Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 25 Ogos 2009

Welcome to Villa Etuza Garden


Pose istemewa leha dan rezky di garden villa etuzawarna.Best..bunga2 nampak cantikkan!



Welcome to my garden Leha, rezky & husband.



Adik ime, eza & mama tersayang.Welcome to my garden

TAHNIAH! JADI IBU..
Salam.. buat adikku ime and leha.. apa khabar? selamat menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya puasa itu menuntut kita agar lebih bersabar dan redha pada semua apa yang ditakdirkan kepada kita.

Ime dan leha.. pada masa yang sama telah menjadi ibu di usia 20an.Ime suaminya berasal dari Sook, Keningau,Sabah dan manakala leha pula suaminya berasal dari Tamparuli, Sabah. Ime bertemu jodoh dengan suaminya apabila ime bertugas di SK. Rancangan Belia Tiulon,Sook dan leha bertemu jodoh apabila bertugas di SM. Sook,Keningau. Ime berkahwin pada tarikh 17hb3 thn 2007 dan leha berkahwin pada bln5 2008. Kini keduanya selamat melahirkan anak, sahlah mereka berdua menjadi seorang ibu kepada bayi yang dilahirkan.

Ime dan leha... setinggi-tinggi tahniah dari Etuza selaku abang sulung kalian, kerana dengan berkat doa kita semua kamu berdua dengan mudah dan tenang melahirkan anak masing-masing. Apa yang mak kita lalui ketika melahirkan kita semua telah kamu rasai. Memang benar bahawa ketika saat melahirkan itu nyawa seorang wanita umpama dihujung tanduk. Entahkan hidup arau mati kedengarannya. Namun dengan kecekalan dan kuasa luar biasa ilahi maka tiap wanita yang mengadung itu akan selamat jua akhirnya melahirkan bayinya. Syukran ya Allah. Selamat untuk ime dan leha.

etuza, masih segar dalam ingaan saat isteriku melahirkan anak-anak kami. Macam-macam keadaan kami tempuhi. Saya akan jaga isteri hingga selamat melahirkan anak kami. Syukur tidak terhingga kerana isteri saya tidak menghadapi masalah berat melahirkan Nurhabibah, Ikmal,azie's, irfan, ismat afif, ibnu dan nuraliyah. Cuma keadaan sakit semasa melahir itu lumrah wanita yang memang macam itulah agaknya rasa dan keadaan ketika saat nak melahirkan sicomel. Perut kerap keras, selang beberapa minit dan kembali normal... isteriku kata masa nak bayi nak keluar sudah memang tak dapat di tahan lagi.. cuma saat menunggu detik waktu ia meninggalkan alam rahim untuk wujud ke bumi itulah rasanya terasa sakitnya ibu yang hendak melahir. Kepada semua ibu-ibu ucapan tahniah kerana anda hebat sehingga berjaya melahirkan anak masng-masing. Tanpa ibu kita tak lahir ke dunia pana ini.

Kembali kepada ime dan leha, baru-baru ini mereka ada menziarahi villa etuza tetapi hari dan masa yang berlainan. Leha bersama suami dan anaknya yang comel bernama Micheal Rezky. Ime pula datang tanpa suami tetapi bersama mama kami dan anaknya yang bernama Nursyerah Zahra. Seronoknya melihat anak buah baru yang baru lahir berusia lingkungan 5 bulan. Anak-anak etuza paling suka mendukung rezky dan ezah. Rezky anak leha kata mak mirip muka ikmal time ikmal masih bayi, apapun anggapan itu mungkin kerana etuza dan leha adik beradik maka tak lari sangat wajah anak-anak kita semua.

Selain itu ime dan leha masa ke villa etuza, mereka sangat seronok melihat bunga-bunga di laman villa kami.Saya tengok bunga-bunga di villa kami juga seakan gembira apabila mendapat pujian dari saudara saya.Memang bungaan di villa kami saya jaga bagaikan harta yang bernilai. Bila terfikir tumbuhan bungaan itu punya nyawa tersediri maka wajib juga etuza menjaga, merawat dan membajai bunga kami. Bila tumbuh dan berdaun rimbun serta mengeluarkan bunga, paling seronoknya ialah saya Etuza.

Oklah kepada semua, mari kita kongsikan bersama paparan memori ime, leha, mak dan anak-anak mereka semasa berziarah ke villa etuza. Kelihatan ezah sangat seronok semasa di villa etuza hingga tertidur dengan nenyaknya sementara ime melayari laman web etuzawarna.



Cerianya gambar leha dan rezky di villa etuza garden

yang ini adik ime dan eza, juga ceria di laman villa etuza warna.
















Wa seronok azie's mendukung adik baru rezky.



Cutenya eza pakai tudung yee, macamnilah nak bentuk anak-anak.Tahniah for ime..
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: