Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 29 Ogos 2009

Juadah berbuka puasa ke 8 Etuza Family..

Asalamualaikum.. kembali lagi dalam ruangan Juadah berbuka puasa ke 8 Etuza Family.
Hari ini line t'net tempat kami tak clear, berat sangat nak keluar secara lancar. Line macam setapak setapak keluar dan tak bersimpul kuat. Hehe! yang sebenarnya line internet malam ini di area Pedalaman tak lancar. Ini perkara biasa, apa nak buat..inilah hakikatnya, kena sabar.

Juadah berbuka puasa etuza familiy kali ini, saya rasa special sikit. Segala puji bagi Allah kami panjatkan kesyukuran terlebih dahulu kerana dengan kurnianya, maka dapat kita tunaikan wajib puasa hari ini, dan Dialah memberi kita sumber rezeki yang halal di sisiNya. leganya.. bila dah berbuka.. seronok bersama anak-anak tersayang. Minggu depan agak sunyi di villa etuza apabila 2 anak remaja kami balik ke asrama untuk memulakan persekolahan akhir tahun.

Sebagai perkongsian kepada kawan-kawan di luar sana, juga kepada yang sudi melawat, marilah berkongsi sedikit paparan anak-anak etuza berbuka puasa. rasanya hari ini hidangan istemewa dari mama untuk kami semua.



Udang masak kari sentuhan air tangan mama tersayang.



Sambal mangga & balacan sentuhan air tangan bibah & azie



Sup bebola ikan air tangan mama tersayang.



Kuih ( pisang goreng )



Buah pembasuh mulut ( oren)



Menunggu berbuka dalam bebberapa minit lagi.



Ikmal memimpin bacaan doa puasa..



Senyuman gembira dah mula berbuka puasa.alhamdulilah



Ready nak jamah makanan hidangan mama tersayang.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka: