Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 4 September 2009

Etuza sana sini & Reliti - hargai yang unik dan cantik di pandang. Jika dibuang sayang sekali.





Mengabadikan kenangan di laman villa etuzawarna, rimbunan bunga menghias segar pagi memandang.




Asalamualikum warahmatullahiwabarakatu..bersua kembali dalam paparan catatan tinta etuza warna-warna kehidupan. Sesuai dengan tema blog etuza iaitu paparan reliti kehidupan kami, dan diumpamakan bahawa apa sahaja yang kita alami serta etuza dan family alami itu adalah sebagai warna-warna kehidupan sama ada dalam bentuk menarik, menggembirakan atau suka dan duka. Dua kombinasi warna rasa hidup yang berbeza, walhal itulah realiti kehidupan kita.

Sebelum merungkai inti pati tinta pada paparan kali ini iaitu etuza sana sini & realiti hidup ingin etuza pinta agar maafkan etuza kerana catatan saya ada beberapa ejaan perkataan yang salah. Insyaalah etuza akan cuba edit, jika ada kelapangan masa. Seperkara lagi yang ingin etuza kongsikan ialah ETUZA itu bermaksud e- satu usaha kearah pendidikan yang berterusan dalam family etuza serta warna kehidupan - bermaksud segala apa saja yang dialami dalam pelayaran hidup etuza, di mana warna-warna itu menghiasi keperbadian serta sahsiah yang tinggi, hingga memupuk kepada kecemerlangan dan kebahagiaan etuza dan kita semua.

Selain itu etuza juga memohon maaf jika ada pembaca yang terasa tersinggung dengan catatan etuza. Etuza paling tidak berniat begitu, cuma mungkin kesilapan etuza membentuk ayat maka dirasakan maksudnya lain. Bukan juga nak berbangga diri, jauh sekali, bukan juga mengejar tittle atau dunia glomur, tetapi cukuplah saya katakan bahawa etuza suka berkongsi ilmu, dengan harapan ilmu itu akan dapat mewarnai dunia kehidupan kita semua. Oleh itu etuza harap anda di luar sana gembira dengan paparan etuza warna. Selamat meneruskan pembacaan. Terdapat someone mengatakan bahawa membaca adalah kunci kepada segala ilmu.

1. Duhai teman.. suatu hari etuza ke pekan Keningau. Etuza mengambil kesempatan agar membuang sampah di tong sampah MDK di pekan Keningau. Berdekatan dengan tempat pembuangan sampah etuza nampak beberapa kotak besar berisi kepingan tail atau marmar dibuang. Kesempatan itu, etuza tak lepaskan peluang mengambil 2 kotak besar berisi marmar tersebut. Etuza dah kata bahawa etuza adalah salah seorang pencinta alam,bahan terbuang seperti tail sangat banyak kegunaannya. Etuza nak guna bahan terbuang ini untuk mengindahkan lagi laman villa kami. Etuza ada kolam bentuk 4 persegi, boleh lekat atau tampal pada tiap sisi kolam trsebut. InsyaAllah. Etuza beranggapan deretan kotak itu dibuang oleh sebuah syarikat kontraktor, mana ada inividu membuang bahan yang banyak kegunaannya ini.


Inilah paparan gambar bahan terbuang yang dikutip oleh etuza. Insyaallah etuza akan cuba gunapakai.

2. Etuza memang suka berkebun ketika ada masa terluang. Adalah sedikit pokok buahan saya tanam dekat rumah seperti limau purut, limau kasturi,pokok mangga,manggis, jambu air, jambu batu, kedundung, longan dan rambutan. Ada yang dah berbuah,kerana benih yang ditut. Selain itu menanam bunga-bungaan memang kegemaran utama. Saya suka melihat daun-daun hijau dan rerumput hijau, ini disebabkan saya memakai kaca mata,ada maklumat saya baca bahawa nak segarkan mata serta petua nak pulihkan penglihatan mata agar kembali normal ialah dengan cara melihat tumbuhan hijau. Etuza amalkan dan memang ada perubahan..macamanapun etuza teruskan memakai kaca mata, dah biasa.Bila ke laman etuza buka kaca mata untuk melihat kehijauan yang segar. Selain itu lendir pada daun bunga lidah buaya amat menyegarkan mata apabila kita letak disekeliling kelopak mata. Etuza selalu amalkan kerana..etuza tak tahan lama melihat skrin komputer atau televisyen. So, selalunya tiap hari saya segarkan sekeliling mata saya dengan lendir daun lidah buaya @ elovera flower. Kalau tak percaya sila anda cuba, amat segar dan sejuk specialy time awal pagi.Bila kurang tidur, mata kita rasa kurang segar..masa inilah kita segarkan mata dengan lendir sejuk elovera flower.
Bila etuza berkebun adalah beberapa koleksi alatan tajam etuza kumpul dan alatan ini jika anak-anak ganggu, etuza akan marah anak-anak.Akhirnya mereka dah masak dengan hobi bapa mereka, maka hingga kini alat-alat ini tetap tersimpan rapi di stor eruza. Apakah alat itu lihatlah gambar ni.Dengan alatan ini etuza dapat merelisasikan impian etuza iaitu nak buat satu kawasan depan rumah dekat tangga masuk ke atas villa etuza dengan rimbunan bunga jenis daun dan yang berbunga. Syukurlah impian itu akhirnya terlaksana. Adik beradik etuza paling suka merakam gambar mereka dekat mini kolam etuza dan kawasan taman bunga, meeka ambil bunga-bunga yang berbagai corak.Ada etuza guna gambar bunga pada destop kemputer saya sendiri.



Koleksi alat-alat perkebunan kesayangan etuza



Sedang melayari internet di sky net



Sky net shop luas, selesa dan perkhidmatan yang baik

3. Nak tahu, etuza sejak bergiat dalam dunia blogger yang amat menarik ini etuza paling suka menyinggah di Sky Net di pekan Keningau. Di sana seperti dalam gambar etuza sangat seronok melihat skrin komputer besar, luas dan puas hati kerana pergerakan paparan di komputer sangat laju.Line internet is very powerfull and also faster. Itu yang etuza suka stay kat sini. Ada juga etuza lihat kawan-kawan lain.Paling etuza tahan duduk landing di sini ialah 2 jam, mata kurang tahan melihat skrin,inilah masalah etuza, but my eyes ok.kenalah bayar RM2.00 sejam. Etuza akan baca email kawan-kawan dan membaca petikan blog kegemaran especialy Alimaz Blog, Sahabatmusleem, Abu Miftah blog dan hehe! jangan hairan etuza suka melihat paparan blog saudari Kamsiah( detik indah dalam hidupku) tajuk blog nipun sudah memukau saya.Memang benar kita semua ada detik indah.kalau boleh mesti yang indah sahaja..tapi etuza rasa hidup kita tak lengkap jika kita tiada detik pahit. Tak mustahil ada juga detik pahit itu.Mintalah jauhkan..namun realitinya langit tak selalunya cerah.
Etuza terasa juga banyak keburukan meneroka internet ni.Saya tengok remaja masa kini suka melihat berbagai benda yang ak elok. Marilah wahai remaja.. jauhi sikap tidak berdisiplin melayari internet. Belayarlah secara sihat, pasti minda cergas otak sihat dan seuanya sihat. Mengapa terlalu terpengaruh dengan benda-benda yang merosakkan pemikiran. hari ini anda sekali tersilap jika bangun buat semula kesilapan anda pasti sukar membetulkan arah hidup. Sebab itu etuzawarna kerap berkata untuk menyebarkan slogan etuza iaitu "hidup biar ada makna" kita hidup bermakna kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Layari nternet secara sihat dan penuh disiplin. Insayaallah hidup kita lebih bermakna dengan ilmu didada.

4. Setiap tahun akan ada satu special day untuk para guru. Hari pendidik namanya,setiap bulan mei akan dirayakan. Masa hari guru bukan nak mentakburkan diri,sekadar berkongsi iaitu etuza akan mendapat hadiah dari anak sendiri dan dari murid-murid lain. Terbaru etuza mendapat sepasu bunga yang unik ranting dan daunnya hijau sempena hari guru peringkat sekolah. Memang semua warga sekolah tempat saya mengajar tahu benar minat saya terhadap bunga. Saya sering mengatakan kepada murid jangan petik bunga sesuka hati, sebab bunga itu juga tumbuhan yang ada nyawa.Bunga-bunga di taman PSS memang dah merimbun tetapi taman itu dapat mendisiplinkan murid iaitu ada murid dalam kelab encinta alam selalu siram bunga di taman. Mereka melepak di pondok tetapi nampaknya mereka tidak merosakkan bunga.
Berkenaan hadiah ini,memang ada murah ada juga yang mahal mereka bagi kat saya. Biasanya hadiah itu etuza simpan bagus-bagus di dalam almari kaca. Etuza dan mama akan letak dengan rapi semua hadiah tersebut. Dah bertahun nmasih teap cantik, etuza tak tukar kerana etuza sangat menghargainya. Unik dan rekabentuk yang menarik. Mungkin etuza ni orang seni maka benda-benda unik termasuk batu-batu putih yang pelbagai corak, etuza masukkan dalam botol kaca jadi perhiasan almari,tak payah beli batu kat kedai.


Inilah antara lain hadiah muid-murid dan kawan kepada etuzawarna


Yang cantik jika dibuang sayang sekali, mengapa dibuang, tak berdosa jika disimpan.



Salah satu tanda menghargai ialah menyimpan hadiah orang, benda kecil jika disiman rapi pasti menarik dan menceriakan. Jimat membeli kepuasan dinikmati. Hidup biar ada makna, rugi hidup jika warna hidup itu kabur dan pudar.hehe..itu mada etuza ya..fikirkanlah. Lahirkan lkasih sayang pada benda yang unik dan cantik.

5. Uniknya budaya Sabah. Suatu hari etuza di pelawa oleh Guru Besar dan penolng kanan untuk menghadiri satu majlis rasmi peringkat daerah Keningau, Sabah. Majlis itu melibatkan guru-guru dikalangan Guru Besar dan penolong kanan dan semua guru Etuza bukan penolong kanan. Cuma seorang GPM.( Penyelaras Pusat Sumber DG 41). awal pagi sesak..pendaftaran katakan. Ada tarian kebudayaan, yang uniknya gerak tari mereka dan pakaian tradisional. Etuza sempat rakam gambar untuk kenangan kita bersama. Saya difahamkan lebih 30 orang penari di atas pentas membuat persembahan.Menarik sekali. Dan ada juga etuza menanya, pakaian budaya Sabah apa itu.Kata kawan-kawan pakaian tradisi suku kaum Murut Sabah.

Pakaian tradisional sukukaum Dusunkadazan



Persembahan kebudayaan tarian trdisional sukukaum murut Sabah.

Selain pakaian tradisional Murut ada juga etuza ambil gambar pakaian tradisi suku kaum dusun( penduduk asli Sabah) Etuza antara lain suku dusunkadazan Sabah.Tengoklah unik dan cantik si pemakainya. Cuba perhatikan mana satu anak ke 3 etuza.Kumpulan ini berjaya mendapat tempat kedua pertandingan tarian kebudayaan dalam Program RIMUP.(Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)


Murid-murid Sk.Peagatan mempesembahkan muzial teater ( Johan)


Hebat persembahan Arahan Marcellus & Pn. Haryati Suhaili



Mantap persembahan melibatkan anak etuza (johan) mengalahkan 6 buah sekolah di daerah Keningau.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: