Inilah wajah ibubapa etuzawarna, kami adik beradik seramai 8 orang.Kami anak -anak sudah berkeluarga. Ibubapa ku dah lama jadi datuk dan nenek. Cucu pertama Mohd Azizi
Wajah tenang ayah etuza warna, semoga sihat dan dimurahkan rezeki
Wajah tenang seorang ibu yang melahirkan etuza warna di dunia ini. Salam sayang dari kami anak-anakmu.
Wanita ini adalah ibuku.. yang mengendong ku di alam rahim..Mana mungkin aku bisa melenyapkan kata tiga abjad dicerung bibirku...Mana mungkin sesaat aku lupakannya.. cuma kerana kini aku seorang suami, bapa kepada anak-anak.Mana mungkin aku lupa dia ibuku cuma kerana kini aku berjawatan..Sesibuk manapun saban hari aku jenguk mereka...Terlafaz ungkap IBU di bibir lelaki ini..Dulu tiada terasa tikam ketersinggungan akibat kalibat anak-anak .Sebagaimana aku dulu anak hingusan..Ibu memanggil minta bantuan yang begitu mudah di laksanakan..Bak kata diambil selangkah sampai hulurlah ...Tapi sempat memaling muka, hentak kaki malas ketara..Tika ini, isteriku seorang ibu...Semua urusan rumahtangga di tangannya..Sebagaimana ibuku dulu menyuap nasi ke mulut ini..Cuma kerana ingin melihat aku cepat membesar...Melihat kerenah anak-anak kepada isteriku..Timbullah memeori silam yang memalukan aku sendiri...Nah! rasakan sukarnya mendidik anak ke jalan yang diredahi..Tersilap selangkah sejuta agaknya pincang langkah sianak..Terslap kata..mendidik anak buruk padahnya ( jauhkan)Ibu..Maafkan aku,ampuni aku..Berilah restu bagiku bina jalan bahagia bahteraku..Bersama nafasku, jiwaku yakni isteri dan anak-anakku..Bukan menjauh jakuhlah ikatan cinta, kasih dan sayang..Tetapi makin mendekat ikatan itu ...Bak seaat takakan pudar, layu,meski panas mentari takkan sirna..Kadangkala ada insan setali pusatku di rahim ibu..Sangsi, sangka buruk padaku...Katanya ...dimanakah mereka anak nya yang dah bekerjaya...Tak menjenguk ibu dan bapa di Seri Pena...Sedang mereka sunyi tanpa perhatian anaknya..Aduhai pedihnya di sergah begitu...Meskipun tak ke Seri Pena tak kering doaku...Mengiringi kemana jua ibu dan bapaku pergi..Ya Allah ampuni dosa mereka,selamatkan mereka dari tipu daya syaitan..Murahkan rezeki mereka..beri mereka kesihatan..Lindungi mereka dari fitnah manusia yang juga merah darahnya..Amin ya rabbal alamin...Ku akui ada kesibukan kerana kerjaya ini...Kerana ada zuriat 7 di depanku..Seorang isteri sebilik serumah...Ada saja urusan untuk majukan anak-anak...Wang ringgit biarlah demimu anak...Namun tak pernah lupa menghulur kepada ibu dan bapaku..Aku tak malu berkata.. memang sedikit...Darpada tiada syukurlah ada...Kepada setali pusat denganku...Buka minda..pandang ke depan sejauhnya...Masa depan kita kian sama dengan ibu dan bapa...Apa mereka rasa ... dah kita rasai..Menangis dan ketawa bersama anak bohoglah jika tak rasa..Justru itu apa dalihku jika ku cuba buang ibuku dalam kamus hidup ini...Apa lagi dolakku untuk buang bapaku...Sepatah kata aku dah cari juga tiada..Lantas tolong...mari musahabah diri...Lihat kelemahan pada diri sendiri...Lihat tanggungjawab bersama kepada ibu...dan bapa..Pahat ke hati biar guna paku diameternya lebar..Agar tak lepas dalam jiwa raga kita..Aku mengakui bahawa syurga ditelapak kaki ibu..Maka percayalah...Tiada dalam kamus hidupku..Menjauhi ibu dan bapa kerana...Jalan buang tanggungjawab...Adakah...kau percaya inilah..Hamba Allah setali pusat denganmu..Akulah yang ibu gelar ETU ...Salam....
Mama sedang menenangkan cucu ren, anak pertama Bella & Sahlan.
gambar etuza semasa terima izajah di UMS Kota Kinabalu, Mak dan bapa bersama ke UMS masa itu.
Mak berbaju pink semasa perkahwinan adik bongsu kami pada tahun 2008. Moga mama tabah menghadapi liku-liku hidup.
Mak berbaju pink semasa perkahwinan adik bongsu kami pada tahun 2008. Moga mama tabah menghadapi liku-liku hidup.
Segala jasa ibu dan ayah kita tdak akan pernah lupakan. Hanya doa dapat di kirim sebagai pengganti diri di kala berjauhan.
Mama dan bapa memenag ceria di majlis perkahwinan adik bongsu kami. Mereka memberi restu agar kebahagiaan mereka berkekalan.
Mak an ayah memberi restu perkahwinan Saleha & Mohd Azamzursalleh pada 2008.
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan