Surau Kami - Tempat saya dilahirkan
Gambar surau bercat hijau di Kampung Etuza
Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatu..malam ini saya paparkan satu lagi warna kehidupan yang etuza alami secara realiti sebagai perkongsian bersama. Seperti kebiasaan warga SK. Penagatan, Keningau akan adakan solat sunat hajat yang berujuan mendoakan dan meminta agar Allah yang maha besar memberi mereka kekuatan untuk berfikir dan tenang dalam menjawap tiap soalan peperiksaan mata pelajaran UPSR pada 8hb09.2009 bersamaan hari selasa. Doa kita tak putus-putus selepas solat 5 waktu, tetapi yang ini ialah usaha dan doa secara berjemaah. Kepada ibubapa doakan anak-anak kita setiap masa demi kebahagiaan mereka di masa depan.
Dalam hal ini, saya merasakan amat perlu ibubapa mendoakan kejayaan kepada anak-anaknya dalam bidang pelajaran. Saya berterima kasih kepada seluruh orang kampung yang sudi bersama-sama menunaikan sembahyang hajat pada hari kelmarin iaitu hari jumaat(4hb.09.2009)semoga doa kita semua dikabulkan olehNya agar anak-anak murid kita berjaya dan tidak berlaku sebarang masalah ketika menjawab soalan UPSR nanti.
Doa unuk anakku Nurhaziemah
Bisimillahiruahmannirahim..
Dengan nama Allah yang maha besar lagi maha pengasih..
Ku panjatkan doa kepadaMu ..pada malam ini..
Di tengah malam ramadhan karim..
Ku tadahkan kedua tangan ini..
Memohon belas kasihMu, rahmat dan hidayahMu..
Kepada kami, kepada semua keluargaku,,,
Kepada umat Islam muslimat dan muslimah...
Kepada anakku Nurhaziemah...
Berilah kami keampunan...
Beri kami kekuatan..
Beri anakku Nurhaziemah dan kawan-kawannya..
Kekuatan daya fikir..menulis dengan betul..
Jawapan bagi tiap soalan peperiksaan UPSR
Pada 8hb.09.2009 hingga 10.9.2009
Ya Allah kami tahu Engkaulah tempat meminta...
Memohon segala yang baik,..
Terlebih dahulu ampuni kami..
Yang tidak pernah malu menadah tangan ini..
Ya Allah.. kami sedar..kami lemah..
Kami sedar kami nampak kekuasaanMu..
Kerana itu kami pohon Engkau beri anakku..
Nurhaziemah keayaan menjawab dengan baik ..peperiksaan UPSR nanti..
Ya Allah...
Ya tuhan kami.. beri dia petunjuk..
Terangkan hatinya dan kawan- kawannya..
Seperti terangnya hati para RasulMU..
Terangkan jiwa meraka..
Jauhi anakku dari gangguan emosi
Semasa duduk dalam peperiksaan UPSR..
Ya Allah jauhi kami dari penyakit..
Hasad dengki dan sikap sombong diri..
Jauhi Nurhaziemah dari sifat pelupa..
Sinarkan jiwanya dengan bunga iman..
Cerahkan hatinya dengan sinar Islam..
Bersihkan jiwanya dari noda hitam membelenggu..
Bisikkan kasih sayangMu..
Beri kami kesempatan untuk menikmati..
Kebahagiaan di bumiMu ini..
Selamat menghadapi peperiksaan UPSR
Untuk mu anak Nurhaziemah..
Salam kasih sayang dan...
Semoga ada kejayaan mengiringi langkahmu menuju
Ke Dewan peperikaan..
Setimpal dengan usahanya selama ini..
Terima kasih ya Allah..
Tuhan seru sekalian alam..
amin Ya Rabbal alamin.
Berdoalah selepas solat, kerana tanpa doa umpama badan tiada kepala..
Sedang berbincang Etuza dan kawan-kawan sekampung..bertegur sapalah sesama jiran..
Suasana di dalam surau ketika orang-orang kampung etuza baru berdatangan ke surau pada hari Jumaat lalu.
Jemaah yang datang ke surau Kg.Penagatan pada hari Jumaat.
Good Luck zie ( semoga berjaya)
Banner salam ramadhan di Kampung etuza
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan