Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 29 Ogos 2009

Taman Berkonsepkan Kayu

Taman berkonsep kayu



LANDSKAP taman berfungsi sebagai pelengkap kediaman dan menjadi perlambangan gaya hidup pemiliknya

LANDSKAP taman berfungsi sebagai pelengkap kediaman dan menjadi perlambangan gaya hidup pemiliknya.





Keindahan taman yang dicipta menerusi pelbagai konsep pilihan memberi peluang kepada anda dan keluarga untuk bersantai sambil menghirup udara segar.


Penggunaan elemen kayu dalam pembentukan sebuah taman sememangnya mencerminkan minat seseorang terhadap ciri tradisional.

Namun, kehadiran elemen kayu sebagai pelengkap taman tidak seharusnya untuk konsep warisan Melayu atau tradisional semata-mata.

Malah konsep suai padan juga boleh dicipta asalkan anda kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Menariknya, ia boleh dizahirkan dalam pelbagai konsep taman mengikut kesesuaian konsep dan corak kesinambungan reka bentuk.

Keunikan kayu dalam seni taman dan pertukangan penuh dengan nilai estetikanya tersendiri dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Idea penataan taman serba ringkas, namun tampil menarik jika konsep tropika kontemporari menggunakan elemen kayu dan aksesori hiasan semula jadi sebagai pelengkap.

Binaan ruang santai seperti gazebo atau wakaf berasaskan kayu amat penting dalam mewujudkan suasana tenang.

Keheningan malam dapat dinikmati sepenuhnya ketika bersantai di ruang itu apabila diserikan dengan kehadiran lampu taman.

Penat seharian bekerja hilang sekelip mata sebaik melihat pemandangan taman indah mendamaikan.

Keluasan ruang bagaikan bonus kerana taman boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu laman hadapan atau utama dan laman sisi.

Laman sisi biasanya menjadi ruang peribadi keluarga untuk bersantai atau menjamu selera di hujung minggu.

Seterusnya ruang meletakkan kenderaan pula sesuai ditanam pepohon berdaun lebar dan vertikal khususnya helicornia.

Tanaman berkenaan berfungsi melembutkan imej kaku dengan kehadiran binaan tembok pagar dan kemasan jubin di lantai.

Sepanjang laluan ke ruang berkenaan tampil menarik dengan penataan batu-batuan sungai dan kehadiran tanaman renek sebagai cetusan elemen semula jadi di situ.

Emel Artikel Cetak Artikel
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

9n0L4 berkata...

suke sgt perabot kayu. sesuai jugak utk dlm rumah. nmpk esklusif. :)