Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 27 Ogos 2009

Friendship Forever Volume 1( tanpa kawan hidup kurang rasa) Sesiapa saja kita sama ..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam sejahtera, kepada sesiapa sahaja selain insan yang ada dalam paparan ruangan Friendship Forever ( tanpa kawan hidup kurang rasa) ini sengaja etuza wujudkan dalam blog saya sebagai satu koleksi istemewa dari saya dan keluarga kepada semua yang mengenali saya serta isteri dan anak-anak.Saya terlebih dahulu memohon maaf yang tidak terhingga jika dalam paparan hanya beberapa gambar sahaja individu atau kawan-kawan yang dekat serta jauh yang akan kita nampak. Namun secara berterusan selagi ada iltizam saya untuk mengemudikan blog ini, maka akan saya paparkan gambar kawan-kawan sebagai perkongsian kita bersama. Sekadar mengubat rindu, bukalah atau layarilah web etuza yang tidak sepertinya ini..

Saya juga memohon maaf andai catatan saya tidak tepat atau kurang memuaskan berkenaan dengan anda sebenarnya, maka itulah sekali lagi saya pinta maafkan saya.
Pada saya kita sama sahaja di sisi Allah, kita mahu yang terbaik untuk diri kita, untuk anak-anak,keluarga juga kepada ibubapa. Kepada murid juga kita mahu yang terbaik untuk mereka.

Saya sangat bersyukur kepada Allah subahanallah wataalah, kerana memberikan saya daya berfikir, sehingga terbitnya blog etuzawarna sederhana ini, tanpa restu ilahi saya tidak akan ada kemampuan wujudkan blog ini. Menerusi pengalaman luar biasa ini saya ingin kongsikan bahawa dengan melayari internet secara berdisiplin serta menerokai alam blogger yang saya minati ini telah menemukan saya dengan seorang serta keluarganya nun dikejauhan sana, berkunjung ke blognya umpama kami menziarahi terataknya. Indah dengan ilmu dan budi bahasa. Untuk semua etuza nyatakan bahawa biarlah bukan lagi rahsia bahawa teman baru yang mesra dengan blog etuzawarna yang saya maksudkan ialah Saudara ALIMAZ. Pantun untuk alimaz agar tersemai persahabatan, walaupun menerusi blog sahaja, tetapi terasa ada ikatan kasih sayang dan ukhwah Islam. Islam pada hakikatnya bersaudara.Alhamdulillah...




Inilah wajah ceria family alimaz menerusi ruangan catatan etuza friendship forever. Cantik kombinasi kad alimaz.Kepada alimaz inilah pantun sebagai tanda perkenalan kita bermula.

Salam dihulur, mesra bermula..
Kelopak perkenalan tersemi akhirnya..
Maaf dipohon menyergah bertandang tanpa di pinta..
Salah dan silap kemaafan..ku pinta jua..

Alimaz uniknya nama...
Di dalamnya mewangi rimbunan ilmu permata..
Sinar cahaya Islam reliti mungkinkan segalanya..
Alimaz temanku berbicara..
Di arena blogger bertemu kita

Salam kasih mesra untuk keluarga alimaz.

Dalam mengharungi kehidupan kita seharian, antara lain yang mewarnai keindahan hidup kita ialah dengan adanya kawan atau teman-teman sekeliling. Mereka kita jadikan sebagai teman bergurau, teman ketawa, teman berbincang, teman semeja makan malah di kalangan kita ada juga teman yang kita jadikan teman di kala suka dan duka. Adakah pendapat saya itu benar, menyokongkah anda itu terserah kepada budi bicara kita masing-masing.

Selain keluarga, isteri dan anak-anak bagi saya masih kurang rasa jika kita tidak meramaikan kawan. Ibarat bagi ku hidup ini bertambah harum dengan kehadiran kawan-kawan dengan rasa ikhlas mendekati. Adik beradik, bekas-bekas murid dulu, teman sekolah, teman semaktab perguruan, teman seuniversiti juga teman sekerja merupakan teman dan kawan-kawan saya hingga kini. Di arena blog sekali lagi saya diperetemukan kawan-kawan yang amat istemewa bagiku. Blog umpama tinta bisu yang berkomunikasi sebagai penyampai maklumat perantara yang luar biasa ciptan atas dasar kebijaksanaan manusia yakni hamba Allah.

Sebelum mengundur diri, kepada saudara alimaz yang bertuah sebagai prospek pertama menjadi pilihan etuza dalam ruangan catatan Friendship Forever ini. Semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna serta genap sebulan. Diampunkan dosa lalu, bersihkan jiwa, jauhi penyakit, jauhi hasad dengki dalam diri kita dan akhirnya memberikan kita kebaikan di dunia dan di akhirat sana.

Sekian... Friendship Forever Volume 1.

TQ..
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka: