Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 6 September 2009

Koleksi Sajak Etuza( 1 ) (dicipta pada tahun 1991)




Ramadhan

Ramadhan kehadiranmu...
Disambut gembira..
Umatmu di seluruh dunia..
Sebelum hadirmu..
Kau dirindui...
Dinantikan dengan penuh tawakal..
Adakah aku bisa bersamamu lagi..
Saban waktu menghitung hari..
Bilakah hadirmu menjelang..

Dengan izinMu...
Bulan Ramadhan mulia terbit jua..
Walau tanpa paluan kompang..
Kau hadir penuh suci..
Ramadhan..ku cuba membimbing diri..
Di kalbumu..
Aku cuba membuka mata hatiku..
Agar tenang selalu..
Kerana dengan ketenangan itu..
Ada jalan yang bercahaya..
Menuju ke alam akhirat Mu..
Ramadhan..sucinya kasih..sayang Ilahi..
Berkahnya pahala..setiap detik berlalu..
Tiap langkah dihitung imbalan..
Ramadhan..
Andai ku gapai..
Sejuta kali aku ingin bersamamu..
Biar noda hitam di jiwaku disucikan..
Biar hamparan putih bersinar..
Menjadi permaidani indah ke Singgah Sana..



SUARA AZAN BERGEMA
Suara azn bergema
Amat shyadu dan merdu
Bergelombang membelah angkasa
Suara azan yang bergema
Bagai suatu pangilan keramat
Pada Umat Allah di alam maya
Suara azan tidak pernah lesu..
Sedang manusia semakin karam tenggelam..
Azan yang berlagu merdu..
Gemersik sekali lafaznya..
Adalah lagu hati insan..
Yang kenal dirinya..
Yang kenal kematian pada penghujung hidup..
Yang mensyukuri kebenaran Allah..
Azan tetap bergema..
Bagai melodi lima waktu nan wajib..
Berupa rerangkai sutera halus..
Nanyian menginsafkan naluri..
Untuk menyembah di hadapan Ilahi..

Karya asli etuzaWarna.( 1991)





Koleksi & himpunan sajak Etuza sejak sekolah ( masih simpan tau!)




( sajak etuza masih cantik tersimpan) dengan adanya blog bolehlah kongsikan kat korang semua..namun yang penting membacanya harap kita ada kesedaran ya.






MAJLIS ENYERAHAN ILMU CALON UPSR 2009



ATURCARA MAJLIS PENYERAHAN ILMU (07.09.209 -ISNIN )


“SELAMAT MENGHADAPI UPSR & SEMOGA BERJAYA HENDAKNYA”
Masa Acara Pengisian
10.30 *Semua guru & Murid tahun berkumpul di dewan.

10.35 *Ketibaan guru besar & semua
penolong kanan.

• Doa
• Ucapan Wakil murid
• Ucapan Guru Besar (En.Nasip Dipal) tema ucapan – motivasi akhir &
penyerahan & penghalalan ilmu
• Majlis bersalaman antara calon UPSR & Guru-Guru
• Bersurai.

12.50 * Majlis dijangka tamat.

“Hanya doa menemani mu anak-anak SKPK tika & saat pena mu menjawab tiap bait soalan UPSR”

AJK Khas

* Pengerusi
Guru Besar

* T.Pengerusi
PK. 1 (Pn.Helina L)

*Setiausaha
En.Mohd Zali

* AJK Dewan
Semua guru tahun 6

*Juruacara
En. Mohd Zali

* Bacaan Doa
Ust Salehhudin R

*Ucapan Wakil Murid
Nurintan Liyana S



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: