Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 4 September 2009

10 surah mujarab dari Nabi SAW ( alfatiha) Karya Sahabat Muleem






Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
Surah Al Maaidah ayat 58

Powered by WaktuSolat.net
Forum Waktu Solat

10 Surah Mujarab Dari Nabi SAW [Al-Fatihah]
8/19/2009 08:26:00 AM | Author: جوليا ترميدي
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Rabu 19 August 2009 bersamaan dengan 28 Syaban 1430H. Selamat pagi semua! Semoga sentiasa sihat dan sentiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen.

Alhamdulillah, syukur kita pada Allah SWT. Kerana masih lagi diizinkan kita untuk sama² teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Syukur!

Hmm. Hmm. Takde ideala pulak pagi ni nak tulis ape. Hm, takpelah. Terus ke artikel. Surah Al-fatihah. Aha, surah al-Fatihah ni adalah salah satu daripada 10 surah yang mujarab dari Nabi SAW. Betul ke? Allahua`lam.

Hm, post yang lepas saya ada ajak sahabat semua untuk hafal makna dalam surah ni kan? Macamane, dah boleh hafal ke? heheh. Surah ni penting tau. Semoga kita sama² dapat hafal, Insya-Allah. Jadi pagi ni, saya nak post sekali lagi surah al-Fatihah ni beserta makna dan juga khasiatnya sekali. Artikel ni [khasiat Al-Fatihah], saya ambil dari salah seorang sahabat blog. Terima kasih pada tuan blog.

Tapi sebelum tu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat yang sudi singgah ke blog saya. Kepada semua Follower, terima kasih. Dan tak lupa juga pada sahabat yang sentiasa memberikan sokongan pada saya sepanjang saya berblog. Apa² pandangan, kritikan atau apa saja yang nak dikongsikan amatlah dialu²kan. Insya-Allah, segala pandangan sahabat semua amat saya hargai. Terima kasih.

Oklah terus ke artikel, jom sama² kita baca, semoga bermanfaat, Insya-Allah.

Surah Al- Faatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.


صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


1. SURAH AL-FATIHAH [Khasiat]

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

Habis dah! Sebenarnya, kalau nak ikutkan. Khasiat untuk surah al-Fatihah ni memang banyak. Sahabat semua boleh rujuk buku `Khasiat 30 Juzu` al-Quran`. Insya-Allah dalam tu ade.

Wassalam,

SahabatMusleem
al-Quran, Info |
This entry was posted on 8/19/2009 08:26:00 AM and is filed under al-Quran , Info . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: