1. Membenci Mentua.
Derhaka kepada ibu bapa suami termasuk ke dalam senarai yg dapat menutup pintu - pintu rezeki, kerana mentua adalah termasuk orang tua yang harus dihormati dan disayangi sebagaimana orang tua sendiri.
Tidak ada siapa yang mahu diperkatakan sebagai anak derhaka, demikian juga Alqamah. Justeru, sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya.
Tidak pernah dia berkasar kpda ibunya. Diceritakan apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah menjenguk ibunya setiap hari berulang alik ke masjid.
Bagaimanapun , sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumahtangga.Kasih dan tumpuan penuh sudah diberi kpda isteri tercinta. Lalu sering dia terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak.Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah Alqamah sendiripun tidak dapat mengesan gejolak rasa ibunya.
Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri :menyoal siasat" si ibu gara-gara Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang terpendam itu diluahkan. Itupun setelah rasulullah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar Aqamah.
Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.
Mengambil iktibar dan apa yang berlaku pada Alqamah, timbul pesoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan kekeluargaan termasuk hubungan menentu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam.
Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus "tunduk" di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluaga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.
2. Keperluan menghormati mentua.
Di dalam Islam, asas-asas bagi jalinan silaturrahim yang kukuh di dalam keluarga ( termasuk hubungan dengan mentua )adalah:-
a. Kefahaman yang jelas terhadap tanggungjawab setiap ahli sesebuah keluarga.
b. Menghias diri dengan akhlak yang mulia seperti merendah diri,pemurah,pemaaf, sabar ,redha,menghormati orang tua,penyayang, bersikap mengambil berat dan belas kasihan.
c. Adanya niat yang ikhlas iaitu melakukan kebaikan dan menunaikan tanggungjawabsemata-mata kerana Allah dengan keikhlasan, menantu akan sanggup berkorban untuk kebahagiaan menantu dan juga kebahagiaan suami, selagi tidak tercebur kepada perkara maksiat.
d. Adanya sifat amanah dalamm menunaikan tgjawab. Setiap pasangan suami isteri perlu merasai bahawa isteri atau suami adalah anugerah Allah yang mesti dipelihara.
Rasulullah bersabda "Dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara: hartanya,kecantikannya, kedudukan dan kerana agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya menguntungkan kamu"
Untuk mengukuhkan hubungan kedua-dua belah pihak, terutama bagi pihak isteri agar tidak derhaka kepada suami,maka perlu dilakuan perkara-perkara berikut:-
1. Taat dan berbakti kepada suami
2. Berbakti kepada ibu bapa mentua dan memuliakan keluarganya
3. Mesra dengan suami dan sentiasa berusaha mencari keredhaannya.
4. Tidak memecahkan rahsianya.
5. Berdiri disisinya dan berkongsi pandangan dengannya.
6. membantu suami mentaati Allah.
7. Menguasi jiwa suaminya.
8. Berhias untk suaminya
9. Menemui suami di dalam kegembiraan dan bersyukur
10. Berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama suami.
11. Menundukkan pandangan terhadap orang lain selain untuk suaminya.
12. Tidak menceritakan keadaan wanita lain kepada suami.
13. Mewujudkan ketenangan, kerehatan dan kedamaian.
14. Bertimbang rasa dan saling memaafkan.
Tajuk derhaka kepada ibubapa suami ini saya petik dari sebuah sumber buku bacaan yang bertajuk 17 sikap yang menghalang keberkatan rezeki, yang juga ditulis oleh Abu Aziz Al Mishiri & Abu Qistina A-Madani.
Marilah kita berusaha agar hubungan kita diantara ibubapa sendiri serta hubungan dengan ibu bapa mentua sentiasa erat. Ziarahi mereka dalam seminggu demi memohon kebekatan rezeki.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan