mudah. Jadi, anda berpeluang untuk menjadi pelajar yang sangat cemerlang. Tetapi kenapa prestasi anda semakin menurun?

Ia berlaku kerana anda tidak mempunyai disiplin belajar. Pada peringkat bawahan, anda boleh menjawab dengan baik dalam peperiksaan kerana anda mudah ingat apa yang cikgu anda ajar di dalam kelas. Jadi, walaupun tanpa ulangkaji, anda boleh menjawab dengan baik. Selepas darjah 3 ke atas, pembelajaran bukan sahaja anda perlu faham apa yang cikgu ajar di dalam kelas, tetapi anda perlu buat latihan tubi supaya ilmu itu sebati dengan anda.

Mungkin di sinilah kurangnya anda. Anda mungkin terasa yang menjawab peperiksaan tidak semudah dulu. Sebabnya, dulu anda tidak perlu mengulangkaji, tetapi kini disiplin untuk mengulangkaji dan membuat latihan adalah sangat penting.

Jadi, jangan risau jika prestasi anda semakin merosot. Anda bukan semakin bodoh. Apa yang perlu anda lakukan? Disiplinkan diri untuk mengulangkaji setiap hari dan membuat latihan matapelajaran anda. Insyallah, anda akan lihat prestasi anda meningkat semula. Inilah yang Jim Rohn maksudkan dengan ganjaran yang berganda.?

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan
Posted by Osman Affan under Psikologi Peperiksaan


Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~

Seperti yang telah kita bincangkan beberapa hari ini, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah?ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.?
Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).

Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.

Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.

Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.

Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 - kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.

Selamat mencuba.?
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: