Kembali ke www.al-azim.com
Nuzul Al-Quran Keistimewaan
Lailatul Qadr Panduan Umum Berpuasa Jenis-jenis Puasa A
rtikel Pilihan Al-Azim
Keistimewaan Lailatul Qadar
Lailatul Qadar ialah satu malam daripada malam-malam bulan Ramadhan.
Ia merupakan malam yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.
KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR
Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan
apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul
qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada
malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka
(Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit
fajar". Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya
lailatulqadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir
sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan
Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan,
jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran
pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang
beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding
dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh
malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya
dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat
Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara
daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap
berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali
untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang
terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan
sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting
adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari
dan Muslim iaitu:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar
dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan
rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa
tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat
nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk
yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang
lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak
semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak
disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul
qadar.
Sumber Maklumat Lengkap Ramadhan Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Melaka
0 Pesona Kata Hati Mereka:
Catat Ulasan