Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 20 Ogos 2009

Selamat menyambut kemerdekaan 2009

Dah bulan Ogos 2009. Bulan ini diumpamakan sebagai bulan merdeka oleh rakyat Malaysia. Selaku penduduk asal bumi Sabah dan di negara Malaysia, Villaza mengucapkan selamat menyambut bulan merdeka untuk Malaysia. Merdeka kita pada hari ini adalah kerana adanya pejuang bangsa hingga kini jasanya di kenang dan disanjung tinggi. Tiada siapa menyangkal bahawa kita ini genarasi yang lahir selepas merdeka. Patut bangga dan bersyukur kepada ilahi bahawa kita merdeka dengan menikmati pelbagai bentuk, seperti hidup aman dan damai tanpa perang, adanya perpaduan kaum, peluang nikmati rezeki di merata tempat, bebas mencari ilmu,hidup aman dan rukun dalam rumahtangga, bahagia bersama isteri, anak dan keluarga di mana jua berada. Pada hari ini, kita sentiasa berfikiran positif dan bebas merancang untuk mencari masa depan yang gemilang. Syukur kepadaNya kerana kita mewah dalam segala segi. namun kita harus fikirkan merdeka ka kita dalam membentuk iman, bagaimanakah kita melayari hidup ini dengan tidak secalitpun noda hitam menuju ke akhirat. Sesungguhnya kemerdekaan yang paling bermakna ialah merdekakan hati dari sifat dengki, riak, takbur dan bongkak, sabar dan tabah tika diuji. Semoga kita merdeka menuju ke akhirat.. InsyaAllah. Marilah bersama tebalkan iman bahawa Allah itu hanya 1, yang maha besar dan maha hebat, di mana Dialah Allah seru sekalian alamKibaran bendera Sabah dan Malaysia di perkarangan Villa Za anjung seri sebaik menjelang 1hb ogos 2009. Bendera ini dari bahan tebuang iaitu bendera plastik dalam makanan ringan yang berharga 20 sen. Yang lain bendera yang dilukis oleh anak-anak Villa Za iaitu dilukis oleh Ismat Afif, Ibnu Mustaqim dan Irfan. Mereka lalu laminiting bendera ini agar tahan dek panas dan hujan serta mampu bertahan sehingga sebulan. Bukan susah nak kibarkan bendera kita, dengan buatan sendiri lagi menarik dan kita puashati apabila membina secara kreatif bendera kebangsaan kita. So, Villa Za menyeru kepada yang melawat blog ini, kibarkn bendera sekarang sebagai satu bukti kita cintakan Malaysia, selamat bahagia Malaysia dan moga Malaysia aman selalu.
Cuti hujung minggu ini Villa za telah mereka cipta perkataan ZA berdekatan dengan kolam di laman villa za. Mudah sahaja kerja ini tetapi mampu menceriakan halaman villa kami. Saya dan anak-anak mengutip batu-batu dijalanan serta di sungai Mapua dekat villa za. Kami susun batu-batu tersebut membentuk Z dan A di mana Z pada huruf awal nama saya dan A adalah huruf awal nama wife saya. Pada ruangan kosong antara batuan itu saya letak tanah hitam lalu menanam bunga jangka pendek yang dikenali oleh orang kampung saya bunga itik, tetapi saya menggelarkan bunga itu sebagai bunga ekor ayam betina, kerana bunga pada bunga ini seolah ekor ayam betina. Lucu tetapi memang unik bunga ini, apabila mengeluarkan warna bunga yang pelbagai warna. Subahanallah.
Dicatat oleh Azha Happy Family di 11:52

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: