Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 31 Ogos 2009

Berita-Berita Semasa Sekadar Ingatan Kita. Jemput Baca , Jadual Exam UPSR ada juga kat sini macam-macam ada.

Kadar Zakat Fitrah 2009 1430H
26.8.09 at 11:20 AM Posted by Azhad

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .



kadar zakat RM5 - RM8
Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : Belum diumumkan (2008 : RM 5.20)
Labuan : Belum diumumkan (2008 : RM 5.20)
Putrajaya : Belum diumumkan (2008 : RM 5.20)
Johor : RM 5.00 / RM 7.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.00
Perak : RM7.00
Perlis : RM 6.00
P.Pinang : RM 7.00
Sabah : RM 6.60
Sarawak : RM 6.00
Selangor : RM 7.00
Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA

Jadual Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM 2009
5.8.09 at 1:01 AM Posted by Azhad

Tarikh peperiksaan awam dijangka tidak akan mengalami sebarang perubahan akibat wabak influenza A H1N1. Kementerian Pelajaran akan memastikan calon peperiksaan yang dimasukkan ke hospital atau dikuarantin akan diaturkan supaya mereka juga boleh menduduki peperiksaan tersebut. Berikut adalah tarikh peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM yang akan dijalankan pada tahun ini;

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
8 – 10 September 2009

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
20 – 22 Oktober 2009 - Amali
26 – 27 Oktober 2009 - Amali
23 – 24 Jun 2009 - Ulangan
19 November – 16 Disember 2009 - Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
13 – 24 Julai 2009 - Ujian Lisan
19 – 21 Oktober 2009 - Ujian Bertulis

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
15 – 17 September 2009 - Ujian Lisan
28 – 30 September 2009 - Ujian Lisan
18 November – 10 Disember 2009 - Ujian Bertulis

Tema Hari Guru
11.5.09 at 12:56 AM Posted by Azhad

Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Tema Hari Guru

Saban tahun bila hari ini disambut pasti diiringi dengan tema yang bersesuai dengan suasana ketika itu.

Berikut disenaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2009;

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Technorati Tags: hari guru, guru, cikgu, tema, sambutan


Read More...

Halal
2.4.07 at 6:38 PM Posted by Azhad


Sebagai umat Islam kita perlulah menjaga makan dan minum kita supaya sumbernya halal. Walaupun begitu dengan kebanyakan barangan telah siap dibungkus pasti ada ketikanya menimbulkan rasa keraguan statusnya. Tambahan pula ada barangan yang meletakkan logo halal yang palsu ataupun tempoh sah logo halalnya telah tamat.

Di Malaysia badan utama yang mengeluarkan sijil dan pengesahan halal adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kita boleh menyemak status halal sesuatu barangan itu di laman web e-Halal JAKIM. Di sini kita boleh pergi ke Direktori Halal untuk membuat semakan. Semakan boleh dilakukan samada dengan menggunakan nama syarikat, jenis barangan atau kod bar barangan itu sendiri.

Sementara itu jika kita tiada kemudahan internet terutamanya semasa sedang berada di pasaraya atau di kedai runcit, kita masih boleh menyemak status halal sesuatu barangan itu melalui sms. Apa yang diperlukan ialah menghantar teks HALAL ke 32728(DAPAT) dan JAKIM akan membalas dengan maklumat status halal barangan tersebut samada masih sah, tamat tempoh, permohonan sedang diproses atau tidak ada dalam senarai.

Semoga dengan kemudahan ini dapat membantu kita memastikan segala makanan dan minuman yang kita ambil itu adalah halal, insyaAllah.

Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
23.1.08 at 2:00 PM Posted by Azhad

Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah.




Seorang pelajar tingkatan tiga, K.Yazhovan telah mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya baru-baru ini. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut walaupun begitu mereka akan tetap melakukan siasatan. Beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong yang menyaksikan kejadian itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Yashovan yang berumur 15 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada pukul 10:30 pagi dan mengakibat dia cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur. Dia meninggal dunia selepas langsung tidak sedarkan diri semenjak dimasukkan ke hospital.

Beberapa persoalan telah timbul dengan kejadian yang menimpa anak tunggal ini. Pertamanya adakah kejadian ini merupakan satu kemalangan atau memang disengajakan? Lebih-lebih lagi Yashovan ada mengadu dia pernah dibuli semasa di sekolah. Sementara itu beberapa pelajar yang melihat kejadian itu memberitahu bapa Yashovan bahawa anaknya telah dibiarkan terbaring hampir sejam sebelum seorang kakitangan sekolah bertindak menelefon ambulan.

Satu lagi kejadian di Gombak seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada pagi kejadian.

Selepas tamat waktu persekolahan pada hari itu, pelajar ini bersama-sama beberapa rakannya yang menaiki motor telah menahan ketua pengawas berkenaan di luar pagar sekolah. Mereka telah beramai-ramai memukul dan ada yang menggunakan besi pengunci motor. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Di Sungai Buloh pula seorang pelajar tingkatan satu telah dibelasah oleh sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga. Kejadian berlaku semasa Muhammad baru sahaja keluar sekolah untuk pulang ke rumah bila dia tiba-tiba dikerumuni, ditengking dan dipukul beramai-ramai. Muhammad telah dipukul dan ditendang sehingga lebam-lebam dan pakaian sekolahnya koyak.

Pelajar-pelajar ini menuduh Muhammad menjeling mereka dan mengugut supaya tidak melaporkan kejadian itu jika tidak mahu mereka memanggil pelajar tingkatan lima pula memukul dia. Walaupun begitu mangsa dan ibunya telah membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di hospital. Apabila ibu Muhammad memberitahu hal itu kepada pengetua sekolah, beliau berkata tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku di luar kawasan sekolah.

Ini seolah-olah menunjukkan suasana di sekolah dan perjalanan balik dari sekolah tidak selamat. Satu kajian dan tindakan susulan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca asal kelemahan tahap disiplin para pelajar masa kini. Mungkin ada mengatakan, ini kejadian terpencil tetapi jika dibiarkan pasti menjadi barah yang boleh merosakkan keseluruhan institusi pendidikan.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

9n0L4 berkata...

macam mane la boleh jatuh. sepatutnya kwsn skolah la kwsn selamat kan cekgu.