Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 20 Ogos 2009

Etuza AJK Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sabah

Asalamualaikum smua... penatnya tiga hari menjadi AJK bahagian Lo ( perhubungan) sempena festaval bakat prasekolah peringkat negeri Sabah yang bermula pada 18,19 dan 20hb 08.2009. Ha hari inilah berakhirnya festival itu pada jam 1.20 petang selepas dirasmikan . Menarik dan sangat memberi pengalaman baru kepada saya sebagai seorang guru. First time mengikuti pertandingan bakat pra sekolah dari seluruh Sabah sebagai AJK,ini kerana Prasekolah di sekolah saya baru bermula tahun lalu selepas bangunan Prasekolah itu siap . Semua perserta hebat-hebat belaka beb!. Yang paling saya seronok ialah apabila melihat kanak-kanak seusia 4,5 dan 6 tahun beraksi hebat dalam menyampaikan persembahan seperti tarian, hafazan,bercerita BI & BM,deklamasi sajak,nyanyian dan gerak irama. Dari persediaan Pedalaman Sabah yang bertempat di Dewan Masyarakat Keningau memang cukup mantap, hiasan pentas amat menarik serta gimik perasmian penutupan amat mengkagumkan.
Sayang sekali Etuza tidak dapat ambil gambar secara dekat, kamera sony saya ada kerosakan flash, maka sukar rakam gambar yang lebih jelas. Beteri pula kurang kuat. bagaimanapun ada juga kenangan untuk paparan kita bersama di blog Etuza ini.
Antara yang mengambil bahagian dalam festival bakat Prasekolah tersebut ialah :
Zon Pedalaman Sabah, Zon Sandakan, Zon Barat, Zon Utar, Zon Selatan Sabah dan Zon Tenggara Sabah. Pelbagai suku, masa itu ramai juga orang dewasa dan kanak-kanak memakai mask untuk kesihatan diri. tarian tradisional persembahan dari Zon Utara ( Johan )


Zon Selatan

Persembahan tarian individu
Johan Z Utara (L) Johan Z Sandakan ( P)


Malaysia Merdeka, Sajak

Etuza warna kawan-kawan setugas sedang minum jam 10.00 pagi



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: