gambar sekadar hiasan
Bahan-bahan
1 perdu rebung segar(dihiris halus dan direbus)
Santan dari 1 biji kelapa
Asam keping
Garam secukupnya
Sedikit gula
Bahan (dikisar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
9 biji cili kering
1 1/2 inci kunyit (kunyit serbuk pun boleh )
1 inci lengkuas
2 batang serai
Sejemput biji ketumbar
Sejemput udang kering ~direndam hingga lembut
1 biji tomato
2 biji cili merah
7 biji cili api ( kurangkan jika tidak mahu pedas)
Cara Memasak
1. Dalam periuk, satukan santan, bahan yang dikisar dan asam keping, masak hingga kuah mendidih.
2. Masukkan garam dan rebung yang telah direbus.
3. Masak hingga sedikit pekat dan keluar minyak.
4. Siap dihidangkan.
Cadangan hidangan :
Boleh dihidangkan bersama nasi, sambal belacan+ ulam dan ikan kering.
Boleh juga dimakan dengan roti
Sumber : juariahhjyunus.fotopages.com
1 Pesona Kata Hati Mereka:
tak pernah try mkn lagi rebung ni. sedap ke cekgu. huhu.
Catat Ulasan