Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 8 September 2009

Panorama Desaku Tercinta

Kali ini paparan ruangan catatan saya ialah berkisar serba sedikit tentang suasana desaku, khususnya persekitaran dan jalan menuju villa kami. Sebelum itu ingin saya panjatkan "Ya Allah, terima kasih kami panjatkan kerana detik ini kami masih diberi masa dan kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa di bulan ramadhan, ampuni dosa kami dan terimalah amal ibadat kami, kepadaMu ya Allah kesyukuran kami panjatkan kerana memberi kami tempat tinggal dan berteduh di BumiMu ini,sesungguhnya dariMu kami datang dan kepadaMu semula kami akan kembali"

Saudara, saudari sekalian, kita masing-masing ada tempat tinggal.Yang paling istemewa adalah rumah kita, villa kita, banglo kita, housing kita dan apa sahaja bentuk tempat tinggal kita dalam berkeluarga dan membina kebahagian di dalamnya. Kita pernah kata bahawa "Rumahku Syurgaku". Bagi saya tak salah kita mengungkapkan kata begitu, itu kata-kata orang yang bersyukur kepada nikmat Allah. Ada kala saya dengar dan saya terbaca kata " Rumah ini Macam Neraka" masyaallah sampai begitu bahang di dalam rumahnya. Fikirkan, siapakah yang melakukan rerasa dalaman rumah seperti itu, pastibalik kepada kita sendiri. Rumah kita milik kita, anugerah Allah yang perlu kita jaga, kita pupuk dengan nilai kasih sayang, kita bajai bibit kebahagiaan dalam menjana keemerlangan di dunia dan ke akhirat sana. Kita letak kalimah suci Allah dengan bermujahadah, bunyian al quran dan kuatkan perisai rumah kita dengan zikir dan pujian kepada yang maha kuasa, agar penghuni rumah kita harmoni dengan rahmat Allah dan perlindungan Allah.

Hari ini igin saya mengajak saudara saudari yang sempat bertandang di laman maya ini, walaupun tinta bisu tetapi hati kita bertaut dengan di angin nan lalu. Kita sama, tiada bedanya.Punya perasaan dan memerlukan antara satu sama lain. Apa maksud log masuk jika bukan mengundang teman bicara. Yang sudi syukran Ya Allah, yang tak sudi mungkin bukan rezeki kita bertembung di maya ini.

Inilah desaku, tanah kelahiranku, di Bumi Allah dan semua makhlukNya. Kampung Penagatan,Keningau, Sabah tempat adanya desaku. Nun di Pedalaman Sabah. Nampak kini ada kemajuan prasarana masyarakat desa dengan adanya jalan raya berturap.Cuma jalan menuju ke villa saya belum berturap.Ada sekolah, ada surau, ada balairaya,ada pondok menunggu bas, ada tabika kemas, ada kedai-kedai milik individu, ada talian elektrik, ada talian telefon dan talian air. Semua nikmat itu pelu kita syukuri.

Kepada semua lihatlah panorama desaku, paparan gambar ini cuma beberapa tempat yang sempat saya rakam, insyaallah paparan gambar akan saya tambah jika ada masa terluang.



Pemandangan jalan raya di desaku, rumah di tepi sepanjang jalan kiri dan kanan.



Indah Surau didesaku, surau di Kampung Penagatan Laut, Keningau.




Bangunan kelas kafa di desaku, dengan adaya kelas ini masa hujung minggu kanak-kanak bawah 12 tahun terisi dengan kelas agama. Kelas kafa didesaku akan diadakan pada
hari sabtu dan hari ahad.


Sebuah rumah kongkrit sedang dibina didesaku masa ini, rumah ini di bina oleh seorang guru berdekatan dengan sungai dan berdekatan juga dengan surau Kg. Penagatan Laut,Keningau, Sabah.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: